13 Mei 2012

Karnival Umno Semalam Lengang & Sunyi Sepi

Bukit Jalil: hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.

Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.

Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.

Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnua kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.

Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.

“Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari,” kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.

Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.

Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan.

Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT (terjemahan bebas -GB)



11 ulasan:

gelorahatimuda berkata...

dptkan gambaran karnival itu pd hari ini pulak bro.. lepas tu kita lihat berani ke najib bubar parliment?

Tanpa Nama berkata...

rasanya... kalau diizinkan Bersih 3.0 berjalan lancar tanpa gangguan polis yang didalangi oleh umno/bn, ramai juga yg berminat sambil bersantai di karnival tersebut.

tapi apakan daya, umno/bn sendiri yang memilih supaya orang benci dengannya...

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh, ramai yg dtg pd hari sebelumnya di"angkut" dan bukan datang secara sukarela

Penduduk yg tinggal di Lembah Kelang & Selangor tak berminat pun nak hadir... sebab x ambil pusing program UM"POR"NO yang dah ditalkinkan oleh mereka sendiri.

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

GB tipu...kan penuh tu...sesak sesak hantu-hantu berkeliaran kat exspo tu.betul la kata menteri dah ada 70000 yg hadir.korang semua je tak nampak.

Tanpa Nama berkata...

kan penuh sesak tu..sape yg tak nmpak dia anak l.o. n.k.h..hehehehe

Tanpa Nama berkata...

kenape tak impot makcik2 pelda, musti penoh

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pendapat kalian, bersih kali ni berjaya nenarik ramai rakyat malaysia drpd berbilang kaum. Kalau bukan krn umno huh lagi ramai yg akan hadir. BERSIH N LYNAS harap diadakan sekali lagi perhimpunan seblm pk najib mengumumkan pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

gambar last, blogger atas pakar. blog serius....

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Tak lama lagi peniaga-peniaga tu akan berdemonstran di depan rumah Ambiga kerana perniagaan mereka rugi pasai berlaku BERSIH 3 PUNYA PASAL...

Tanpa Nama berkata...

ramai neh.... geng dia kan banyak pengundi hantu... sebab tu korang tak nampak... lagi pun, siang hari, tak kuar geng dia... hohohohoo....

Tanpa Nama berkata...

Sudah tentu keadaan hari kedua lengang dan kosong sebab yang datang hari perasmian tu diberi upah hanya untuk meraikan Najib.No money no come.No money no work.