8 Jan 2012

[Video] Gempar!! Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri - updated

Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya! Dalam mesejnya di Twitter malam tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.



Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba! Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu! -jalanpulang



Ulasan GB

TV3, stesyen tv nombor 1 dalam negara yang kerap memfitnah dan memusuhi Pakatan Rakyat (PR). Akhirnya mereka sendiri akan "disilapkan" oleh Maha Pencipta. Berlaku bukan dengan kehendak mereka, tetapi kehendak Yang Maha Berkuasa.

GB sudah tulis banyak kali, bahawa, begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mereka menyerang PR bertubi-tubi, tanpa disedari, natijah dari serangan itu, ia akan memakan diri mereka sendiri.

Sama seperti kes dua ahli UMNO yang menyertai DAP. Petikan:

Melopong UMNO kali ini, apa tidaknya, Sakmongkol AK47 (Mohd Ariff Sabri Aziz) adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula seorang veteran Umno Negeri Sembilan yang tajam penanya, lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

Lagi kuat UMNO hentam DAP, lagi ramai ahli UMNO sendiri yang akan sertai DAP. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.


Masa depan Putrajaya, masa depan negara untuk Pakatan Rakyat. Yakinlah bahawa itu hakikatnya, itulah kebenarannya!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun sudah disediakan skrip...pasti ada kesilapan..namun jarang pemberita tersasul nama...ia datang dengan sendiri keluar nama DSAI...
dan pasti itu perkataan yang rakyat sendiri mahu dengar dari berita suatu hari nanti...
walaupun ape terjadi..lawan tetap lawan...

Tanpa Nama berkata...

Itu semua kerja ALLAh , manusia merancang ALLAH yg nenentukan ....

akue berkata...

lama jugak najib jdi PM...tapi bleh lgi trsasul nama....memg dah trbayang bayang kot najib dah cuci tgn dri PM...

Tanpa Nama berkata...

Siap ko. Tapi tak pe, klu kena pecat, minta keja kat tv hijrah ke, ko pun berhijrah le dgn menutup aurat mu sekali.

Amcam, boleh? setttttt....

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar. Kebenaran tetap benar walau dihadang dan ditentang berhabisan. Apa pun hanya Iradah Allah Taala jua yang pasti terjadi. Barang siapa yang menghampiri Nya maka berpeluanglah dia mengharapkan rahmat dan kasing sanyang Nya hingga di bantu.
Wallhu 'aklam.

jelutung a.k berkata...

tv hijrah ape nye, tu kan kerajaan juga punya. tv selangor kan ada takkan tan sri khalid tak kesian kot. mudah2an masin mulut kau jay insyallah tak lama lg DSAI akan benar2 sebagai PM.

Hamba yg hina berkata...

Ini semua kerja tuhan tiada siapa yg daoat menghalang.walau atas dasar tersasul tp siapa yg mengsasulkan pemberita tadi kalau bukan Allah yg Maha Berkuasa.Semoga Allah selamatkan DSAI sebagaimana Allah selamatkan Nabi Allah Yusof A.S.Amin

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah kita semua mudah teruja bila berlaku seperti ini? Kemudian , mulalah syok sendiri buat pelbagai andaian dan harapan. Kesian... Kalaulah begitu mudah untuk menang pilihan raya.

Unknown berkata...

anon 12:16

kenapa pula tak teruja dengan bantuan Allah swt?

Ingat masa Allah swt datangkan ababil untuk hapuskan tentera bergajah. tiada campurtangan manusia tetapi lansung drp Dia.

Jangan fikir kekuatan kita semata-mata boleh mengalahkan musuh tanpa bantuan Dia.

Art Pokon berkata...

semua kehidupan adalah kerja Allah ..
tidak ada yang pelik pun ... mungkin juga pembaca berita tu orang PR .. jadi kekadang pasti tekeluar juga juga pemimpin PR ....

Tanpa Nama berkata...

kellasss kau jay....haha