26 Ogo 2013

Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir - Warkah Yang Sebabkan Erdogan Turut Menangis


Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"

Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.

Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.

Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.

Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"

Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.

Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.


Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.

Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,

Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi


sumber:SH

Erdogan Menangis Mendengar Surat Pemimpin Ikhwan Beltagy Untuk Asmaa


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menangis mendengar surat pemimin Ikhwan Mohamad Beltagy kepada anak gadisnya, Asmaa (17 tahun) yang terbunuh di Rabi'ah al-Adawiyah Square, Rabu, 14/8/2013, akibat tembakan seorang sniper yang mengenai dada dan punggungnya.

Beltagy menerima khabar kematian anak gadisnya, Asmaa, Rabu malam, bahkan pemimpin Ikhwan tak sempat lagi melihat anak gadisnya, dan tidak dapat pula melihat jenazah anak gadisnya itu saat terakhir ketika pemakamannya. Beltagy, tak pula dapat mencium kening anak gadisnya, sebelum akhirnya dikuburkan.

Beltagy, menulis surat untuk anak gadisnya, dan tidak menyatakan berpisah, tapi menyatakan suatu saat akan berkumpul di syurga Kausar. Beltagy sangat sedih tidak memiliki waktu bagi anak gadisnya, dan bahkan kesempatan untuk berbicara pun sangat terbatas. Tidak banyak waktu yang dimiliki oleh Beltagy bagi anak gadisnya, dan waktunya yang lebih banyak bagi memikirkan perjuangan, sampai akhirnya menerima khabar anak gadisnya itu tewas di Rabi'ah al-Adawiyah Square, Rabu malam.

Recep Tayyip Erdogan terasa sangat emosional, merasakan betapa perasaannya, ketika mendengar surat Beltagy, dan nampak ia menyesat airmatanya, serta berkata ketika diwawancarai setelah mendengar surat itu oleh Euronews, hari Jumaat, 23/8/2013.

"Sesekali, anak gadis saya meminta saya untuk menghabiskan satu malam di rumah dengan dia, tapi saya harus bekerja keras, dan tidak dapat meluangkan waktu untuk dia ... saya melihat anak-anak saya sendiri seperti yang ada dalam surat el-Beltagy," kata dia.

Pada tahun 2010 Erdogan menangis di depan kamera saat melihat kematian anak-anak di Gaza. Akibat kekejaman tentera Israel. Isterinya, Emine Erdogan, juga menangis di depan kamera selama kunjungannya 2012, ke Rakhine Myanmar, di mana dia bertemu dengan Muslimah etnik Rohingya, kumpulan minoriti yang teraniaya di bawah rejim Budha.

Perdana Menteri Erdogan secara terbuka mengkritik penggulingan tentera terhadap mantan Presiden Mesir Mohammad Mursi dan telah memberikan dukungan yang kuat untuk Ikhwanul Muslimin Mesir



6 ulasan:

faizal mohamad twon tawi berkata...

Perjuangan mencari cinta Ilahi

Awanama berkata...

Ya Allah kau laknatilah mereka yang memutar belitkan syariat Mu, terutama ulama-ulama muda yang menyangka mereka lebih hebat dari mereka yang Engkau kurniakan hidayah dan Ulama-ulama muktabar.
Ya Allah Rahmatilah para syuhada..... Tempatkan yang terbaik yang telah Engkau janjikan.
Sekali lagi kupohon ya Allah laknati dan aibkan mereka yang mempersendakan dan memutar belit Islam kerana nafsu syaitan mereka..
Aamiin

Khilafah berkata...

lepas ni turki n yemen... byk2 kan berdoa utk Islam dn pemimpin2 yg baik dn beriman.

mesir tapak firaun warisan dajjal, takkan dibiar lepas pd pejuang Islam.

turki bekas kerajaan Othmaniah, takkan dibiarkan Khilafah kembali bertapak.

laknatullah utk kuffar zionist dan syiah pengikut dajjal akhir zaman

RG Sport berkata...

Aamiin Aamiin Aamiin

Awanama berkata...

salaam ...
Apa yg berlaku pada syuhada seperti asmaa ini akan menjadi perangsang kepada kita khususnya wanita terutama nya beliawanis di Malaysia ..Di saat kita masih berhibur dgn metalica , Afundi AF,maharaja lawak dan lain 2 lagi ..Moga moga kita senantiasa dalam rahmat ALLAH

Awanama berkata...

Umat Islam & Negara Islam akan kecundang apabila mereka lupakan ajaran Allah & Rasul saw, bermewah2/berhibur melampau2, tak menjalankan amanah dll.

Renung2lah kisah kejatuhan empire Islam zaman khalifah dulu2 (uthmaniah dll), dlm pada itu pasti ada insan/puak2 yg berjuang utk Islam (cth yg sering disebut2 Khalifah Omar b Abd Aziz) , & pejuang2 yg mmg menginginkan syahid.

Perkara ni silih berganti. Inilah dunia yg tak kekal merupakan syurga pada mereka2 yg kafir, munafik & ingkar.

Semuga kita antara yg suka/sokong/berjuang utk agama Allah , & dipilih olehNya bersama2 para kekasihNya di syurga yg kekal abadi, yg tiada ujian/dugaan sebagaimana di dunia.

Amin!