4 Mac 2011

Teropong: Ada YB PAS Tak Turun Bantu Kempen Di Merlimau & Kerdau

Dengan kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang tinggal sehari sahaja lagi, ramai YB-YB PAS dan Pakatan Rakyat didapati TIDAK turun untuk membantu calon-calon PAS di kedua-dua tempat berkenaan.

Hal ini disedari apabila seorang pemimpin kawasan mempersoalkan mengapa ramai YB-YB terutama ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen PAS sendiri tidak hadir di sepanjang kempen pilihanraya kecil di dua-dua PRK tersebut.

Markas Induk PAS yang mengaturkan nama-nama YB-YB yang membantu untuk program ceramah mendapati kesukaran untuk mengatur nama-nama penceramah apabila dikesani hanya sekitar 10% sahaja YB-YB yang turun membantu calon-calon yang bertanding.

Sikap mereka yang selfish ini amat mendukacitakan.

Seorang pemimpin PAS bernada kesal dengan sikap YB-YB berkenaan yang merasa lebih selesa mengikuti perkembangan PRK Merlimau dan Kerdau dari rumah masing-masing dengan membaca akhabr, blog dan menonton TV.

"Mungkin mereka ini telah menjangkakan kekalahan, tetapi sepatutnya jika demikian, mereka lebih banyak berusaha turun padang membantu daripada duduk di rumah," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan.

"Kami meminta YB-YB tersebut sedar diri, bahawa Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang telah berkempen sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Adalah malang kita mempunyai YB-YB yang enggan membantu sedangkan sewaktu mereka bertanding dahulu, ahli PAS seluruh negara berkempen untuk membantu mereka," tambahnya.

"Kita mempunyai ramai YB-YB dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Perak. Adalah mustahil tidak mempunyai masa walaupun sehari untuk turun membantu," kata seorang petugas.

"Mungkin ada di antara mereka mungkin khuatir jika berlaku apa-apa yang tidak diingini semasa program ceramah yang bakal menyebabkan keselesaan hidup mereka tergugat," ujarnya.

"Pelawak, penyanyi seperti Bob Lokman dan penyanyi OKU Azhan Atan boleh turun bantu berkempen, apasal mereka yang sempurna yang tak cacat apa-apa tak boleh bantu?" tambahnya.

Namun terdapat juga YB-YB dan pemimpin parti yang bertungkus-lumus membantu berkempen di kedua-dua tempat. Selepas Merlimau, bergegas ke Kerdau, kemudian kembali semula ke Merlimau.

Berlaku juga keadaan di mana terdapat pemimpin-pemimpin yang terpaksa berceramah di tiga empat tempat dalam sehari.

Mereka adalah pemimpin yang bertanggungjawab, yang sayang kepada parti yang inginkan kemenangan untuk parti.

Sementara semua pihak bertangungjawab menyedarkan YB-YB yang tidak turun berkenaan dan mendedahkan nama-nama YB ADUN, Parlimen dan pemimpin-pemimpin di muktamar nanti yang dilihat mementingkan diri dan kawasan sendiri dan lebih mengutamakan hal-hal lain daripada membantu parti tatkala "berperang" menghadapi musuh.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biarkan saja penyanyi oku itu jadi yb, dan yb-yb pemalas itu jadi oku. baru dia orang tahu kuasa Allah.

Tanpa Nama berkata...

jelas menunjukkan PAS sayangkan duniawi dan sudah tertarek dgn 3 Ta 1- Wanita - tu sebab berkepit dgn bini muda 2 Takhta- takut jatuh takhta kerana ....3 Harta -sayang harta kalau boleh nak kepit

Dah tahu kalah di Merlimau dan Kerdau buat kempen ala kadar