4 Mac 2011

Remaja Perempuan Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10

Kuala Lumpur - Muzliya Shaqina Anbia yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras kelmarin tidak menyangka tindakannya memanjat pagar koridor rumah akan mengundang padah.

Gambar: MUSLIHA melihat keadaan Muzliya yang masih lemah di PPUKM semalam.

Menurut ibunya, Muslihan Sairan, 45, anaknya memanjat koridor itu dengan harapan dapat memasuki rumah selepas mendapati pintunya berkunci sebaik pulang daripada sekolah pada pukul 3.45 petang.

Katanya, Muzliya, 13, masih lemah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini.

"Saya memang terkejut dengan kejadian dan tindakan nekad anak saya itu tetapi saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya.

"Sebaik sedar selepas selesai membuat ujian X-ray di PPUKM, dia terus meminta maaf kepada saya. Saya memang sedih apabila melihat keadaannya yang cedera di mata kiri manakala tangan kanan serta kaki kirinya patah," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPUKM di sini semalam. -kosmo

BERITA SEMALAM

Remaja 13 tahun terjatuh dari tingkat 10 selamat

Gambar: Lokasi kejadian remaja 13 tahun jatuh dari bangunan tingkat 10 kuarters polis di Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - ihsan China Press

KUALA LUMPUR 2 Mac - Bumbung papan sebuah surau menjadi penyelamat nyawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang hanya patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak kepada anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, terselamat apabila segera dibawa oleh penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari sekolah sebelum mendapati ibu bapanya tiada di rumah.

"Remaja berkenaan dikatakan cuba memasuki rumahnya dengan memanjat melalui koridor apabila mendapati pintu rumahnya berkunci
.

"Dia nekad memanjat koridor untuk memasuki rumahnya melalui pintu dapur namun malang sekali, dia tergelincir dan terus jatuh di atas bumbung surau yang diperbuat daripada papan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, remaja tersebut terjatuh ke dalam surau dan mengalami kecederaan patah kaki kanan dan tangan kiri.

Katanya, kejadian itu disedari penduduk kuarters berkenaan yang kemudian bertindak pantas membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mohan Singh berkata, sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa terselamat daripada maut kerana terjatuh di atas bumbung papan sebelum terhempas ke dalam surau.

"Jika dia terus terhempas ke atas lantai, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih teruk daripada patah kaki kanan," ujarnya.


Ulasan GB

Untuk perhatian ahli patologi kes Teoh Beng Hock.
Patah tangan dan kaki bagi kes di atas. Tak mati.

Bagi kes Teoh Beng Hock, aneh, tak patah tangan tak patah kaki, leher pula ada kesan cekikan. Mati.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ISHK3..anak polis..

Tanpa Nama berkata...

Anak perwira. Berharap ayah pun seorang yang berani. Berani menegak keadalian, berani menandingi penjahat dan jangan buat perkara tak baik.