26 Ogo 2013

Khairy Jamaluddin Puji 3 Perkara Tentang Pakatan Rakyat

KJ kagumi keakraban dalam Pakatan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya.

Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata soalan itu meletakkan beliau dalam kedudukan yang 'sukar'.

"Hmm..perkara pertama yang saya suka tentang mereka adalah keakraban di antara mereka yang sentiasa sepakat dan kelihatan bersama," kata ketua Pemuda Umno itu.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sentiasa berada bersama di pentas ceramah walaupun mereka bukanlah satu gabungan yang rasmi seperti BN.

"Kami juga cuba berbuat demikian (ceramah bersama) tetapi semangat kekitaan Pakatan amat jelas dan ia adalah satu perkara yang saya kagumi," katanya.

Selain itu, Khairy turut mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

"Mereka nampaknya mampu menjana penglibatan lebih ramai orang (menerusi media sosial)," katanya.

Sewaktu diminta mencirikan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perkataan oleh seornag mahasiswa lain, Khairy berkata Anwar adalah seorang yang 'tidak tekal' (inconsistent).

"(Bagaimanapun) anugerah yang ada pada beliau adalah beliau juga begitu tekal dalam mengharungi ketidaktekalannya itu,"
kata Khairy.

Khairnya berkata demikian dalam sesi penutup forum Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini. -mk


Khairy berbeza dengan Pak Lah dalam isu Utusan Malaysia


Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukan seperti bapa mertuanya, sekurang-kurangnya berkenaan tindakan yang perlu dilakukan kerajaan dalam menyemak Utusan Malaysia.

Dalam temubual bukunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau pernah memberi amaran kepada editor akhbar milik Umno itu ketika laporannya melangkaui batasan dan menyemarakkan isu perkauman dan tidak seharusnya meminta pertolongan Putrajaya jika disabitkan kesalahan menghasut.

Namun menantunya, Menteri Belia dan Sukan mengambil pendirian berbeza ketika ditanya dalam forum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melihat tajuk Utusan "Apa Lagi Cina Mahu" sebagai ancaman.

Khairy berkata, kenyataan "Tsunami Cina" yang dikeluarkan Najib ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013 hanyalah pemerhatian dan beliau tidak menyalahkan mana-mana etnik tertentu.

"Sepanjang pengetahuan perdana menteri, beliau menyatakan fakta yang melihatkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.

"Kenyataannya itu adalah berdasarkan pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti ... kenyataan Utusan dan kedudukan perdana menteri adalah sesuatu yang berbeza," katanya dipetik portal Malaysiakini.

Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mahasiswa dalam satu forum bahawa Najib gagal mengambil tindakan terhadap laporan muka hadapan akhbar berkenaan.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia. Beliau boleh berkata tengok kita tidak mendapat sokongan Cina selepas pilihan raya, jadi lupakan 1Malaysia dan fokus kepada mereka yang menyokong kita.

"Namun beliau tetap konsisten untuk mengekalkan polisi inklusif berkenaan secara konsisten," kata Khairy.

Beliau menjelaskan tajuk Utusan itu adalah satu kesalahan, namun ia bukanlah atas kebenaran kerajaan.

Dalam buku bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah membuat kenyataan bagaimana beliau menguruskan Utusan dengan cara berbeza.

Merujuk kepada pelantikannya, Pak Lah berkata "saya tidak mencampuri tugas mereka kerana saya percaya mereka mempunyai tugas professional dan saya memberi kebenaran. Namun bila mereka melanggarnya, membangkitkan isu perkauman dan agama, saya akan memberi amaran."

Abdullah bagaimanapun berkata satu panggilan telefon akan menakutkan akhbar berkenaan dan selepas itu tiada lagi artikel yang sensitif dikeluarkan.
-TMI

2 ulasan:

puspawangi berkata...

"tekal dalam ketidak tekalannya"?? mula2 bunyi mcm bijak..tetapi akhirnya tetap menunjukkan ke tidak bijakannya..

Awanama berkata...

Zaman Nabi saw ade sorang tu mengakui apa yg Nabi saw sampaikan & hampir mengikuti baginda, tapi bila geng2 akrabnya memperlinya, tak jadi dia ikut Nabi saw sampai akhir hayatnya.

Rumusannya, dia nampak & akui kepincangan kepercayaannya selama ini, tapi sbb takut di cop penderhaka oleh puak2nya serta hilang pangkat & pengaruh, maka dia tak jadi pilih kebenaran.