24 Jan 2011

Baru Sekarang Terhegeh-hegeh Datang Ke Sidang DUN

ADUN Pelabuhan Klang dilarang sertai Sidang Khas DUN

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang kerusinya diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu lalu, hari ini dilarang menyertai persidangan khas dewan itu.

Beliau yang tiba pada 9.35 pagi, tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ketika sidang bermula setengah jam kemudian oleh anggota keselamatan yang memaklumkan kepadanya mereka menerima arahan daripada Speaker, Datuk Cheng Chang Khim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham dibenarkan memasuki dewan selepas meminta kebenaran untuk menghadiri sidang DUN itu sebagai pemerhati tetapi terpaksa duduk di bilik media setelah mendapati ruang pemerhati penuh.

Beliau meninggalkan bilik media kira-kira 20 minit kemudian.

Pada sidang media di luar dewan selepas itu, Badrul Hisham berkata beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah selagi tidak menerima keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

Perkara itu katanya, dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau juga berkata belum menerima notis rasmi daripada DUN memaklumkan kekosongan kerusi yang diwakilinya.

Pada Jumaat lalu, Teng mengeluarkan kenyataan Badrul Hisham tidak layak menyertai sidang khas hari ini kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

Kenyataan Teng itu adalah susulan pengiystiharan yang dibuatnya pada Rabu bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berkuatkuasa 16 Januari, berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng juga berkata beliau menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi itu kepada SPR pada Jumaat lalu.

Mengulas kehadirannya hari ini, Badrul Hisham menegaskan beliau hadir atas jemputan Speaker DUN menerusi satu surat bertarikh 11 Januari lalu.

Beliau juga memberitahu media surat itu diterima sebelum kerusinya diisytiharkan kosong oleh Teng. - BERNAMA

Berita sebelum ini

PRK Pelabuhan Kelang | ADUN ponteng, kerusi kosong

Kerusi DUN Pelabuhan Kelang diisytiharkan kosong hari ini.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan wakil rakyatnya, Badrul Hisham Abdullah telah gagal menghadiri sidang dewan selama 6 bulan.

Datuk Teng memberitahu wartawan bahawa bekas pemimpin PKR itu telah tidak hadir sidang DUN sejak 15 Julai 2010. Bermakna, mengikut Perkara 69 Perlembagaan Negeri Selangor, Badrul mesti mengosongkan kerusinya kerana beliau bukan lagi wakil rakyat kawasan itu sejak 16 Januari 2011.


Ulasan GB

Baru sekarang terhegeh-hegeh datang ke sidang DUN.

Semasa berkewajipan datang tak datang. Ponteng sehingga 6 bulan. Masa tak perlu datang, dah kena gantung, baru terhegeh-hegeh datang.

8 ulasan:

calvin berkata...

Bro,ini satu isu.
but the most important punya isu ialah,dia bertanding do atas tiket PKR (dimana rakyat percayakan dia) tapi dia boleh keluar dan jadi wakil rakyat bebas.
Apakah perasaan rakyat.
*renungkan*

Tanpa Nama berkata...

Itulah manusia, tidak mahu bersyukur dengan apa yang telah dianugerah Allah. Bila dah tak laku mulalah mengelabah. Anak-Bini pening pun tak mengapa perlu ditinggal konon kerana tugas. Dah tak ada dah ... tunggu PRU 13 nanti boleh masuk bertanding balik. Bebas, bebaslah asal dapat title YB.

Waris berkata...

Bodoh ke apa dia ni? Tugas SPR bukan utk menentukan adun kena pecat atau tak. Tugas SPR hanya gantung bendera BN dan turunkan bendera PR ketika pilihanraya diadakan. Melayu johor kau boleh tipulah. Ini melayu selangor Pelabuhan Kelang beb. Melayu bandar dah bijak tak mcm melayu tg karang.

Mohd Hanyzan Al Muari berkata...

Salam,
Tak tahu malu betul....

Tanpa Nama berkata...

Perangai macam UMNO, patutlah PKR pun dah tak mahu

Tanpa Nama berkata...

maka diberitakan wakil Pelabuhan Kelang ini kebah sekonyong-konyong mendengar khabar berita beliau telah dipecat dari Dewan Yang Mulia.

Tanpa Nama berkata...

gile xtau malu mamat nih.muke tebal mcm lantai.serius mnyampah tgk muke dye

Tanpa Nama berkata...

muka tak tau malu,muka kukit gelam,muka kulit babi,kecik2 tak mau mampus besar menyusahkan orang,dok jadi maknusia elok2 tak mau pi dok lompat jadi katak.