27 Ogo 2013

"Tanda Putera" Semarakkan Api Perkauman Melayu-Cina, Bazirkan Wang Rakyat


Tanda Putera fitnah perkauman, bazir wang cukai rakyat

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sekali lagi melahirkan kekesalannya berhubung penayangan filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan seluruh negara mulai Khamis ini.

Beliau menegaskan, amat tidak wajar untuk sengaja mencipta kejadian palsu yang boleh memburukkan permasalahan kaum dalam negara sedangkan filem itu dibiayai oleh wang cukai rakyat pelbagai kaum.

“Ia adalah kemuncak sikap jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional untuk sesiapa sahaja mereka-reka kejadian kencing palsu sebagai salah satu sebab yang dikatakan memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 tanpa asas fakta di dalam mana-mana bahan sejarah, sama ada dokumentasi atau fotografi, terutama dalam filem dibiayai dengan wang cukai rakyat.

“Kejadian palsu yang menggambarkan seorang pemuda Cina kencing di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu boleh menjejas, mengancam hubungan antara kaum, membakar, menghasut kebencian dan memudaratkan kepada usaha-usaha pembangunan negara untuk menggalakkan keamanan serta sentiasa berada dalam keadaan muhibah dan harmoni.

“Ia amat menyedihkan jika filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba diingati sebagai filem ‘kencing’ kerana pembohongan yang tidak bertanggungjawab membayangi seluruh filem itu,” katanya dalam kenyataan,semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah menyatakan tidak ada ‘lesen kreatif’ yang membenarkan perbuatan jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional IMG_9298-001dalam negara.

“Walaupun Shuhaimi Baba mengakui bahawa ianya adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum 13 Mei, beliau secara khusus harus mengakui bahawa insiden ‘kencing’ di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah khayalan imaginasi dan tidak ada takrif ‘lesen kreatif’ mewajarkan tindakan tidak bertanggungjawab dan anti nasional itu
.

“Shuhaimi yang berbangga dirinya sebagai ‘pengasas awal filem-filem seram’ tidak boleh menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai genre ‘filem-filem hantu’ yang pernah dia arahkan dulu memberikannya ‘lesen kreatif’ untuk membuat adegan rekaan melulu yang boleh membawa kesan buruk hubungan antara kaum,” tegasnya.

Portal berita, Malaysiakini bertarikh 20 Julai 2012 melaporkan antara adegan yang yang dipaparkan dalam Tanda Putera adalah peristiwa Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Namun Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau tidak berada Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 dan gambar yang digunakan dalam facebook ‘Tanda Putera’ bukan pada tahun 1969 tetapi dari kejadian yang berbeza di Sabah 15 tahun kemudian, tahun 1984.


Seorang saksi, Ahmad Habib, yang ketika itu seorang pelajar tahun kedua ijazah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) dan berada di rumah Datuk Harun Idris semasa 13 Mei 1969, turut menyatakan adalah mustahil untuk berlakunya insiden ‘kencing’ dalam kawasan yang diawasi dengan rapi dan ketat di kediaman rasmi itu.

“Ia menjadi satu misteri mengapa insiden ‘kencing’ episod begitu penting kepada filem ‘Tanda Putera’ walaupun tidak mempunyai asas fakta,” ujarnya. -Roketkini


MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum


MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.

Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.

Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.

"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.

"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.

“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.

Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu.
- TMI


ULASAN GB

UMNO semenjak awal PRU13 berlansung hingga kini menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan kaum Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan tulisan-tulisan di akhbar arus perdana terutama akhbar bermata satu yang bernama Utusan, yang telah memainkan sentimen perkauman ini ke darjat paling serius dengan disokong oleh Presiden UMNO, yang juga Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan juga para blogger UMNO yang tidak putus-putus menyimbah minyak bagi mewujudkan ketegangan kaum di negara ini.

Implikasi daripada keputusan PRU13 lansung tidak memberi pengajaran kepada mereka, sebaliknya mereka terus memainkan sentimen perkauman sehingga menjadikan kehamonian rakyat di negara ini terutama hubungan Melayu-Cina tergugat dan boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif.

Masa untuk UMNO BN nampaknya semakin hampir ke jurang kehancuran.... Itu hukum kebenaran dan keadilan.

5 ulasan:

Awanama berkata...

Rakyat yg cerdik dan beriman yg bertakwa patut memboikot cerita2 tipu mcm ini. Jgn terperangkap dgn permainan orang islam yg munafiq. Ya Allah kau beri lah hidayah pada kaum yg sesat lagi menyesatkan ini, Sesungguh nya kami berlindung pada mu ya Allah dari tipudaya puak2 munafiq ini.

Awanama berkata...

buang masa je lyn cerita fiksyen mcm ni.. kalau nk buat filem berdasarkan true story buatlah betol2.!! Bodoh.. dan kalau terjadilah kecoh dlm negara yg sempit ni, depa org2 kaya boley lari luar negara, rumah pun berlambak kt oversea tu..

Awanama berkata...

UMNO BN tak akan berhenti buat perkara ini selagi seluruh rakyat Malaysia tidak bertukar agama dari Islam ke Melayu. Filem Tanda Putera kita kena anggapkan sebagai alat untuk mempromosikan agama Melayu (MUNAFIK) kepada seluruh rakyat Malaysia, mengesahkan lagi UMNO sebagai organisasi agama sesat terbesar di Malaysia.

Hanya agama Islam sahaja yang dapat selamat kita dari bala Allah S.W.T. Agama Melayu (MUNAFIK) hanya akan menambahkan bala dari Allah S.W.T.. Anda fikirkanlah sendiri sama ada ianya logik atau tidak.

Andre Irwan berkata...

Apa beza PUTERA dengan KAMPUNG BARU arahan Namewee? Puak penyokong memaki hamun Namewee atas perkara ini. La ni kita tengok apa bezanya depa dengan Namewee. Kalau dah munafikun, selamanya Munafikun. Dulu kini dan selamanya.
LPF di mana? Macam mana depa boleh luluskan sesuatu yang bukan fakta sejarah malahan boleh mencetuskan ketegangan kaum di Malaysiaku yang tercinta ini. Inikah yang dinamakan Satu Malaysia, Endless Posibilities.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
Macamana Melayu? Masih nak sokong Melayu munafik UMNO ni?
Jangan lupa wujudkan TANAH PERKUBURAN MELAYU supaya kita dapat simpankan puak munafikun ni di sana. Jangan sekali-kali benarkan puak ni disimpan di TANAH PERKUBURAN ISLAM sebab "ganggu ketenteraman awam".

Awanama berkata...

Demi untk survival dlm politik dan trus memerintah, pertubuhan umno dajal sanggup berbuat apapun. Laknat Allah kpd pengkhianat dan pengadu domba.