24 Jan 2011

Siapa Sebenarnya Yang Syok Sendiri Di Selangor?

BN bidas k'jaan Selangor 'syok sendiri'

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman - ketika membahaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri - mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.

Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua pembangkang itu turut mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Teng bagaimanapun menegur kembali Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.


Penyokong Pakatan ketawa besar.

Dewan mula bersidang jam 10 pagi. ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Ia diikuti dengan ucapan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1).

Katanya, pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.

Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Ulasan GB

Siapa yang sebenarnya syok sendiri?

Yang syok sendiri pakai gelaran Dr walaupun dengan PhD palsu tu siapa ya?

Menyentuh Sidang Khas Sultan sudah pun megizinkan DUN bersidang malah memberikan titahnya yang telah dibacakan oleh Setiauaha Dewan.

Justeru itu tindakan wakil rakyat UMNO jelas tidak menghormati Sultan Selangor. Begitu juga 500 orang yang berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Jenis tak reti bahasa. Noh Omar punya kerja.


5 ulasan:

Awanama berkata...

Harapan kami agar YB Ketua Pembangkang baru ini dapat melahirkan ide yang bernas, yang setimpal dengan pembelajaran, kelayakan beliau, dan cabaran masakini. Kalau pandangan dan cakap YB hanya macam akal budak tamat Form Five sahaja tak perlulah tunjuk ada PHD, wartawan muda Utusan pun tinggi wawasannya.

Mengapa mahu melepaskan peluang YB membela rakyat, inilah masanya dan jangan ditunggu diri dianggap buta dan tidak bertongkat.

Awanama berkata...

Memang menjadi dasar UMNO/BN bila orang lain buat semuanya tak betul walaupun ia baik. Dalam kes ini Dewan bersidang untuk kembalikan kuasa Sultan dan MB dalam pelatikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang yang dicabut oleh Che Det. Diharap negeri lain khasnya Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang ambil tindakan yang sama seperti Selangor.

Cumi Manzui berkata...

La ni hangpa terutamanya Melayu Kita, PERKASA dan rakyat jelata, tahu siapa sebenarnya pengkhianat bangsa kita? Depa kata kita hina Sultan dan depalah jaguh dalam mempertahankan hak Sultan. La ni bila orang nak kembalikan kuasa melantik kepada Sultan, dengan tiba-tiba depa tak mahu sokong dgn alasan berlawanan dengan dasar persekutuan. Awat waktu Che Det Kerling mengubah dasar dulu, ianya tak bertentangankah dengan dasar persekutuan? Dasar munafikun.
Kalaulah orang melayu kita masih percaya kat puak ini, jangan sedih dalam masa terdekat ni, negara kita jatuh muflis akibat tindakan buas puak ni.

Chee Kuan Tai berkata...

Jadi sekarang rakyat selangor dah jelas siapa yang tak mau kuasa sultan
dan ini jawapan kepada segala tohmahan UMNO yang PR derhaka kepada sultan. Tidakkah ianya pelik...kerana SUK muka sepudal...UMNO dedahkan sifat bermuka-muka kepada rakyat. Kepada sultan pula...sudah terang lagi bersuluh...siapa yang derhaka pada kamu. Maka jelaslah perlantikan SUK lebih kepada agenda politik oleh UMNO. Puak melayu pulak janganlah malas nak berfikir....hantuk-hantuklah kepala tu sikit.
p/s; Hoi satim...kenapa tak duduk kat sri serdang...tau kan orang kat situ tak suka kau kan...buat degree pun tak habis...tak malu pakai Phd. ptui... Perkara macam itu pun nak kelentong....inikan pula pulus.....boleh percaya ke muka ni.....salam dikirimlah...

Awanama berkata...

umno bukan setakat raja atau sultan mereka derhaka malah zat mahapencipta pun mereka akan derhaka,perangai umno ni sama dengan yahudi pada zaman nabi musa ALLAH SWT melarang menangkap ikan pada hari sabtu,mereka mencari helah bagaimana nak mengambil ikan2 yang banyak berhimpun pada sabtu ahirnya mereka dapat akal dengan mengorek telaga ditepi laut pada hari sabtu ikan berkumpul masok dalam telaga mereka tidak menangkap sebaliknya mereka tutup pintu telaga pada besoknya mereka tangkap,kesah ini terungkap dalam quran untok jadi peringatan kita sehingga ahir zaman.