4 Mac 2011

Saran Harussani Letak Jawatan, Sertai Politik

Kota Bharu - Pas Kelantan menggesa Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagai ilmuwan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram.

“Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya, kita yakin beliau (Harussani) tahu tidak ada satu pun perkara atas dunia ini sama ada besar atau kecil, tidak terlepas hukum halal, haram, dosa dan pahala.

“Sebenarnya fatwa dikeluarkan beliaulah yang akan mengelirukan umat Islam, kita nasihatkan beliau kalau sokong BN sekalipun jangan gunakan institusi mufti, lebih baik beliau berterus terang dengan sikap sebenar. Letak jawatan dan terjun ke bidang politik,” katanya.

Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana diimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Kesal dengan kenyataan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan setiap perbuatan yang dilakukan manusia, termasuk soal masuk tandas sekalipun mempunyai hukum tersendiri.

Isu timbul apabila Nik Aziz ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, mengeluar kenyataan berkempen “undi Pas masuk syurga”. -SH


1 ulasan:

kelapa mawar berkata...

Ketahui cerita2 politik yang panas di Kota Belud daerah di mana UMNO Sabah diberanakkan melalui http://kelapamawar.blogspot.com/