8 Jan 2012

Hasan Ali Dipecat Dari PAS - Keluarnya Duri Dalam Daging [Ulasan GB]

Kuala Lumpur, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS



Selangor akan bincang pengganti Hasan Ali Rabu depan

SHAH ALAM, 8 Jan — Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyarat Rabu depan untuk membincangkan kedudukan exconya, Datuk Hasan Ali, yang dipecat secara mengejut oleh PAS hari ini.

Faekah Hussin, Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor, mengesahkan kenyataan tersebut selepas dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kedudukan beliau (Hasan) adalah sebagai wakil daripada PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider, yang menyatakan bahawa negeri berkenaan akan mencari pengganti selepas pemecatan Hasan daripada PAS.

Menurutnya calon tersebut berkemungkinan akan dilantik daripada PAS, namun enggan membincangkannya dengan lebih lanjut kerana menurut Faekah, dia masih menunggu notis rasmi daripada pemimpin PAS.

“Semua exco adalah wakil daripada parti, Datuk Hasan juga boleh meletak jawatan kerana dia bukan lagi wakil parti,” katanya sambil menambah “penggantinya akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Rabu ini.”

Tambahnya, kerajaan Selangor akan menghantar surat kepada Istana Selangor untuk memberitahu berkenaan perkara itu dan berbincang dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan perkembangan terbaru itu.

Lembaga Eksekutif negeri dilihat sebagai wakil Sultan dan kerajaan negeri kerana Sultan merupakan ketua tertinggi sebagai ketua agama Islam.

“Kami akan mengadakan perbincangan tersebut di istana,” kata Faekah.

Pentadbiran tertinggi PAS memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti,” kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan esok adalah perbuatan sia-sia.

Abdul Hadi telah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaimana pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya. -TMI



Ulasan GB

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.
Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan ulamak dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang ulamak ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Seperti yang pernah GB katakan, seorang penampal poster dan seorang blogger picisan mungkin lebih layak diangkat menjadi pemimpin jika dia lebih ikhlas di dalam perjuangan daripada seorang Ketua Pemuda ataupun Ketua Ulamak parti sekalipun tetapi angkuh dan takbur.

Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Sebelum PAS dapat mengalahkan musuh di luar, menjadi sangat penting bagi PAS untuk membersihkan musuh dalam selimut.

Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan:

Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali.

Setelah beliau "meludah" muka TG Nik Aziz dengan penafian memohon maaf di Kelantan sebelum ini, kini beliau meludah pula Presiden PAS sendiri.

Beliau lansung tidak layak untuk berada di dalam jemaah PAS.

Itu sebab GB katakan semakin dia dibiarkan, Hassan Ali semakin melampau.


Alhamdulillah, akhirnya Allah mendengar rintihan itu dengan pimpinan PAS mengakui kebenaran kata-kata GB itu dengan mencantas dedalu yang lama bertenggek di dahan PAS.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





29 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah kpd PAS kerana membuang Hasan Ali, sebelum cacing naik ke mata. Ucapannya kini menghina jemaah PAS.

Awanama berkata...

Daripada dia berak merata-rata dalam rumah sendiri....baik kita letakkan dia diluar rumah....dia boleh berak kat mana dia suka....Dia boleh berak berjamaah dengan mana2 kawan yang sekepala dengan dia...Kalah menang perjuangan Pas bukan atas tangan seorang individu...Selagi Pas Istiqqomah dengan perjuangannya...Aku sokong...Sokong ikut tajuk...Bukan sokong buta2...

BaDiN berkata...

Syukur.
Parti Islam telah pun dibersihkan dari sebarang virus yang merbahaya.
Nasib yamg akan menimpa kepada mereka yang tak dengar kata,berdendam kesumat,lebih sudu dari kuah.Jika ada lagi orang yang berperangai begini ,cepatlah bertaubat & baiki diri kearah yang terbaik yang disukai jemaah.
Terlajak Kapal Boleh UTURN TAPI Terlajak ,Celupar Mulut Padah Menanti.
Hukuman yang dijatuhkan dalam Jemaah Islam Ini Tentunya menyakitkan TAPI Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga .
Sekian

Awanama berkata...

Assalammualaikum GB dan semua,

Tahniah dan syabas kepada pemimpin dan semua ahli PAS. Keputusan memecatnya adalah sesuatu yang tepat. Kayu gelegar yang reput tak mungkin dapat menahan lantai. Hassan Ali bukanlah seorang pemimpin contoh yang mahu kita kesali akan ketiadaannya. Biarkan dirinya perjuangkan apa yang ingin diperjuangkan. Antara pejuang dengan motivator, pasti banyak perbezaannya.

Awanama berkata...

Mamat ni boleh masuk UMNO dan bertanding untuk menduduki kerusi MB Selangor yang sudah lama diangan-angankan.

Awanama berkata...

Ustaz Kazim laju saja kena pecat, Ustaz Hassan Ali yang lantang bersuara terkial-kial diambil tindakkan.

LeeMalay berkata...

Aikk.. ngape ye... bisa-bisa kat badan aku nie dah hilang lak......
rasa sedap badan malam nie......
Lama gak ngidap sakit nie.....

kayu_cemeti berkata...

salam parjuangan
Alhamsulillah terungkai juga benang yang bertambah mengusutkan dalam parti selepas ini peluang bagi pengkhianat bebas berpekik dalam tv dan akhbar proganda umno diluar parti atau menunggu ganjaran dari umno atas usaha memporakperandakan parti bagi kami yang mengundinya diDUN Gombak Setia mempersilakan ia lepaskan segala jawatan hasil kemenangannya jika tidak mahu disumpah hasil gaji yg ia nikmati dan pada kefahaman kami inikah sikap yang dikatakan Pakar Motavasi yg segalanya dialah yg betul dan benar adakah sifat angkuh riak dan sombong ada pada pakar ini hingga tidak dengar arahan pimpinan dan klu bolih pimpinan parti pun nak dimotivasikannya ...masya'allah

Waris berkata...

Alhamdulillah... sekor jembalang dah berjaya dikeluarkan dari badan pas. Masih ada beberapa ekor lagi yg masih tinggal.

Malam ni di tv3/4sekor lagi jembalang sdg merasuk. Jembalang yg pernah jadi timb presiden cuba merasuk pas sebijik mcm jembalang hasan ali cakap.

Kami rasakan 2 ekor ni cuma anak jembalang. Bapak jembalang masih ada cuma bapak kepada jembalang ni tak berani nak keluarkan tanduknya buat masa kini kerana takut hilang kuasa.

Awanama berkata...

malam ini hasan ali diberi peluang untok mengutuk pas sepuaspuasnya kalau tv harga dua tiga ringgit esok boleh tengok kadai tv akan didatangi pelangan yg ramai untok beli tv baru.

Awanama berkata...

Teramat-amat wajar Hasan Ali disingkir, kalau tidak bermarajalelalah beliau dengan kesempatan slot ala kempen Buletin Utama TV3. Berbagai-bagai tohmahan dari kacamata dan tafsiran beliau cara tersendiri. Apakah yang terucap oleh beliau itu cukup islamik? atau memangnya emosi dek kerana hilang haluan dalam pas! Sebijak manapun manusia tidaklah bererti ucapannya telus sedangkan objektif sebenar TV3 telah pun berakal lantaran menjadikan Hasan Ali sebagai instrumentasi untuk menjatuhkan seseorang, sedangkan cara islam tidaklah sedemikian caranya. Kita fikir-fikirkanlah!!

5sal berkata...

asslm!aku cukup sokong 110% dengan pemencetan dato tu.Ada sorang lg yang akan jadi duri dalam parti PAS.Semenjak dia jadi MP PAA pun tak degaq suara dia pun tapi bila tak terpilih mula dalam muktamar ari tu dia pun mula nak bersuara. Aku pun rasa dia nie pun patut dipecat gak kalu lebe2.

Awanama berkata...

Alhamdulillah. Moga Allah memberkati keputusan pimpinan PAS. Selamat jalan HA dan selamat mendapat tempat serta ruang yang lebih dalam media dan tv untuk membantai PAS sepuas-puasnya.

PAS pun lebih lega kerana HA boleh berak sepuas-puasnya di luar pagar PAS. Carilah dan tampilkan sahabat-sahabat anda untuk meneruskan keceluparan anda.

PAS teguh bukan kerana dasar dan perjuangan Islam. PAS akan terus hidup dan berkembang. Pemimpin boleh datang dan pergi. Hanya yang sedar redha Allah sahaja akan kekal bersama PAS. Yang munafik akhirnya akan Allah tunjukkan agar dapat PAS bersih dalam perjuangannya.

Awanama berkata...

Kalau dah tak boleh dengar pendapat dan keputusan Jamaah dan masih nak berdegil dengan kepala otaknya sorang saja, lebih baik la dikeluarkan saja.

Hassan Ali telah melanggar apa yang beliau telah katakan dalam kem2 motivasi beliau iaitu pendapat dua orang lebih baik dpd seorang, pendapat lima orang lebih baik dpd sorang dan seterusnya.

Lepas ni Hassan Ali boleh joint Zul Kulum masuk PEKASAM.

Awanama berkata...

memang tidak ada orang yang bijak & bagus macam hassan ali, tapi...
yang lebih bijak & bagus dari hassan ali, ada ramai....

ammyhassan berkata...

Salam, saya menyertai PAS kebetulan sama dengan Dr Hassan Ali ekoran bantahan terhadap Sodomi I. Saya mengenali beliau semasa bersama ABIM. Sebelum menyertai PAS beliau adalah pakar motivasi Summer Camp. Kemasukan beliau ke dlm PAS sedikit sebanyak menjejaskan prestasi program motivasi beliau yg mendapat iklan percuma pihak TV. Sedih beliau terpaksa dibedah-buang dari PAS. Bagi saya, alhamdulilah saya kekal sebagai pemacak bendera dan poster PAS di sana-sini dan itulah sumbangan kecil saya pada perjuangan. Lebih baik jadi tok siak di surau PAS daripada menjadi tok imam yang terlampau...

Awanama berkata...

ini hasang aaa, mesti muhasabah dili aaa,jangan ala dendam lalam hati aaa. boleh buat layuan aaa,masuk balik sama pas...kawan baik-baik aaa.

mad berkata...

keputusan yg tepat sekali

Awanama berkata...

Tuan GB, ini pembetulan catatan saya (anon 9:28):

"PAS teguh bukan kerana dasar dan perjuangan Islam. PAS akan terus hidup dan berkembang. Pemimpin boleh datang dan pergi. Hanya yang sedar redha Allah sahaja akan kekal bersama PAS. Yang munafik akhirnya akan Allah tunjukkan agar dapat PAS bersih dalam perjuangannya."

Sepatutnya:

"PAS teguh bukan kerana kehebatan individu tertentu tetapi PAS teguh dan utuh atas dasar dan perjuangan Islam. PAS akan terus hidup dan berkembang. Pemimpin boleh datang dan pergi. Hanya yang sedar redha Allah sahaja akan kekal bersama PAS. Yang munafik akhirnya akan Allah tunjukkan agar dapat PAS bersih dalam perjuangannya."

Awanama berkata...

Bagi saya, ahli yang dipecat dari parti adalah hukuman yang amat memalukan. kerana kalau bukan2 calang kesalahan parti tak akan pecat.Tamabahan pula orang yang masuk PAS ditangan almarhun ustaz Fadzil akhirnya di pecat. Malu.....Kalau Dr. Hassan ada maruah lepaskan jawatan Exco jangan sampai dipecat pula dari exco. Lagi baik kalau ada harga diri letak jawatan sebagai ADUN....jangan samakan diri kita yang dengan zul kulim.

abu berkata...

hassan ali tak macam Hassan cucu Rasullulah, tak de aps yang pelik

Jiwa Islam berkata...

Memang beliau dah jangka akan dipecat dan mungkin ini sebenarnya yang beliau mahukan....

Awanama berkata...

Yahuuu.... Gombak berjaya dibersihkan... Selamat "JALAN" penyakit kurap..

Manpokken

Awanama berkata...

BaDin,
PAS belum bersih lagi.Waris(diatas) sudah pun cakap - masih ada 3-4 ekor lagi yang wajar disingkirkan sebelum PAS betul-betul bersih.Seekor sudah pun buat kenyataan akhbar menggunakan akhbar UMNO dan "adindanya" masih berkuasa dalam Pemuda.Yang jadikan Harakah kepunyaan peribadinya juga wajar disingkirkan,panglima UG.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Alhamdulillah dan syukur pada tuhan. Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS yang mengambil respon terhadap Hassan Ali dengan tindakan memecat beliau dari PAS. Saya sokong 100 peratus. .Apa gunanya mengekalkan beliau dalam PAS sedangkan pada waktu yang sama menikam PAS dari belakang seolah-olah beliau bukan pemimpin PAS. Bagi saya sepatutnya tindakan ini sudah lama dilakukan. Pemimpin seperti ini layak ditong sampahkan. Banyak lagi pemimpin pelapis yang lebih bekelayakan dengan mempunyai prinsip dan karismatik. Ini adalah satu pengalaman dan pengajaran terhadap PAS dan pemimpin yang belok dan khianat pada perjuangan.

Bagi persepsi saya sesiapa sahaja yang ingin bergiat dalam politik maka dia haruslah menghormati keputusan dan dasar-dasar parti bukan dengan menyertai parti politik untuk mencari sesuap nasi dan kepentingan diri. Mungkin ini yang dicari dan ada pada pakar motivasi Hassan Ali.

Awanama berkata...

Eloklah Mamat ni masuk UMNO kot-kot diberi peluang bertanding. Ada can jadi MB Selangor. Dia boleh ajak Zul Nordin, Ibrahim Ali dan beberapa ekor katak lagi joint sama.

Awanama berkata...

Sebagai seorang ahli UMNO yang mengundi PR/ Pengundi atas Pagar, saya amat bersetuju DHA dikeluarkan dari PAS kerana terang-terang telah menongkah arus dan wajib dikeluarkan terus dari menjadi Jemaah. Bagi saya orang macam ini tidak layak lagi berada didlam PR/PAS. Walau pun saya seorang Ahli UMNO, tidak sekali-kali mengundi BN/UMNO samada bertanding ditempat saya atas tiket UMNO/BN atau atas nama mana-mana parti pun yang bersekongkol dengan BN/UMNO

Awanama berkata...

ALHAMDULLILLAH....

jom pakat buat jamuan kesyukuran pulihnya penyakit kronik yg menyerang sistem saraf kita...

TAKBIR 3X..... Askar Hijau

Awanama berkata...

Ceramah PAS pertama yg aku hadir ialah ceramah Dr Hassan Ali. Beliau memilih PAS kerana PAS memperjuangkan Islam.

Kata beliau dlm ceramah itu, UMNO memenjarakan Islam. PAS membuka ruang untuk melaksanakan Islam seluruhnya sesuai dengan tuntutan Islam.

1999- Dr Hassan Ali menang jadi ahli parlimen Bagan Serai dan ADUN Sungai Burung. Menjadi Ketua Pembangkang dalam DUN Selangor.

Akibat tindakan beliau, beliau berhadapan dgn cabaran apabila pusat latihan motivasinya di Kuala Langat ditutup oleh kerajaan Selangor. Beliau tidak lagi
Namun kini realitinya telah berubah. Dr Hassan Ali wajar menjadi teladan utk kepimpinan PAS.

Tokoh yang menyertai PAS perlu dididik untuk hidup berjamaah dalam menghormati