25 Okt 2011

Peguam Teoh Beng Hock Perlu Buat Laporan Polis Segera!

Nazri: Tiada laporan polis, tiada tindakan ke atas tiga pegawai SPRM

Jabatan Peguam Negara belum mengambil sebarang tindakan terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja kematian Teoh Beng Hock kerana tidak ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

“Sepanjang pengetahuan jabatan ini, belum ada apa-apa laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penemuan pihak suruhanjaya itu dan tiada kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut.

“Oleh itu, tidak timbul isu Peguam Negara takut untuk mengambil tindakan kepada pegawai SPRM tersebut,” kata beliau semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan jabatan itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dipetik Bernama Online, Nazri berkata, berikutan laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Diraja, SPRM menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk menzahirkan fakta dalam laporan berkenaan berkaitan tiga pegawai SPRM itu.

“Selanjutnya, satu laporan tatatertib akan disediakan sekiranya wujud kesalahan dan pelanggaran peraturan dan prosedur dalam proses siasatan,” katanya.

Nazri berkata laporan mengenai siasatan dalaman terhadap ketiga-tiga pegawai dibentangkan kepada jawatankuasa aduan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Jawatankuasa aduan telah minta siasatan lanjut diadakan sebelum laporan dikemukakan ke jawatankuasa tatatertib bagi membolehkan tindakan diambil terhadap tiga pegawai tersebut yang dinamakan dalam laporan.

“Satu siasatan terperinci akan dilakukan oleh polis berdasarkan oleh laporan jawatankuasa tatatertib dan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Jika ada kes jenayah, kertas siasatan akan dibuka untuk mendakwa mereka yang terlibat di bawah kanun keseksaan, atau undang-undang yang sesuai, selaras budi bicara Peguam Negara mengikut Akta 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat pertuduhan jenayah atau pendakwaan,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Ini satu kelemahan pihak peguam Teoh Beng Hock.

GB berharap para peguam TBH perlu membuat laporan polis dengan kadar segera terhadap pegawai-pegawai SPRM yang telah terang dan nyata disebutkan di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan melakukan penyalahgunaan kuasa.

Pegawai-pegawai SPRM tersebut TIDAK BOLEH dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Gobind Singh Deo, where are you?

3 ulasan:

Awanama berkata...

apa dah jadi dengan undang-undang?

Awanama berkata...

Kalau tak ada laporan polis,tak bolehke ambil tindakan? Banyak besar laporan polis.Yang beribu-ribu orang buat laporan polis,tak ada pun polis buat sebarang tindakan,terkecuali kalau laporan tu kena pada pihak pembangkang.Haprak punya procedure.

faruk berkata...

semoga pihak berkuasa menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan hal ini.