Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bukti sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ - yang didakwa digunakan untuk mermutadkan umat Islam - dalam milik mereka, kata ahli exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali.
Apabila ditanya jika sama ada tindakan akan diambil berdasarkan bukti-bukti itu, ahli exco yang exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam itu enggan mengulas lanjut.
"Bukti-bukti ini dimiiki JAIS. Setakat ini tiada tindakan lagi.
"Sama seperti dalam kes DUMC, kami belum memutuskan apa-apa tindakan lagi," kata Hasan (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Seremban hari ini.
"Tetapi bukti penting di sini ialah pengakuan orang-orang yang terlibat dalam cubaan memurtadkan umat Islam.
"Saya terpasa kemukakan bukti daripada penduduk yang terlibat, tetapi saya tidak pasti jika saya akan berjaya atau tidak kerana orang-orang ini enggan tampil dan mengakuinya secara terbuka," kata Hasan.
Walau bagaimanapun, Hasan engan melayan soalan lanjut wartawan berhubung ucapannya yang mendakwa bahawa orang-orang Kristian telah menyelinap ke masjid-masjid dengan memakai jubah dalam usaha untuk merapati umat Islam dan mengkristiankan mereka.
Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan. -mk
Ulasan GB
GB pernah ulas isu ini. Petikan:

Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.
Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.
GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?
Mana Al-Quran digital kamu? Mana ‘Solar Powered Handheld Talking Quran’ kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?
Illek!
Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.
Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:
Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.
Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.
Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.
Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.
Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?
Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.
Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.
Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.
Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!
Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?
9 ulasan:
Jawapan Saya TIDAK ADA DAN TIDAK KAN TUAN,Cuma yg Hasan Ali ni boleh bg suara Sumbang dia kt MEDIA Sumbang seperti Kera Sumbang Sahaja..
power sangat ker cerita tu....
kalau dengar terus boleh murtad..
yang terang-terang mohon nak murtad,kenapa tak buat apa-apa pun....
power sangat ker cerita tu....
kalau dengar terus boleh murtad..
yang terang-terang mohon nak murtad,kenapa tak buat apa-apa pun....
Saya rasa hassan ali ni berangan hendak jadi mb selangor tak mkin dia tengah loby puak umno tak sebelum jadi apa 2 pecat shj
itulah dia hassan ali sebelum jadi apa 2 pecat aja leps tu kita tengok dia kemna.mukin sedang beranggan nk jadi MB selangor utk umnoo
saya kesian kat datuk hassan dulu dia tak cam ni, apa yang merasuk dia.
Berangan nak jadi MB Selangor? Mamat ni kalau masuk UMNO kena berebut dengan Noh Omar pula. Hebat ni.
Bible zaman skrg ni type je kat tenet, mcm2 versi boleh dapat. Samada nak tgk kat website, ataupon download..
Kat umah aku pon ada bible..
Lekeh sangat org Islam, kalo takat baca bible bleh murtad..
Inilah buktinya bahawa pihak2 yg bertanggungjawab masih terlalu lemah dlm memberikan kefahaman Islam sebenar kepada umat Islam khasnya di Msia.
Yang dia dok takut tu bukannya orang Islam murtad tapi Melayu yang murtad.
Catat Ulasan