25 Okt 2011

Bila Dah Tersepit Pandai Pula Tuduh Orang Putar Belit

Kenyataan isu anak Guan Eng diputar belit'

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menegaskan kenyataannya berhubung isu anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan, diputar belit media alternatif.

Timbalan Perdana Menteri berkata, media berkenaan mengeluarkan laporan tidak tepat dengan kenyataannya ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan perkara lain yang tiada kena-mengena.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, dirinya diminta memberi pandangan berhubung isu berkenaan oleh media alternatif pada sidang media baru-baru ini, walaupun ingin mengelak perkara itu.

“Sebenarnya, saya tidak mahu campur urusan sebegitu. Saya sudah meneliti banyak penulisan dalam blog dan saya sedar tidak adil mengheret isu keluarga dan anak dalam kancah politik.

“Itu bukan tujuan saya tetapi ia sudah diputar belit sehingga menimbulkan salah faham,” katanya menjawab celahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) ketika ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran, di Dewan Rakyat semalam.

Kit Siang mempersoalkan kenyataan Muhyiddin seperti dilaporkan media alternatif berhubung isu anak Guan Eng yang juga cucunya, didakwa mencabul kehormatan seorang remaja perempuan.

Muhyiddin berkata, beliau memahami perasaan Kit Siang sebagai seorang datuk tetapi orang ramai masih tidak berpuas hati dan mahu kes itu diteliti walaupun beberapa pemimpin pembangkang sudah memberi kenyataan.

Justeru, sebagai maklum balas banyak pihak yang juga sering diamalkan pakatan pembangkang, beliau berkata, cadangan terbaik ialah menyerahkan kepada polis menyiasat kes itu untuk mencari kebenaran.

“Yang Berhormat di sebelah sana (pembangkang) pun mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja atau laporan polis (untuk kes lain sebelum ini), jadi respons biasa.

Jika hendak mendapatkan hak dan kebenaran, jika tidak melakukan perkara itu, biarlah pihak berkuasa siasat, jadi lepas daripada tohmahan.

“Apabila disiasat dan mendapat laporan tepat, di situ mungkin ada pembelaan. Itu tujuan (kenyataan) saya, bukan hendak campur (tangan). Jika tidak ada (dakwaan mencabul kehormatan tidak benar), apa Yang Berhormat bimbangkan. Ia akan diselesaikan dengan lebih mudah, ini bukan soal politik,” katanya. -BH



Ulasan GB

Bila dah tersepit, bila Najib sendiri tak sokong kenyataan kamu, kamu pandai pulak pusing tuduh orang putar belit. Walhal semasa mengulas isu yang ditimbulkan blogger pro-UMNO, tidak pula kamu kata itu putar belit.

Tak apa kita tunggu, kita memang berharap kes itu akan disiasat. Ibu gadis berkenaan akan ambil tindakan undang-undang dan diharap Muhyiddin tidak akan mengelak di bila disapinakan sekali nanti.


Ibu pertimbang semua pilihan bagi lindungi Anya

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya. -mk


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas Puan Mei Sun, ajar mereka, LAWAN TETAP LAWAN

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sokong, manyak busuk punya olang...

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH KAH!
TUH LAH PANDAI2 GUNA GAMBAR ORANG
UNTUK BUAT FITNAH, KAN KERJA BODOH KENA SAMAN PULAK 2..
MUDAH-MUDAHAN PUAN MEI SUN BERJAYA DALAM KES SAMAN KELAK KAH KAH KAH KAH BLOGGER UMCO MIM....KAH KAH KAH.....

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin ni sebiji macam perangai Papa gOmo!

batu pelangi/BZ berkata...

"standard" pemimpin umno yang jadi
TPM dan Menteri Pelajaran.Low Class!!

Tanpa Nama berkata...

kalau pandai bohong boleh jadi menteri?

Tanpa Nama berkata...

mestilah boleh..
siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama2 jadi menteri. menteri bn lah katakan.

Tanpa Nama berkata...

Bodo. Menteri pun otak selut.

1 Malaysia berkata...

Dasar munafikun. Bila bercakap, berbelit-belit. Susah nak bercakap benar.
Menteri Pelajaran pulak. Rosaklah anak muda di Malaysia. Lihat saja kenyataannya Di Pulau Singa baru-baru ini. Bila bercakap pasal PPSMI, pandai pulak dia sebut tentang kepayahan murid-murid (terutama di luar bandar) di Malaysia belajar dalam BI. Waktu Che Det mencadangkannya, dia dok buat apa. Bukankah "YA" atau "SOKONG" saja perkataan yang keluar dari mulutnya? Inikah orang MELAYU yang nak bela MELAYU? ATAU inikah orang MELAYU jadi "MELAYU"? Saya puji keturunan lain di Malaysia yang mempertahankan bahasa depa dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Melayu macamana? Dahlah tulisan jawi dihapuskan, ini bahasa Melayu "tak tulin" pun diketepikan semata-mata kerana "fulus".
Orang Melayu akan terus "MELAYU" jika masih mempercayai manusia bersifat munafikun ni.

Tanpa Nama berkata...

Itu amoy punya mami boleh caya ka..
Dia olang boleh lawan ka itu melayu punye menteli..?

Niaga maaa..
Kena lunding sup sap sup sap kila ok maaaa...
Apa bikin susa-susa itu mahkamah tulun naik tulun naik.

UMNO punye olang luit mannyak maaa. Plojek sana sini.
Itu luding lunding sikit saja maaa.
Waaa tatak ciampor lu olang punye hat maaa.

ata ong lu olang sendili untung maaa..