17 Mei 2012

Isu Haram Jadah: Najib Tak Sedar Beliau Yang Bakal Terima Padah

Rata-rata rakyat menyifatkan makian "haram jadah" Najib kepada rakyatnya amat keterlaluan dan hanya akan memberi padah kepada Najib sendiri.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 juga berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil ‘durian runtuh’ RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengulas Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima ‘durian runtuh’ selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

“Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan Najib langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan yang baik.

“Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda.

“Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini masih mahu dipertahankan?,” katanya

Sementara itu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai,terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.

GB pernah menyatakan bahawa: Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give.

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.


Seorang pengkomen di blog GB memberi komennya:

Aduhai Najib...mu satu orang kata HARAM JADAH kepada 1000 peneroka...maka 1000 peneroka akan kata HARAM JADAH kepada mu seorang...fikir fikirkan lah..!!

Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan melalui peristiwa betapa Allah itu Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga ingin mendengar kot-kot ada penafian dari Najib mengenainya atau jika ada pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya itu.

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya.
- BERNAMA 1/11/2010


Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.





Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. Jangan sampai nanti kamu-kamu menuduh rakyat tidak pernah menegurmu dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya.


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]


Bagi yang belum tonton/dengar Najib mengharam-jadahkan peneroka, sila lihat video di bawah:


16 Mei 2012

Senaman Punggung Loya Dan Menjijikkan - Tetapi Sudah Menjadi Budaya UMNO

Hanya si bacul suka goyang punggung – Kobat

KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan ‘senaman punggung’ depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung.

“Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia?

“Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung’ di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan’ bekas tentera.

“Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan,” tegasnya.

Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu.

“Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih.

“Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno,” tegas Fauzi lagi.

Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu.

“Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera.

“Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya,” katanya sinis.

Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno.

Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara.

Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. -KD


Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu – Teras

KUALA LUMPUR 16 Mei: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan ‘senaman punggung’ oleh bekas tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai tindakan bodoh dan gila.

Katanya, tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar.

“Saya cukup kesal dengan kelakuan mereka yang langsung tidak matang dan beradap.

“Apatah lagi ia adalah satu provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan (di kalangan masyarakat),”
katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau juga kesal sikap lepas tangan pihak berwajib kerana tidak menghalang kelakuan di kediaman peribadi itu.

“(Pihak berkuasa) seolah merestui, (ia) patut dihalang kerana mengganggu kediaman dan privasi (Ambiga),” katanya.

Semalam, dilaporkan 15 anggota tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berdemonstrasi di depan kediaman Ambiga kerana membantah peranan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan apa yang dikatakan sebagai ‘gerakan seks bebas’.

Selain membawa sepanduk mengutuk Ambiga dan Bersih 3.0, mereka turut menarik perhatian dengan membongkok dan menggoyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu.

Demonstrasi ini dilihat sebagai susulan ‘protes Burger’ oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) 10 Mei lalu yang membuka gerai burger di hadapan rumah beliau.

Mohd Azmi sehubungan itu, menyeru semua pihak, terutama ahli agama dan bekas tentera untuk tegas mengecam aksi tersebut.

“Mereka telah menghina Islam, (kerana) mencetuskan fitnah dan salah faham terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.

“Ia juga memberi gambaran buruk kepada bekas tentera, padahal hanya dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja,” kata beliau lagi.
-KD


Ulasan GB

Budaya tonggeng bontot bak lembu-lembu itu sebenarnya seperti sudah menjadi budaya UMNO. Mengapa GB katakan begitu?

Kerana setakat ini belum ada mana-mana pemimpin dan ulamak UMNO yang menyelarnya.

Kedua, hampir kesemua blogger-blogger pro-UMNO "menyokong" tindakan bekas tentera tersebut.

Ketiga dimana-mana saja kita boleh tonton pemuda-pemudi UMNO menunjukkan aksi lucah dengan menonggengkan bontotnya terhadap orang yang tak disukainya di khalayak ramai seperti gambar di bawah:












Begitukah akhlak orang Islam. Tidak, Ia adalah "budaya murtad" yang lansung tidak dibendung oleh ulamak-ulamak UMNO!

Polis Diselar Kerana Masih Mengganas Sekalipun Perhimpunan BERSIH Sudah Tamat

BERSIH dakwa polis pukul individu dikehendaki

BERSIH hari ini mengecam tindakan polis yang didakwa memukul peserta himpunan 28 April lalu selepas menyerah diri kepada polis.

Kecaman itu dibuat selepas peserta himpunan itu Mohd Safuan Mamat mendakwa dipukul dengan salur getah supaya mengaku bersalah di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi 14 Mei lalu.

"Jadi apa (mesej) yang polis mahu sampaikan?

"Adakah itu yang akan dilakukan terhadap mereka yang lain?" tanya Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah pada sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Polis sebelum ini mengeluarkan senarai gambar 141 individu yang diminta menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, empat daripada gambar itu dikenal pasti pengguna Internet sebagai individu sama.

Dalam sidang media pagi tadi BERSIH turut mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar menampilkan hampir 100 orang yang mendakwa menjadi mangsa keganasan polis.

Ia akan diadakan pada jam 11 pagi pada 19 Mei ini di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), kata ahli jawatankuasanya, Hishamuddin Rais.

"Mereka ini adalah mangsa dan mereka diganasi polis (pada 28 Aril lalu)," kata Hishamuddin.

Menurut Maria Chin pula, sebahagian mereka yang hadir itu akan menampilkan bukti dalam bentuk gambar dan menceritakan semula pengalaman mereka diganasi polis dan juga layanan diterima di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak.

"Kita akan dengar dari mulut mereka sendiri kali ini, dan bukannya daripada kami," kata Maria. -mk

Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.

"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.

"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.

Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.

"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.

"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.

"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.

Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.

Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.

Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.

Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".

Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.
-HD


BERSIH : Polis Diminta Keluarkan Senarai Nama 120 Individu Dijejaki

KUALA LUMPUR, 16 MEI: Polis diminta mengeluarkan senarai nama kepada pihak media sekiranya mereka benar-benar ingin menjejaki peserta yang didakwa mencetuskan keganasan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, perkara ini perlu bagi mengelakkan kesilapan tangkapan meskipun ada beberapa perserta yang menyerah diri setelah melihat gambar yang dipaparkan oleh polis.

“Apa yang penting adalah kalau ada 100 orang yang diburu oleh polis senarai mesti dikeluarkan. Kalau saya tidak tahu saya ada dalam senarai bagaimana saya ingin menyerahkan diri kepada pihak polis,” katanya.

Maria Chin berkata awal minggu ini, seorang individu bernama Mohd Safuan Mamat @ Nordin, 25 telah menyerahkan diri kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Mohd Safuan mendakwa dia dipukul oleh seorang aggota berpakaian biasa ketika dibawa ke lokap dan dipaksa untuk mengaku merosakkan kereta peronda polis.

Apabila beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan itu Mohd Safuan mendakwa dia telah dipukul menggunakan batang paip hitam di bahagian badan dan ditendang.

Setelah dia dimasukkan ke dalam lokap, beliau mendakwa tahanan lain di dalam bilik tersebut menampar beliau sebanyak empat kali namun pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan.

Beliau dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah (5), Jalan Duta Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.

Maria turut memaklumkan, setakat ini pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berhubung mangsa kekasaran polis pada perhimpunan berkenaan dan akan berbincang bersama pihak guaman bagi menentukan tindakan seterusnya.
-selangorku




Ulasan GB

Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.

Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.

[Video] Wajah Noor Azman, Bekas Pemandu Zahida: Beliau Lihat Zahida Masuk RM1 Juta

Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi (gambar atas, kedudukan di tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. -mk

Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'

Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik mendakwa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.
-mk



SPRM Harus Siasat Shafie Dan Zahida Atas Pemberian Wang Yang Besar


PETALING JAYA,16 MEI : Pemimpin PKR mendesak Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Afdal untuk menjelaskan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.

PKR juga menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap Shafie yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah berkata ini bukan persoalan tentang hal peribadi antara Shafie, yang juga Naib Persiden Umno, dan Zahida.

“Kita bangkitkan isu ini kerana ia melibatkan pembayaran wang tunai yang bukan melibatkan RM1 atau RM2.

“Tetapi melibatkan ratusan ribu Ringgit Malaysia, di mana jumlahnya amat besar dan apakah puncanya wang ini,” kata Sivarasa yang juga MP Subang, di dalam satu sidang media Ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam sidang media sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mempersoalkan bagaimana Shafie memperolehi wang itu dan tujuan beliau memberikan kepada artis tersebut.

“Kita masih menunggu jawapan daripada Shafie Afdal mengenai penjelasan tentang daripada wang yang dia dapat untuk setiap kali pertemuan.

“Kita masih tidak memperolehi apa-apa jawapan lagi daripada Shafie Afdal selepas kita mendedahkan pada bulan lepas.

“Beliau kena tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan samada menafikan ataupun tidak,” kata Zuraida.

Dalam sidang media itu, bekas pemandu Zahida mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk membawa duit berjumlah RM 1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Noor Azman Azemi, yang bekerja selama tiga tahun untuk Zahida,
mendakwa wang tersebut merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida pada tahun lalu.

Beliau mendakwa menteri itu menemui pelakon itu seminggu sekali di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.

“Yang paling rendah sebanyak RM100,000, manakala RM200,000 itu biasa.

“Saya pernah sekali saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac selepas Zahida menuduh beliau melarikan diri dengan wang sebanyak RM 200,000.

Selepas laporan Noor Azman, Zuraida mendedahkan di dalam kenyataan media bahawa transaksi wang itu berlaku antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Pada Oktober, sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Manakala pada November 2011 sebanyak RM112,000 dimasukkan dalam akaun.

Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

Polis menahan Noor Azman selama tiga hari daripada 13 – 16 Mac untuk siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Zahida.

Laporan polis itu didedahkan oleh Zuraida pada 18 April lepas. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Zahida pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuraida.

Turut hadir dalam sidang media itu ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai “Dayangku Intan” (ibu saudara), Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguamnya, Lateefa Koya.

Tengku Intan, yang juga seorang artis terkenal era 80-an, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu yang tidak dikenali menunggu depan rumah beliau sejak Noor Azman dibebaskan.

“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya.

“Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Tengku Intan.

Menurut Tengku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah mereka kerana ia juga membabitkan maruah pihak kerabat DiRaja Kedah.
-selangorku




[Video] Nizar Langgar Pentas UMNO: Perbandingan 2 Video, Edited & Original (updated)

Semalam blog ini menyiarkan sebuah video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang.

Video itu ternyata telah diedit oleh pihak pencacai UMNO untuk memburukkan DS Nizar.

Hari ini kita dedahkan dua video, satu yang diedit dan satu yang original supaya masing-masing dapat membuat penilaian.

Jom saksikan bersama:

Versi UMNO



Versi sebenar



Penjelasan DS Nizar




Nizar: Tindakan saya tak salah

IPOH – “Saya hadir bukan dengan niat mengganggu kelancaran program, lagi pula ceramah itu mengalu-alukan orang ramai, tidak terkecuali saya sendiri.”

Demikian ulasan bersahaja yang diberikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kehadirannya dalam satu ceramah anjuran Umno di Tualang Sekah, 13 Mei lalu.

Mengakui kehadirannya menyebabkan orang ramai termasuk pemimpin Umno kawasan itu terkejut, Mohammad Nizar berkata, kunjungan­nya ke program itu tidak lain, hanya untuk mendengar pendedahan yang dibuat berkaitan dirinya.

“Apa salahnya saya duduk dan dengar sesuatu yang ada kaitan dengan saya, kebetulan ada kerusi kosong di bahagian hadapan pentas, saya pun duduklah,” katanya.

Pada malam 13 Mei lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang itu hadir dalam ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

Turut berada dalam ceramah itu adalah Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Shaarani Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan.

Mohammad Nizar berkata, beliau terpanggil untuk hadir ke ceramah itu kerana secara kebetulan sedang menunggu giliran untuk memberi ceramah anjuran Pas Kampar yang diadakan kira-kira 150 meter dari lokasi.

Menurutnya, meskipun ada pihak yang tidak senang dengan kehadirannya dan memintanya beredar, beliau mengambil pendekatan untuk terus dengar dan lihat.

“Pandangan hadirin secara tiba-tiba tertumpu kepada saya, tetapi saya minta penceramah teruskan sesinya yang jelas sedang menghentam diri saya.

“Jika berlaku sebaliknya, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya, lebih mudah untuk saya sampaikan maklumat,” katanya.
-SH


Ulasan GB

So, verdictnya?

Memang layak sangat anugerah dan doa "laknatullah" ke atas pencacai UMNO yang mengedit video untuk memburukkan Nizar itu. Selagi video itu ada di youtube, selagi itulah laknatullah itu berjalan ke atas mereka yang berkenaan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Maka Terlucutlah Seluar Ketua Si Penonggeng Itu: Guna "Datuk" Palsu Rupanya

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhabar pencacai Utusan Malaysia pernah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah)

Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga.

'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).



Semua Pihak Kutuk Tindakan Lembu Dari Askar Pencen Semalam

Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'

Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar kecil) berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.

Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

'Pesara polis tak akan buat begitu'

Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.

"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.

Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.

Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.

"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.

Ulasan GB

Over-board. Sudah keterlaluan. Demikian rata-rata pendapat orangramai terhadap aksi menonggeng bontot ke arah Ambiga yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa diri mereka sebagai veteran polis.

Sekali pun tiada siapa yang mengambil tindakan untuk menghalang demo berkenaan namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, "perkara buruk akan tetap akan terima kutukan" - seluruh masyarakat mengutuk perbuatan hina berkenaan.

Ia memburukkan lagi imej pihak yang anti-BERSIH.

Itu baru kutukan dari orang awam, dan jika ramai sangat mengutuk mereka, silap gaya apa yang GB katakan semalam bahawa mereka itu seperti kena buasir, akan menjadi kenyataan. Siapa tahu?

Semalam GB sudah ulas. Petikan:

Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang.

Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka.

Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



sumber: FB

15 Mei 2012

[Video] Keganasan Polis: Wartawan Beri Najib 2 Minggu Untuk Bertindak

Putrajaya 15 Mei: Sekumpulan enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini untuk Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan ke atas keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.

Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 3,000 tanda tangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.

Mereka turut mendesak polis memulang peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.

Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.

“Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik,” katanya.

Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.

Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.

Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti. -KD



UMNO Mahu Jarakkan Diri Dari Tindakan Biadab PERKASA

UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga

GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.

UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang

GEORGE TOWN - DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota Perkasa itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota Perkasa berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini.
- Bernama (11 Mei 2012)


Ulasan GB

Kerana khuatirkehilangan undi dari Gerakan & MCA, maka UMNO Pulau Pinang isytiharkan pendirian berbeza dengan PERKASA.

Walhal hakikatnya telunjuk sudah lurus sedangkan kelingking masih berkait. Sama halnya dengan Najib. 1Malaysia di depan, di belakang, biarkan PERKASA teruskan agenda perkauman.

Rakyuat kini tidak mudah ditipu UMNO lagi.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga

Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

'Orang Islam, minum air suam'

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.

Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

Gangguan, bukan himpunan aman

Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. -mk

Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut

oleh Mohd Insan Kamil

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
-




Ulasan GB

Macam orang kena penyakit buasir layaknya.

Menonggengkan bontot kat orang lain tak tentu pasal di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa marah kononnya.

Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang.

Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka.

Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?)


[Video] Konsert UMNO Di Bukit Jalil Lansung Tiada Sambutan

Berjuta wang dibelanjakan untuk sambutan UMNO yang ke 66 (sebetulnya sambutan ke 25) di Bukit Jalil tetapi ia gagal mendapat sambutan.

Sebelum ini GB pernah melaporkan karnival UMNO lengang dan sunyi sepi di hari kedua dimana beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, begitu lengang tanpa pengunjung.

Dan pada sebelah malamnya, konsert yang membariskan beberapa artis tempatan terkenal, sambutannya pun hambar.

Klip video di bawah mengesahkannya. Kerusi-kerusi di dalam stadium Bukit Jalil kosong sekali pun muzik dari konsert begitu gegak gempita bunyinya.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Video] Najib Diaibkan Di Kota London - Laungan BERSIH Semasa Beliau Berucap

Sama seperti kejadian semasa BERSIH 2.0 dahulu dimana kunjungan Najib disambut oleh Queen Elizabeth mengenakan pakaian kuning, pada kali ini Najib disambut dengan pemberian bunga berwarna kuning.

"Kuning" - satu warna yang begitu sensitif - dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya adil dan bersih di negara ini. Sehingga kini TIADA apa pun dilakukan oleh kerajaan Najib terhadap tuntutan BERSIH 3.0 itu.

Di bawah ini pula video "sambutan" yang diberikan kepada Najib setibanya di London.

paspb melaporkan:

Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena, London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya, Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London.








Laknatullah Ke Atas Perancang & Pembikin Video Yang Memfitnah Nizar Ini...

Video Nizar di ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' ..


Ramai yang bertanya samada ada atau tidak video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang tu..

Bagi tidak menghampakan pembaca yang bertanya itu samada melalui e-mail, Facebook ataupun Blog ini di SINI aku usahakan untuk mencarinya..

Hasil penjelajahan aku kebeberapa buah blog pro UMNO akhirnya aku jumpa juga video yang dicari itu dalam blog pencacai UMNO..

Oleh kerana yang merakam video ini ialah pencacai UMNO, sudah pasti mereka tidak akan upload versi original sebelum di edit bagi menunjukkan Nizar telah menipu bahawa ketika beliau datang penceramah yang tah apa namanya tu dah mati kutu..

Korang tengok video ni..




Kenapa aku kata video ini telah diedit?

Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya.




Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan..

Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada..




Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah.




Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top Dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga...


 




  


Aku malas dah nak ulas panjang-panjang... korang tengoklah sekali lagi video kat atas tu, lepas tu apa yang tak betul korang tinggalkan komen kat bawah tu...

Macammanalah pencacai UMNO ni edit video tu.. jalan cerita tak lancar langsung.. Nampak sangat dah dieditnya..

Kesian... terdesak benor kome nak pertahankan Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man itu ya... ambik upah mingguan ke?

Sumber: ASD

Ulasan GB

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Inilah Sebabnya Mengapa Parlimen Tidak Dibubarkan Sekarang!

56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik.

"Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen.

"Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan.

"SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu.

"Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional).

"BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi.

"Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya.

Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding.

Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini.

Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat.

"SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap.

"Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya.

Ulasan GB

Pertama: Ramainya pasukan penguatkuasa pantau pilihanraya di negeri Selangor. Apakah sebenarnya tujuan diwujudkan pasukan ini? Mengapa begitu banyak untuk negeri Selangor?

Apakah ia sebenarnya untuk memberi escort khas kepada warga asing supaya tidak diganggu dan dikesani oleh rakyat nanti sewaktu mengundi sepertimana kes sebelum ini gerombolan bas membawa PATI untuk mendapatkan mykad tetapi dikatanya untuk menghadiri kursus keusahawanan?

Sepastinya kesemua ini sudah dirancang oleh Task Force yang didedahkan sebelum ini.

Kedua: Sekarang GB sudah tahu mengapa Najib tidak menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan parlimen sepertimana yang ramai meramalkannya.

Ini adalah kerana Najib mahu Selangor mengadakan pilihanraya serentak dan tidak berasingan. Kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan Selangor tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri.

Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

Dan ini memberikan ruang kepada Najib untuk menstrategikan pembubaran parlimen mengikut kehendak Tan Sri Khalid iaitu pada atau selepas Jun 2012, supaya pilihanraya Selangor dapat diserentakkan dengan dengan negeri-negeri lain bagi mempastikan agendanya untuk merampas Selangor boleh menjadi kenyataan!

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


Laporan sebelum ini
klik untuk baca