16 Mei 2012

Senaman Punggung Loya Dan Menjijikkan - Tetapi Sudah Menjadi Budaya UMNO

Hanya si bacul suka goyang punggung – Kobat

KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan ‘senaman punggung’ depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung.

“Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia?

“Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung’ di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan’ bekas tentera.

“Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan,” tegasnya.

Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu.

“Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih.

“Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno,” tegas Fauzi lagi.

Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu.

“Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera.

“Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya,” katanya sinis.

Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno.

Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara.

Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. -KD


Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu – Teras

KUALA LUMPUR 16 Mei: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan ‘senaman punggung’ oleh bekas tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai tindakan bodoh dan gila.

Katanya, tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar.

“Saya cukup kesal dengan kelakuan mereka yang langsung tidak matang dan beradap.

“Apatah lagi ia adalah satu provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan (di kalangan masyarakat),”
katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau juga kesal sikap lepas tangan pihak berwajib kerana tidak menghalang kelakuan di kediaman peribadi itu.

“(Pihak berkuasa) seolah merestui, (ia) patut dihalang kerana mengganggu kediaman dan privasi (Ambiga),” katanya.

Semalam, dilaporkan 15 anggota tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berdemonstrasi di depan kediaman Ambiga kerana membantah peranan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan apa yang dikatakan sebagai ‘gerakan seks bebas’.

Selain membawa sepanduk mengutuk Ambiga dan Bersih 3.0, mereka turut menarik perhatian dengan membongkok dan menggoyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu.

Demonstrasi ini dilihat sebagai susulan ‘protes Burger’ oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) 10 Mei lalu yang membuka gerai burger di hadapan rumah beliau.

Mohd Azmi sehubungan itu, menyeru semua pihak, terutama ahli agama dan bekas tentera untuk tegas mengecam aksi tersebut.

“Mereka telah menghina Islam, (kerana) mencetuskan fitnah dan salah faham terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.

“Ia juga memberi gambaran buruk kepada bekas tentera, padahal hanya dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja,” kata beliau lagi.
-KD


Ulasan GB

Budaya tonggeng bontot bak lembu-lembu itu sebenarnya seperti sudah menjadi budaya UMNO. Mengapa GB katakan begitu?

Kerana setakat ini belum ada mana-mana pemimpin dan ulamak UMNO yang menyelarnya.

Kedua, hampir kesemua blogger-blogger pro-UMNO "menyokong" tindakan bekas tentera tersebut.

Ketiga dimana-mana saja kita boleh tonton pemuda-pemudi UMNO menunjukkan aksi lucah dengan menonggengkan bontotnya terhadap orang yang tak disukainya di khalayak ramai seperti gambar di bawah:












Begitukah akhlak orang Islam. Tidak, Ia adalah "budaya murtad" yang lansung tidak dibendung oleh ulamak-ulamak UMNO!

17 ulasan:

Awanama berkata...

Owh.. tiada komen dan ulasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan atau dari SS Harusanni ke?


AzMiR

Amuraria berkata...

JANGAN HAIRAN BENDA IN ! INI ADALAH LEMBU-LEMBU SONGKOK TINGGI YANG TANPA AKAL ATAU TERENCAT ! KESIANLAH MEREKA YANG TIDAK BERAKAL WALAU DAH BERUMUR SENANG PULAK DIPAWAHKAN OLEH PARTI SEKUTU APCO ;)

XUMNO berkata...

Ini lah transformasi Najib UMNOngok. Bangsa Melayu yang berhemah dan berbudi bahasa yang menyokong UMNO ditransformasi menjadi binatang lucah, megah memperagakan keaiban diri dan menabur fitnah.Ini yang dikatakan kemajuan orang melayu penyokong UMNO.Tak hairanlah kalau Allah menggantikan bangsa bansat ini dengan bangsa yang lebih baik di negara ini. Insaflah bangsaku.Masa saya dalam UMNO dulu tak terfikir akan berlaku kebiadaban keterlaluan akan dilakukan oleh orang Melayu.

Unknown berkata...

bagus juga tu .... suruh le mereka buat hari-hari selama setahun dua ... kalau setakat sehari dua tak pulang modal ....!!!!

MNazri berkata...

Hahahahah..
Satu kompilasi adegan goyang punggung oleh umno/bn yg baik!
Mungkin di punggunglah tempat mereka berfikir, barangkali di situlah juga otak mereka?

Awanama berkata...

tindakan mereka tidak mendapat restu ahli PVTM yg lain. memalukan umat Islam mereka ini..

Awanama berkata...

pejuang akidah si hasan dan ulamak muda umno tak kata apa-apa ka...!!!!

Awanama berkata...

Pesta Goyang Pungung ni menunjukkan budaya dan amalan UMNO.Nampaknya dah hilang kereta-kereta tolak jualan burger sebab "penjual burger" dah terima upah dan UMNO tak berdaya lagi nak keluarkan upah.Macam juga kisah perasmian UMNO 66 tahun diStadium Bk.Jalil,satelah terima upah untuk hari perasmian,hari 2-3 stadium jadi lengang.Yang goyang punggung ni pun macam tu.Bila dah tak ada upah depa akan belah.

Awanama berkata...

lbh elok klu diorg ulang lg senaman punggung ni, masuk TV3 lg baik, biar smua rkyat tgk otak mereka kt mana.

Awanama berkata...

Kenapa polis tak ambil tindakan kerana menghalang lalulintas?

Awanama berkata...

Apa komen guru punggung mereka/UMNO Tok Nan MB Pahang.

hairan berkata...

jangan lupa lepas nih buat senaman punggung kat depan rumah TKPN dan KPN sekali ya... kan itu dibenarkan oleh undang2 dan polis! yang haram cuma demo dan duduk aje

apa punya thurrrrrr (sori bro hisham pinjam istilah) polis2 yg kita ada kan???

Awanama berkata...

bapak2 sapa la tu...mesti anak2 mereka x tau nk letak muka kt mana..kesian.

Awanama berkata...

sebelum ini pencacai2 umno menghina orang PAS sebagai lembu DAP n PKR.....tapi sekarang umno sendiri yg betul2 LEMBU rupanya....ALLAH balas cash apa yg depa hina pd PAS sebelum ni....last2 baru UMNO sedar, lembu bertopengkan manusia yg sebenarnya puak2 UMNO...nak sgt hina orang,pdn muka depa...UMNO ni dok benak mcm LEMBU, xhabis2 sokong walaupun dh kena tipu lama mana dh ngan owang atasan...habis la UMNO PRU-13 ni....bodoh xhabis2 mcm LEMBU...LEMBU betoi pn xbodo mcm puak2 UMNGOK ni...

Awanama berkata...

wow...apasal ini lembu tara tanduk?

setiap hari aku dilihat..siapa..?? berkata...

ish...ish..ish..akupun askar pencen gak..tp tak gamak le aku nak buat gini..merendahkan maruah aku aje..kesiannya veteran-veteran nih..pi lah ke masjid-masjid ke..surau ke..solat sunat ke..solat fardhu ke..berdoa pada ALLAH..mohon petunjuk lagi baik dan beradab..buat malu veteran aje..yg pakai kopiah putih pun ada...tak der maruah lansung....baik korang cari dan kaji pada janjix najib pada kita semasa mulax jadi PM dulu..carilah seniri..

setiap hari aku dilihat..siapa..?? berkata...

mmmmm...dato JKB dan pembuat fatwax tak nak pulak keluar fatwa ya...lagi haram..atau saja membutakan mata dan hati kerana disebelah pihak berharta...