14 Mei 2012

[Bergambar] Nizar "Langgar" Pentas Musuh - Itu Sifat Orang Yang Benar

Penceramah Umno pucat, Nizar gegar pentas utama

KUALA LUMPUR 14 Mei: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama bersama panelis di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.

Melalui kiriman di twitter, Nizar memberitahu, dia duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

“Saya menghadiri ceramah Umno menggodam saya di Tualang Sekah, Kampar oleh YB Datuk Shaarani dan Hanafiah Man. Mereka panik dan pucat,” tulis Nizar.

Ceramah tersebut diadakan berhampiran ceramah Pakatan Rakyat yang juga diadakan di Tualang Sekah, dekat situ.

Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam.

“Masa saya sampai, Hanafiah tengah godam saya. Bila nampak saya menjelma, mukanya pucat dan terus tukar topik.

“Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga,” tulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka,"
kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
-HD







Sumber gambar: ajijoi

Ulasan GB

Sifat orang yang benar dan mulia ialah dia tidak takut menghadapi apa jua tohmahan dan cemuhan yang dihalakan kepadanya. Itu sifat hulubalang sebenar. Itu sikap seorang muttaqin, yang jiwanya hanya takut kepada Yang Esa.

Malah sifat Rasulullah sendiri, sewaktu perang, baginda tidak duduk di barisan belakang. Baginda menjadi jenderal yang berada paling hadapan mengetuai mukminin menentang musuh. Baginda juga bersifat "al-amin" (yang benar) sehingga hati-hati musuh gerun dan cair bila berhadapan dengannya. Itulah yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai uswatun hasanah - contoh tauladan kepimpinan yang terbaik.

Nizar mencontohi uswatun hasanah serta memiliki sifat keberanian dan kemuliaan itu. Kerana hukum kebenaran dan keadilan menyatakan: berani kerana benar, takut kerana salah, lantas itu dia terus naik ke pentas menghadapi segala-galanya.

Syabas Mohd Nizar Jamaluddin!

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tabik!!!

amimo4ever berkata...

Tahniah DS Nizar andar berani.

Amuraria berkata...

berani kerana benar,takut kerana memfitnah & berbohong ! syabas & salute pada pejuang kebenaran YB Nizar, Allahu Akhbar !

Tanpa Nama berkata...

Pejuang kebenaran.

akmal berkata...

terbaik!!!...pendekatan sebegini memang sangata baik...aku harap ramai lagi ahli Pakatan Rakyat yang berani seperti ini...AllahuAkbar!...

Blog Sensasi berkata...

inilah pemimpin yg patut kita ikuti

Tanpa Nama berkata...

lembu2 umno ni kalau cakap dgn tunggul memang petah.
Tapi bila nak cakap berdepan, mati kutu terus. Terus terencat akal.

Sebab tu lah pemimpin tertinggi umno sampai sekarang tak berani nak berdebat secara bersemuka.

Abu berkata...

Aku tak kisah apa jawatan dia dalam Pas.. Dia layak jd PM

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong encik Abu 200%!

Tanpa Nama berkata...

saya sok├Âng

Tanpa Nama berkata...

saya suker. . saya suker. . .yg bangangnya c pihak polan tu. . siap buat banner besar2 dgn topiknya sekali. . .Ya Allah. . . betapa bodohnya dia sbgai pemimpin. . .mengumpat ala politik. . .aku sokong dato nizar

Tanpa Nama berkata...

ara payung sokong

Tanpa Nama berkata...

ara payung SOKONG

ajep berkata...

hormat DS nizar,sgt berani dan lurus hatinya

Tanpa Nama berkata...

but today, sape yg terpegang utusan meloya, just flip, dont read...tahniah...mane ade org yg buat salah berani tampil mcm ni...walau ini bukan event dia, tapi dia ada hak utk respon..terbaik!

Tanpa Nama berkata...

para pemimpin umno kalau berkokok bergegar-gegar tapi ekor bergelumang tahi,,,,