24 Jan 2011

Apabila Kedudukan Dalam Zon Bahaya... Maka "Mengipas" Tugas Paling Utama

PM selalu nasihat menteri hormati hak kaum lain

JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa mengingatkan jemaah menterinya supaya mengiktiraf hak rakyat mengikut kaum dan agama masing-masing.

Katanya, Najib sering menasihatkan menteri Kabinetnya bahawa perpaduan dan kesatuan kaum ini boleh menjadi retak jika ada menteri mengenakan syarat dalam pembangunan sesuatu kaum.

"Kita seharusnya jangan mencabul apa-apa hak itu. Apa yang menjadi asas kepada sesuatu komuniti tidak menjadi rintangan kepada perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib kelmarin yang mahu agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bersama dengan kerajaan dalam memastikan golongan tidak berkemampuan terus mendapat pembelaan.

Beliau berkata, hak setiap kaum di negara ini dijamin oleh Perlembagaan dan dengan itu hak-hak itu tidak dicabul.

Sementara itu dalam ucapannya, Rais menekankan bahawa galakan kerajaan dalam membudayakan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk pemberian komputer riba percuma kepada pelajar bukan untuk disalahgunakan.

"Jika kemudahan dan pengetahuan internet ini telah memberi kebaikan, kita rasa amat bersyukur," katanya.

"Keburukan juga banyak ada dalam internet seperti penyebaran fitnah dan pornografi, tetapi pengguna jangan terus membiarkan budaya mereka hanyut dalam arus permodenan ini walaupun komputer, internet dan perisian dicipta oleh masyarakat luar negara," katanya. – BERNAMA

Ulasan GB

Rakyat melihat, mendengar dan mengikuti gelagat menteri yang bernama Rais Yatim, tokoh yang amat kontroversial sejak Wikileaks terbocor.

Dan kenyataan di atas dibaca dengan senyum simpul oleh semua. Komain laju Rais mengipas Najib. Ada yang mencelah:

Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Semasa era Pak Lah sebagai PM, sampai begini Rais lakukan:



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

bodek membodek tipu muslihat aibkan dan fitnah memang kerja wajibul wajib bagi umngok dulu kini hingga hari kiamat

Tanpa Nama berkata...

bahlol punya menteri. kalau di negara maju org macam ni layak jadi ketua kampung jer

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya sokongan kaum Cina dan India di Tenang dah menjadi tenat.

Menteri yang keras pada kaum Cina dan India pun dah mulai menjilat.

Macam mana PM nak adil pada semua kaum Cina. Kalau hanya satu keluarga (Teoh Beng Hock) tak boleh selesai. Dahlah dia kelentong, menyusahkan keluarga yang malang nie pulak naik turun bertahun dalam inkues cap ayam.