Hasan bantah pendirian PAS Selangor sokong perhimpunan haram
SHAH ALAM: Tokoh kontroversi PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga EXCO Kerajaan Selangor membantah pendirian PAS Selangor menyokong perhimpunan haram yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara Isnin ini.
Hasan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sebaliknya berkata parti itu sudah membazirkan masa lebih tiga tahun hanya kerana seorang pemimpin, sedangkan banyak kerja lain lebih berfaedah untuk negara boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, beliau tidak akan menghadiri perhimpunan berkenaan dan mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman mendahului kepemimpinan PAS pusat dalam membuat pendirian berhubung isu berkenaan.
Katanya, PAS Selangor juga dilihat begitu proaktif dan taksub terhadap perkara yang salah, manakala perkara lain yang lebih penting iaitu membabitkan agama Islam dipinggirkan.
"Jemputan kepada ahli PAS untuk sertai perhimpunan itu adalah pendapat peribadi dan bukan suara ahli PAS negeri. PAS Selangor kena betul. Kenapa Himpunan Sejuta Umat sebelum ini Dr Rani larang sertai, tetapi apabila hal yang membabitkan peribadi seorang individu dia begitu bersungguh-sungguh," katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu juga berkata rakyat, terutama mahasiswa perlu merenung semula cadangan perhimpunan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan suasana anarki dan bahana terhadap negara.
"Saya tidak rela pakatan pembangkang dapat kuasa dan selepas itu timbul kekecohan. Saya tidak reda dengan isu ini. Orang muda perlu belajar bersungguh-sungguh dan takluk semua universiti ternama dunia, barulah dikira hebat. Mahkamah sudah beri ruang yang banyak untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 60 kali penangguhan. Kita habis berpuluh-puluh ribu jam hanya untuk isu ini.
"Kalau di negara lain seperti Korea, mereka tidak ada masa untuk fikir soal peribadi kerana mereka fikir bagaimana untuk menjalin hubungan dengan negara lain dan memajukan negara," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip bahawa semua pemimpin parti perlu menyertai perhimpunan itu kerana ia arahan kepemimpinan pusat, Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
“Saya salah seorang pemimpin di peringkat pusat dan setahu saya belum ada arahan untuk semua ahli PAS turun kecuali ia arahan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor itu sendiri," katanya.
Beliau juga berkata, seorang pemimpin perlu bebas daripada masalah moral dan berpendapat hanya Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang layak digelar pemimpin.
Katanya, apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar belakang keluarga mereka juga perlu diberi perhatian. -sumber: BH
Ulasan GB
Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali.
Setelah beliau "meludah" muka TG Nik Aziz dengan penafian memohon maaf di Kelantan sebelum ini, kini beliau meludah pula Presiden PAS sendiri.
Beliau lansung tidak layak untuk berada di dalam jemaah PAS.
Itu sebab GB katakan semakin dia dibiarkan, Hassan Ali semakin melampau.

Hadi, Kit Siang sertai kempen 901
PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 bagi menyatakan sokongan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya, Isnin depan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
Menurutnya, sokongan itu bukan sekadar menunjukkan sokongan kepada Anwar, malah sepakat bahawa sistem sedia ada perlu diubah termasuk sistem politik, ekonomi, kehakiman dan pendidikan.
"Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertangggungjawab yang sengaja memprovokasi.
"Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rakyat sentiasa bersama-sama PR pada pilihan raya umun akan datang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PR di sini.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.
"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.
"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya. -SH
Ulasan GB
Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali.
Setelah beliau "meludah" muka TG Nik Aziz dengan penafian memohon maaf di Kelantan sebelum ini, kini beliau meludah pula Presiden PAS sendiri.
Beliau lansung tidak layak untuk berada di dalam jemaah PAS.
Itu sebab GB katakan semakin dia dibiarkan, Hassan Ali semakin melampau.
34 ulasan:
dr. sekoq nie dah kena creeetttt dgn ayer kencing katak. tunggu masa nak tapau ja
Kalau hendak di tgk songkok yg hassan ali pakai bukan mcm org pas!!!
"Kalau di negara lain seperti Korea, mereka tidak ada masa untuk fikir soal peribadi kerana mereka fikir bagaimana untuk menjalin hubungan dengan negara lain dan memajukan negara," katanya.
Kalau di Korea pun dah lama najib,zahid,jamil khir
Kena letak jawatan
Sapa Hasan Ali ni?
Presiden parti ke? mursyidul ke?
dia ni sapa kalau nk dibandingkan dgn DSAI. Pakatan Rakyat xperlukan Hasan Ali! Kami perlukan DSAI! Kepimpinan & komitmen DSAI jauh3x lebih trbaik dpd Hasan Ali ni. Kami rela kalau Hasan Ali dipenjara dpd DSAI dipenjara.
Ayuh semua rakyat marhaen utara, selatan, timur , barat himpun 901!!! bebaskan DSAI, kita kasi tutup mulut Hasan Ali sekali!!!...
Hassan Ali ludah muka sendiri. Hahaha!
Apa pasal tak pecat lagi Hassan Ali?
Harap PAS pusat tak payah lah take action Kat HA.Nanti orang akan kata PAS tak boleh perbezaan pendapat dan kerajaan Selangor pun biarkan dia sebagai Exco, kalau Khalid mengadap sultan pun kena reject nanti kita juga dapat aib,paling baik ialah lepas PRU nanti tau lah dia bumi mana dia pijak langit mana dia junjung,jangan bimbang masa dah dekat

Rajinnya dia wat ulasan dlm berita hairan.. Dia xde rasa malu sbb dia x mula dari awal brsama Pas. Soal tarbiyyah, adab berjamaah n akhlak xde dlm kamus dia. Rasa nak hentam, terus dia hentam je, dia x kisah apa2 pun. Klu dia sayangkan Pas, dia x wat cmni, masih byk ruang lg utk disalurkan. Maklumlah dh makin 'kebal' skrg ni, ada 'anugerah' dr sultan la katakan.. heheh
sewajarnya dendalu ini dimusnahkan segera.jangan biarkan dia menikmati keselesan dipohon rendang.
hasan ali tidak akan berterusan berpanjangan berada di situ dan bercakap seperti itu,jika tiada pemimpin PAS di belakangnya.
Kenapa dia boleh pergi jumpa dgn tok guru nik aziz bersama2 dgn Hj Hadi,mustafa ali,harun din dan nasa?tidak ke itu satu puak namanya?
Kenapa sampai skrg tidak pernah ada tindakan terhadapnya?sedangkan sudah terang2 dia mengkritik pimpinan secara terbuka?dan mengkritik dasar parti?
ke mana hilangnya perkataan wala' yang satu ketika yg lalu sangat heboh?
apa sebenar nya yang di"carik" hassan ali ni....
sewajarnya jangan dendalu ini segera dimusnahkan.jangan biarkan dia menikmati keselesaan dipohon yg sedang rendang.
hasan tidak akan galak berkokok jika tidak ada agenda dan tidak ada restu dr seseorg.
kenapa dia kebal dr sebarang tindakan?jawapan ringkas adalah dia sama pihak dgn yg membawa agenda ini dlm pimpinan tertinggi.
ke mana hilangnya perkataan wala' yg sebelum ini heboh dicanang?sedangkan hasan ali sudah banyak kali kritik pimpinan dan kritik dasar parti?
semunya mmg dirancang dan perancangan mesti dilaksanakan,bila tidak dapat secara terbuka maka ianya akan berjalan secara sulit.
Ianya pasti hebat bila loceng PRU dibunyikan,dan saya percaya andai PR dpt menawan Putrajaya,maka tanduk sebenar orang yg berdiam diri sekarang pasti akan muncul.Jika PR hanya menang tipis,maka akan melompatlah siperut buncit akan menyeberang utk mencari habuan
Kata Anak Ali, "seorang pemimpin perlu bebas daripada masalah moral". Ini sama dengan skrip ahli UMNO. JELAS, JELAS DAN MEMANG AMAT JELAS, TERANG LAGI BENDERANG.
Kan kita tahu bahawa DSAI telah dilabelkan sebagai "MANUSIA YANG PALING JAHAT' bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat Dunia. Kita juga tahu bahawa kat Zat kata, "Mana ada pemimpin UMNO yang tidak bermasalah?". Jadi biarlah kita ikut peribahasa Melayu, "Alang-alang peluk pekasam, biarlah sampai ke hulu lengan".
Jadi alang-alang kita nak pilih pemimpin, biarlah kita pilih pemimpin yang paling jahat di dunia. Buat apa kita pemimpin yang sikit saja kejahatannya. Lagipun kejahatan yang direkacipta untuk DSAI datang dari pihak kerajaan. Jadi sepatutnya kita pilihlah DSAI jadi PM Malaysia. Alang-alang nak jahat, biar jahat sungguh iaitu bukan setakat cakap, kita buat juga.
Ini anak Ali pandai cakap aje, nak buat jahat, tak berani. Orang cakap A, dia cakap B. Orang suruh buat jahat, dia tak berani.
AKU BERHARAP APA YANG AKU MAKSUDKAN. YANG BAIK DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG JAHAT DATANG DARI DIRI AKU YANG LEMAH INI. SEBAB TU AKU SANGAT DAN AMAT SANGAT TAKUT AKAN AZAB DARI ALLAH SWT. AKU MAHU JADI MUSLIM DAN BUKAN JADI MELAYU.
Cakap banyask tak mahu pecat saja hassan ali jadi exco selangor. Ahli PAS yang ada jawatan buat kenyataan menentang PAS/PR amat merbahaya.
tak payah pecat HA nanti dia sendiri akan memecat dirinya sendiri apabila takada sapa nak tegursapa denganya dalam jemaah pas kecuali orang yg sealiran denganya, nanti juga kita akan tahu siapa yg bersama denganya dan orang2 itu juga akan jadi kupang tembaga juga ahirnya.
Mamat ni dah meracau. Kankah dulu dia berangan nak jadi MB Selangor, alih-alih dapat kat orang lain. Ikhlaskah perjuangan Mamat ni?
hahaha.. si bahlol nih dah tak diterima lagik di Gombak. Pegi mampos la ko... cakap serupa si bahlol...
manpokken
Bayangkan kalau Hasan Ali berada di tempat Anwar skrg, mcmana agaknya dia?
Kena kat Anwar bolehlah kau cakap, cuba kena kat btg hidung kau!
Satu lg aku tngok perangai dia semakin menjadi-jadi sejak terlepas peluang jd mb selangor dan sejak kena pecat dr menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor
Kau tak pernah hadir pun perhimpunan sebelum ni, baik kau jgn menyibuk. DIAM!
Apa yang Hasan Ali Cari?
Banyak daripada kita hairan dan mengapa PAS tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Hasan Ali? Sebenarnya Hasan Ali berbuat demikian dengan menyerang PAS secara terang-terangan ada sebabnya. Sebab utama ialah beliau hendakan Parti PAS memecat beliau. Kenapa? Kerana Setiap Pemimpin PAS ada Bi'ah, iaitu sumpah taat-setia ataupun sumpah laknat. Jadi sekiranya Hasan Ali yang sendiri keluar daripada parti maka dia sendiri telah melanggar bi'ah dan sumpah laknat akan makan diri sendiri, sebab itulah Hasan Ali cuba membuat pihak PAS marah seterusnya PAS akan menyingkirkan beliau. Tetapi Pemimpin PAS juga cerdik, sekiranya Hasan Ali di pecat sekarang ini maka pihak lawan akan mendapat keuntungan "political milage" tambahan pula PRU13 sudah hampir tiba. Jadi dengan penjelasan ini jelas kepada kita mengapa Hasan Ali masih berada di dalam PAS walaupun nafas dan tuturkata adalah orang UMNO.
Dari Sykadeer
penipu la kalau cakap kat korea tak buat demo, student diorang siap buat demo pasal yuran tuisyen universiti naik lagi tahun lepas pastu siap jemput mak bapak lagi turut serta.
bleh pakai jgk apa yg anon 4:06 kata tu.. kita biarkn sketika anak ali nih, dia ada agenda (tggu org pecat dia). Biar dia kepanasan di dlm pas, lmbat laun dia blah la.
terlebih "motif basi"...
HA ibarat satu-satunya "biawak hidup" yang PAS tanggung. Ibarat sesumpah kulitnya hijau, lidahnya biru.
Eloklah juga biarkan HA meroyan dengan media-media pro umno. Makin hari makin jelas kebingungannya. Apatah lagi pada saat akhir hayatnya sebagai exco dan juga Adun...PRU13 sah melepas...nak harapkan PAS tendang tersungkur barulah jadi hero besar..PAS akan dijadikan sasaran habis-habisan olehnya dan umno...nak isytihar keluar sendiri terikat dengan bai'ah....lagi gila!
Mahu tidak mahu dia kena ludahlah puas-puas, biar ahli PAS berasap. Tempias kemarahan ahli PAS sampai juga kepada pimpinan. tapi pimpinan kira bijak, TGNA pun sabar sakan bila ditikam dari belakang selepas perjumpaan di KB.
Makin meroyan nampaknya HA jika PAS tak tendang dia....
terigt dia komen dlm tv smlm..dgn angkuh dan bongkaknya dia menyatakan kehandalan nya dlm bidang beliau yakni motivasi..sambil itu beliau kelihatan setuju dgn pengharaman perhim[unan itu nanti...aps sudah jadi dgn HASSAN ALI nih..Dulu tempang, sakit xbleh berjalan...buat muka kesian, amik simpati org ramai....skrg dh sihat..mendabik dada...dasar pembelot...nyah kan je dia nih..GB kasi ajar sikit mamat tua sorg nih...
Polis dah bagi kebenaran, Mamat ni nak bersuara lagikah?
Jangan layan je dia ni..nak cari populariti le tu...tak pun nak beralih arah ke UMNOGOK..makin dilayan makin suka dia...
Biarkan dia dalam Pas...jgn dipecat lagi. Bila nak PRU13 jgn calonkan apa-apa jawatan padanya...lepas PRU13....baru pecat dia dari Pas & PR. Kita tengok UMNO nak tak org yg dah tak boleh pakai...jika pecat skrg...UMNO akan ambil kesempatan Setan Ali nie utk hentam Pakatan Rakyat.
Tuan GB...betul ke laporan berita harian tu??? Kalau benarlah itu memang lahir dari Dr.Hasan Ali...maka saya pun setuju dengan pendapat Tuan GB...saya dah hilang respect kat Dr.Hasan ni.....
Tak perlu susah-susah pecat Hasan Ali...PRU 13 nanti PAS dah tak calonkan di lagi untuk bertanding dalam semua jenis pertandingan ....bila tak bertanding dan takde ape-apa jawatan nanti suara dia tu takkan ke mana...tak de sape pun yang akan peduli....
Kadang teringat pula kepada kata-kata orang tua-tua, "anjing kalau dah biasa makan tahi, tak dimakan dihidunya jua". Dasar bekas UMNO
Salam buat JI 11:06; Betul tu!. Nak tahu UMNO masih peduli banyak, tapi belum sampai nak bagi dia duduk sebelahan di hari perhimpunan. Kan dia ni doktor pakar: Pakar motivasi !.
HASSAN ALI PERLU MUHASABAH DIRI, HIDUP TAK LAMA KEMANUSIIAN LAMA. HIDUPKAN DIRI DENGAN ISLAM DR HASSAN ALI. SAYA DULU PENYOKONG KUAT DR. SAYA KECEWA DENGAN DR.
Catat Ulasan