24 Jan 2011

MB Johor Ketara Semakin Resah

MB Johor serang impian Pakatan tawan Putrajaya

Gambar: Ketara wajah MB Johor (kiri) semakin resah. Foto Bernama.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan mendakwa gabungan tiga parti itu mahu memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Ghani berkata tindakan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu semata-mata mahu mengejar kuasa seterusnya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

“Janganlah kita pertaruhkan masa depan kepada pihak lawan (Pakatan Rakyat) yang buat pelbagai janji.

“Saya nak jelaskan, hari ini ada parti yang dah datang ke Labis dan Tenang, jumpa orang Melayu cakap lain, kemudian depan (orang lain), cakap lain.

“Mereka (Pakatan Rakyat) bercakap bukan untuk perpaduan tetapi bercakap untuk perpecahan antara kita,” katanya ketika pada program Majlis Jamuan Mesra Bersama Menteri Besar Johor di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Labis di sini malam tadi.

Turut hadir dalam program itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dan calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim.

Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.

Menurut Ghani, Pakatan Rakyat akan menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat seterusnya memecahkan perpaduan kaum yang telah terjalin sejak merdeka lagi.

“Dia (Pakatan Rakyat) tak ada masa depan kerana cuba dapatkan tempat dan kuasa dengan perpecahan yang berlaku.

“Cara dia nak pecah belahkan masyarakat untuk mendapatkan kuasa, ini jauh berbeza dengan BN.

“Saya ambil kesempatan ini meminta supaya pengundi berikan sokongan kepada calon BN,” kata Pengerusi Umno Johor itu.

Selain itu, Ghani dalam ucapan juga memberikan jaminan kerajaan pimpinannya akan membantu rakyat di negeri itu termasuk dalam bidang pendidikan.

Beliau juga memberi jaminan Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada Cina atau Tamil turut akan mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

Program selama dua jam itu dihadiri kira-kira 300 masyarakat Tionghoa dan ia dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan yang disusuli dengan makan malam.

Selain itu, Mohd Azahar turut mengambil kesempatan menyanyikan sebuah lagi bertajuk “Selamat Tahun Baru Cina” kepada masyarakat Tionghoa yang akan menyambut perayaan itu awal bulan depan.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. -TMI

Ulasan GB

Dahulu lain sekarang lain, wahai Datuk Seri Ghani Othman.

Dahulu Johor adalah kubu terkuat UMNO. Tiada parti pembangkang yang dapat menembusinya. Tetapi sejak PRU12, keadaan berubah, kubu terkuat UMNO di selatan tanahair sudah pun ditembusi, di era Datuk Seri sendiri.

Rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan. Begitu juga pengundi-pengundi di N05 Tenang.

Jika pada 2004, PAS menang satu kerusi secara percuma, pada 2008, PAS menang dua kerusi secara anak jantan. Cabar lagi, dan PAS/PR, insyaAllah, akan terus mencengkam bumi Johor.

Justeru itu, kepada MB Johor, kita katakan, usah takbur, malah kerusi MB Johor itu sendiri bakal dimiliki oleh Pakatan Rakyat. Siapa tahu? Mungkin hanya menunggu detik dan ketika.

5 ulasan:

merbok berkata...

aku sokong!

orang riak dan takabur ni memang Allah murka.

Awanama berkata...

Assalamualaikum,

Siapakah sebenarnya yang gila kuasa, dan yang mahu kontrol sampai mati, kalau bukan lu?.

Apakah sebenarnya yang menjadikan UMNO mula dibenci rakyat kalau bukan kerana kerakusan pemimpinnya. Umurku dah 63 tahun banyak Pilihan Raya yang dilalui, keluarga tetap sejak 50'an pangkah MCA. Itu sebabnya Menteri tak pernah pijak jalan kampungku. Sekurang-kurangnya Tengku Muda dulu hendak juga jengok walau dengan bermotor sahaja.

Tanah bukit habis dikorek dibawa keluar entah kemana, dengar khabar masuk kontena di eksport. Banyak duitnya, orang kampung tak boleh cakap apa, penghulu dan ketua kampungnya 2x5. Yang kami dapat hanya jalan rosak dengan lubang bertambah banyak.

PRU 13 ini kami nak cuba PR pulak perintah Johor. Cuba-cubalah PR,kerana BN pun yang perintah banyak cina dan kelingnya, Melayu-jawanya enggeh saja. Jangan temberang nak mempertahankan Melayu. LGE dulu masuk jel pun pasal nak bela kemaluan Melayu. Hajikampung.

Awanama berkata...

Harapanku semoga Johor pula diperintah Pakatan Pembangkang. Beri peluang kepada PP meneraju kerajaan, kalau tak bagus tendang keluar dalam pilihanraya seterusnya.

mat tenang berkata...

Isu PR nak kePutrajaya bukan boleh selesai diTenang.MB Johor ni bangang betul.Jawab dulu serangan penceramah-penceramah PR tentang kenaikan harga minyak dan barang keperluan hari-hari.Ini isu yang dekat dihati pengundi Tenang.Harga getah memang naik tapi sampai bila.Harga barang keperluan harian tetap naik dan tak akan turun,macam harga getah atau sawit.

Awanama berkata...

harga getah naik hasil perjuangan anak,30 orang ahli parlimen berada didalam kawasan felda kesemuanya BN inilah yang umno bimbangkan jadi untok mempertahankan kedudukan tersebut pemerentah menaikan harga getah sementara menuggu pilihan raya ke13 kalau bn menang nescaya harga getah akan turun inilah rialiti yang berlaku dari dulu sehingga kini dan selamanya2 selagi bn merentah.