4 Mac 2011

Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau

Jasin - Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Gambar: Antara kain rentang PAS PRK Merlimau yang dikoyak oleh puak samseng.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

"Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke?

“Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini.

Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu.

"Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO BUKAN MERESTUI TAPI MEMANG PEGHANGAI(SIKAP)UMNO DARI PEMIMPIN SAMPAI KEBAWAH TERMASOK UTZ MEREKA SEMUANYA SAMSENG.