15 Mei 2012

[Video] Keganasan Polis: Wartawan Beri Najib 2 Minggu Untuk Bertindak

Putrajaya 15 Mei: Sekumpulan enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini untuk Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan ke atas keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.

Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 3,000 tanda tangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.

Mereka turut mendesak polis memulang peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.

Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.

“Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik,” katanya.

Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.

Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.

Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti. -KD



3 ulasan:

Amuraria berkata...

AKAL LEMBU BERTINDAK IKUT ARAHAN ,MANA ADA TIMBANG RASA & PROFESIONAL ? AKHBAR ATAU MEDIA SEMUA SAPU !

RESOLUSI berkata...

mungkin ini adalah musibah yang kita sendiri tidak sedari,dimana sesetenggah wartawan menyiarkan berita fitnah dan palsu tentang P.R ..bila sudah terkena pada batang hidung sendiri tau la macam mana...

Awanama berkata...

mana polis pukul orang ramai atau petugas media??????

polis pukul dan tendang anjing2 aje hari tuh!

tak caya tanya ketua polis kesayangan malaysia kita tuh!? majoriti polis kan orang islam, mana boleh orang islam buat benda2 terkutuk macam tuh. Nabi tak ajar orang islam buat macam tuh. Betul tak abg2 polis?