28 Ogo 2013

[KES TERUK] Berapa Ramaikah Penjenayah Yang Ada Dalam PDRM?


Peragut rupanya adalah anggota polis?

"Akhbar The Sun melaporkan satu kes ragut yang dilakukan oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Kelana Jaya yang telah meragut rantai leher seorang wanita.

Motosikal yang digunakan anggota polis berkenaan yang dilanggar oleh orang awam menjadi bukti kes ragut tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen.

The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station.

When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya. ?

One had been riding the motorcycle while the other was his pillion.

The drama unfolded just after noon that day when the 27-year-old was in his car outside his workplace and saw two men on a motorcycle snatching a woman's necklace.

"I immediately sped up and rammed into their motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged the motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged motorcycle.

Saravanan rammed the motorcycle again, making the thief fall and pinning the machine under the front wheel of his car.

The thief retaliated by throwing stones in Saravanan's direction, missing him but damaging his car further with the windscreen shattered and side dented.

But that was not the end.

"He then took out a knife and lunged at me, pulling off my gold chain, and ran away. I retrieved a gold locket from the ground later which must have been from the woman's necklace," he said, adding that the woman left the scene almost immediately.

Saravanan did not pursue the man because he was armed.

Subsequently, he followed the two policemen who arrived at the scene in their patrol car to the police station at 2pm, where it was confirmed that the two-wheeler belonged to the police after inspection of its chassis number.

It was also revealed that it had been fitted with false number plates.

After a two-hour wait, Inspector Hasbullah asked him to make a statement.

"He called for two men to be brought in. They were the two snatch thieves and I told him so," he said.

One of the patrolmen later told him the duo were policemen.

Saravanan then made a report at the Petaling Jaya police station.

On July 19, Saravanan was called to attend an identification parade where he identified the two cops.

However, after that, he was not contacted by anyone until Sunday, when Inspector Hasbullah called to arrange for him to record another statement.

Saravanan has paid a heavy price for his actions – he had already spent RM3,800 to repair his car bumper and replace its windscreen with other repairs costing an estimated RM4,000.

Selangor Acting Chief Police Officer Datuk A. Thaiveegan has asked Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed for a detailed report on the case.


-->http://www.thesundaily.my/news/807326


ULASAN GB

Begitulah kisahnya dimana rupa-rupanya di dalam pasukan polis itu terdapat penjenayah yang merbahaya!

Sebelum ini pernah dilaporkan pada perbicaraan kes polis yang menembak Suwazdi dan Azman di mahkamah Terengganu, seorang anggota polis mengaku tak pernah solat dan polis itu mengaku dia seorang peminum arak. Baca di SINI

Lepas itu ada kes polis merogol pelajar di dalam balai polis. Semasa itu GB pernah ulas begini:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Lepas itu ada kes 2 polis jadi Pak Sanggup kepada VIP untuk membunuh Altantuya.

Sekarang ada kes polis jadi peragut, anehnya dua orang menaiki sebuah motosikal, bererti dilakukan secara bekerjasama/berkumpulan.

Betul-betul PDRM sudah hanyir dan perlu dibersihkan. Apabila dicadangkan supaya ICPMC dilaksanan untuk memperkasakan semula nama PDRM, ada pihak terutama yang berjawatan tinggi di dalam pasukan polis sendiri berhelah menyatakan undang-undangt sedia ada sudah cukup untuk mengawal polis.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, selagi ICPMC yang dituntut oleh rakyat tidak dilaksanakan, jenayah dikalangan anggota polis akan terus terdedah.

Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. .

18 ulasan:

Amuraria berkata...

pagar yang tak boleh diharap! lepas ni tentu bila jumpa polis walau dalam uniform akan menakutkan orang awam! sapa berani atau percaya ini betul polis bukan penjenayah? ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

KDN akan beri jawapan klasik. Ia cuma melibatkan beberapa anggota (beberapa=ribu2?).

Andre Irwan berkata...

Ari tru waktu negara sedang dilanda kes tembak menembak, aku bertanya pada sahabat, di mana datangnya pistol ini? Di Malaysia ni, yang tahu menggunakan senjata api ni hanya askar dan polis sahaja. Jadi kenapa kejadian tembak menembak ini berlaku dan penembaknya cukup terlatih (sebab tembakannya tepat). Waktu tu memang timbul dalam sanubari aku, jangan-jangan ini ialah satu konspirasi. Bagi rakyat biasa, senjata api = ISA yang membawa mati mandatori. Yang kedua, mana ada rakyat biasa yang biasa dengan senjata api ni?
Aku pernah dengar pesanan dari ayah aku yang pernah menjadi polis iaitu polis ni = samseng berlesen. Entah-entah benar kenyataan ayah ku tu ... sebab apa? ... sebab Dia pun POLIS juga. Dia berhenti jadi polis pada awal usianya. Mungkin sebab tu kot.

Tanpa Nama berkata...

Merdekakan Negara Dari Penjajahan UMNO

BaDiN berkata...

Pasport untuk jadi polis pada dipermulaannya minta sokongan dari Kabel Bos JKKK,Yb Umno walaupun tak
layak.Kerja adalah satu Ibadah tidak diamalkan dan dititikberatkan,Menteri yg jaga Polis pun ada kes Jenayah.Menteri kata Ini semua pasal Anwar..

Tanpa Nama berkata...

Biasalah tu penjenayah nak lindung penjenayah. Menteri KDN sendiri pun adalah penjenayah juga so adalah bukan perkara pelik untuk diaorang lindungi penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

OOhh Malaysiaku. Orang awam jgn cuba menghina polis nanti kena tangkap. Mereka ada kuasa. Ketua mereka dah bagi amaran. Ingat tu wahai rakyat Malaysiaku.

tomskut berkata...

Ada pula dengar nak jadi polis diorang ada macam latihan... latihan tu termasuk tak benarkan bersolat... hamba allah tu menangis merayu kat pelatih tu.. pelatih tu buat tak tau... kalau macam tu latih polis.. sampai kiamat laa polis kat malaysia kena tulah...

Unknown berkata...

memang ramai dari mereka sengaja diajar jadi "penjenayah" ... dilatih ... dibagi "lesen tembaga" ... dalam demontrasi aman, yang mulakan probokasi adalah polis yang menyamar sebagai orang biasa ... yang pukul, sepak terajang orang awam ...

Tanpa Nama berkata...

Memang negara jadi kelam kabut sebab asas memilih pemerintahnya dilakukan secara zalim melalui rasuah walaupun pada tafsirannya bukan rasuah. Salah guna kuasa SPR untuk memenangkan BN, senarai daftar pemilih yang tidak munasabah sbb org mati boleh keluar mengundi. Dah jelas yg datang mengundi Bangla tapi umno kata mamak. Tak kan mamak tak boleh cakap melayu itu persoalannya.

Dah dari awal lagi keadaannya tak betul, macam mana nak dapat hasil yang baik lagi betul.

Jom kita ubah dalam PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Wamakaruwamakarallah...wallahukhairul makirin!

Tanpa Nama berkata...

Allah telah bagi petunjuk selama ini segala bentuk jenayah byk yg telah dilakukan oleh polis,secara terancang utk menimbulkan ketakutan dan akhirnya mereka jadikan beberapa kambing hitam,mereka siasat dan mereka selesaikan...ini grand design pemerintah diktator yg diamalkan oleh byk negara2 sekular.

jgn lupa tahun lepas 2 kes rompakan yg dilakukan polis(mungkin dari utk)kantoi itupun setelah safety guard berjaya menembak mereka,kalau tidak sapa pun tak tahu.

hancurkan pemerintah yg membiayai penjenayah2 ini.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu punca anggota polis jadi penjenayah sebab ramai yang hidup melebihi gaji - hidup mewah tak ikut gaji.Yang tak patut pakai kerta ada kereta sampai 2 buah.Inilah salah satu puncanya.Lihat sahaja dipejabat-pejabat,balai-balai polis dan beret-beret polis - berderet-deret kereta mewah yang digunakan oleh anggota-anggota yang tak selayaknya berkereta.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg nak diherankan.

Yg rasuah, yg bekerjasama dgn sindiket dadah dan judi, yg melanggan GRO percuma, yg merogol indon polis jugak.

Tanpa Nama berkata...

Contoh terdekat dgn saya:

Jiranku adalah sepasang koperal yang baru naik jadi Sarjan dN Sarjan Mejar. Bertugas di D7 dan D9 KL ni.. Rumah dah ada 4 buah (terbaru di Kajang Hillpark, belum siap renovate..).

Kereta ada 6 buah termasuk Camry baru full spec.

Nombor plet semuanya beli...

Motorsikal berbuah2...

Commonlah... kerja polis aje kot...

Tanpa Nama berkata...

Bab agama dan ibadah langsung tak ambil berat.Pada pemerhatian saya, ramai yang tak solat. Bulan ramadhan pulak makan,minum dan merokok tanpa segan silu depan orang lain.Minum arak (diceritakan oleh tuan punya badan) dan beli nombor perkara biasa.Selalu saya fikir,macam mana nak didik anak kalau ibu bapanya macam ni. Rasanya kalau nak bersihkan PDRM ni kena chek sorang2 bab ibadah ni.Macam longgar sangat rasanya...

Tanpa Nama berkata...

POKOK PANGKAL NYA IALAH PUCUK KEPIMPINAN...KLU ISLAM YG MEMERINTAH, MAKA CANTIK LAH TUGASAN YANG DILAKSANAKAN POLIS...

Tanpa Nama berkata...

siapa yang bersalah? kalau dilihat zaman dulu sewaktu cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. ramai orang ke masjid untuk solat Jumaat macam hari raya. sedihnya bila hari Jumaat kini ramai yang dah tak solat jumaat terutamanya budak sekolah..... renungkanlah apa yang bakal terjadi kepada negara kita yang kononnya dikatakan negara Islam..solat jumaat terus ditinggalkan....