24 Jan 2011

Menteri Baru Sedar Pemasangan Beg Udara Tidak Praktikal Pada Kereta Lama

Beg Udara Hanya Sesuai Dipasang Bagi Kereta Baru

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pemasangan beg udara hanya sesuai bagi kereta salon baru yang dikeluarkan di Malaysia pada tahun depan.

Katanya tidak seperti pemasangan tali pinggang keledar, pemasangan beg udara mestilah dibuat ketika kereta itu dibuat dan memasangnya di kereta lama adalah tidak praktikal.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya di sini hari sini sebagai menjelaskan laporan yang disiarkan oleh Bernama mengenai respon pengusaha pengangkutan dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan langkah itu.

Kong berkata menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Malaysia (Miros), beg udara itu sesuai untuk kereta salon dan bukan kenderaan jenis lain seperti lori dan bas serta sesetengah pacuan empat roda kerana ketinggian, tempat duduk dan reka bentuk adalah berlainan.

Beliau berkata kajian Miros juga menunjukkan beg udara membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kemungkinan mengalami kecederaan serius dan kemalangan jalan dan tidak mengurangkan kadar kemalangan.

"Kita tidak dapat elak sebarang kemalangan kerana banyak sebab yang menyumbang pada punca kemalangan, tetapi apa yang kita boleh buat ialah untuk mengurangkan kecederaan dan kemungkinan menjadi sebab kematian," tambah beliau.

Kong berkata menurut dua pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua), lebih 50 peratus kereta yang dikeluarkan oleh dua syarikat itu telah dipasang dengan beg udara.

"Ia juga menunjukkan bahawa kereta yang dipasang dengan beg udara diterima dengan baik oleh pengguna," kata beliau sambil menambah bahawa pembuat kereta kini mengkaji untuk menyediakannya di semua kereta mereka.

"Harga kereta yang dipasang dengan beg udara adalah lebih mahal, tetapi kita perlu ingat bahawa keselamatan pengguna kereta adalah lebih penting dan nyawa yang tidak dapat dinilaikan.

"Pembuat juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membantu kerajaan mengurangkan kadar kematian dan kecederaan dalam kemalangan jalan, mereka akan mengenakan bayaran minimum bagi keretanya yang dipasang dengan beg udara," kata beliau. BERNAMA

Ulasan GB

Sebelum keluar kenyataan awal, pastikan ia tidak mengelirukan dan tidak menimbulkan keresahan rakyat.

Sebelum ini menteri berkenaan membuat satu arahan: Semua kenderaan diwajib pasang beg udara mulai tahun depan

Arahan blanket berkenaan telah menimbulkan keresahan rakyat, sekalipun Bernama cuba meberikan justifikasi pemasangannya yang lebih dilihat untuk mengampu menteri berkenaan daripada memberikan persepsi sebenar rakyat umum mengenai cadangan tersebut.

Kita mendesak peraturan baru itu hanya dibkenakan terhadap kereta-kereta yang baru dikeluarkan buakn terhadpa kereta-kereta lama yan menteri itu sendiri sudah akui ia TIDAK PRAKTIKAL.

6 ulasan:

Zairil berkata...

Boleh tak Menteri-menteri kat Malaysia ni buat kajian dahulu sebelum keluarkan kenyataan. Ni Menteri main cakap sesedap rasa. Dia ingat airbag tu murah dan macam bag sampah boleh sumbat jer kat mana-mana?????



- Masih tunggu Pak Lah punya kereta Hidrogen Hybrid.....nama dia? Dah senyap....perasmian bukan main gah!

Awanama berkata...

hahahah! kn da kate da...dorg ni ckp xgune otak la.bontot pn lg pndai dr dorg ni

Awanama berkata...

Kenyataan paksa pasang airbag sengaja dibuat bagi tujuan PRK Tenang. Cara tunjuk marah secara tak langsung. Kalau Tenang kalah, CSL akan malu besar. Perlu di ingat, menteri bukan tak pandai pikir, kenyataan buat orang marah dikeluarkan pasal duit belum mali. Wang besar mali semua beles.

kembara ijau berkata...

Menteri king kong ni pun satu, nak cari publisiti la konon. Dapatkan maklumat dengan tepat dahulu baru cakap. Kebanyakan pembeli bukannya pilih beg udara tetapi dah sedia ada....kalau diberi pilihan pembeli tak mau pun sebab harganya lebih.
Beg udara ni bukan jenis pasang kemudian, so yang ada di kilang sekarang ni dah kena pasang dah. Jangan nak susahkan rakyat suruh pasang sendiri....Aku pasang beg plastik sampah baru tau !

Awanama berkata...

Jadi jika pada kereta lama tak boleh pasang maka apa pertlunya buat kenyataan seolah-olah pada tahun berkenaan semua kereta tak kira baru atau lama kena pasang dengan beg udara berkenaan. Arahkan sahajalah kepada pembuat atau pengeluar kereta-kereta baru sahaja. 'DASAR ke-BANGANG-an' menteri BN belum habis-habis lagi.

Awanama berkata...

Asal boleh buat duit, Rakyat yg akan didahulukan......Ahli UMNO bawahan nampaknya akan terus diperbodohkan oleh pemimpinnya???