24 Jan 2011

Habis La Lu Apek...

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,”
kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Baru dengar mufti bersuara. Terima kasih dari kami. Chua Soi Lek, Muhyiddin dan Ghani Othman, sila dengar dan patuh kata mufti tersebut. Kalau tak mahu, bawakan nas-nas ke pejabat mufti berkenaan.

Mengani ucapan YB Mohd Nizar, jika Tuan Mufti perlukan nas-nas seperti yang diminta, saya kira PAS sentiasa bersedia mengemukakannya. Di mana boleh berjumpa? Di forum? di rumah? di pejabat? atau di gerai Kg. Baru yang menjadi kegemaran tuan mufti?


9 ulasan:

Awanama berkata...

Salam,

kalau ikut statement bawah

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan." ....

SO,takkan MB dgn x-MB pun jahil kot sampai x reti nak bg Soi Lek itu hukum bagi orang Islam..

kembara ijau berkata...

Terima Kasih Dato' Seri Harussany

Awanama berkata...

Islam di hina kerana kebodohan UMNO dalam hal-hal yg berkaitan dengan agama islam. kalau tak tak akan ada judi halal & judi haram. Malah wanita boleh malacurkan diri jika darurat. Bangang punya pemimpin UMNO???

Waris berkata...

Laaa.... haram rupanya? Ingatkan tadi mufti harussanasini nak bagi hukum harus

Awanama berkata...

Jangan kau percaya, baik ada makna tu. Tunggulah esok lusa nanti bila Ang Pau tahun Baru mula teragih, mungkin lain rentaknya. Walau bagaimana pun alhamdullilah, dah ada petunjuk dariNya. Mudah-mudahan tak ada lagi cium tangan dan dakap Putri Wanitanya.

Awanama berkata...

Berzina dengan perempuan lain Islam larang. Tak kan agama Chua Soi Lek benarkan berzina. Mungkin dia ni tak ada agama. Janji ada wang dan suka sama suka serta tidak bawah umur.

Awanama berkata...

Orang macam Chua Soi Lek,pelakon video lucah tak ada kredibiliti nak cakap pasal agama,mana-mana agama.Tak taulah kalau orang Cina menggalakkan masyarakat mereka buat zina dan rakamkan dalam bentuk video.MCA sendiri dah hilang kredibiliti lantik pelakon video lucah ni jadi Presiden.UMNO pun iktiraf dan sokong pelakon video lucah ni hina Islam.Merek 2X5 aje.

Cumi Manzui berkata...

Kasihan melihat puak Cina Malaysia keran diwakili seorang Presiden Pelakon Porno.
Kasihan sungguh ....

Awanama berkata...

Apanak jadi dengan negara kita ni...hal2 kefahaman islam tak selosai2...bangsa melayu islam tak hormat islam macam mano dengan bangso bukan islam nak hormat..hal2politik pulak berputar2 masalah..semua bondo2 yang ponting selosailah dengan berhemah.