2 Nov 2010

Peruntukan Parlimen Diagihkan Kepada Ketua Bahagian UMNO, PAS Perlu Bertindak

SDO mengaku peruntukan diberi kepada ketua Umno bahagian

KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama terlajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau, Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno.

"Mereka hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am. Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan sembah orang Cina dan India.

"Alhamdulillah mereka tak sembah orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh silih berganti datang.

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata beliau lagi. -harakahdaily

Ulasan GB

Dr Lo' Lo' sepatutnya sebaik saja mendapat jawapan itu dari Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan, telah pun membuat laporan polis dan SPRM mengenai kecurangan kementerian.

Ia adalah bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

Tetapi YB-YB PAS yang dah ada bukti bahawa peruntukan itu diberikan kepada Ketua Bahagian UMNO tidak berbuat apa-apa.

Saya tidak faham kenapa Presiden PAS sendiri selaku ketua organisasi tidak mengajar, tidak memberitahu atau tidak menunjuk-ajar kepada YB-YB PAS agar segala lahlaku pegawai kerajaan diambil tindakan segera dengan membuat laporan polis dan SPRM.

Apakah tidak ada penggembelengan inisiatif dan pelan bertindak bersama terhadap isu-isu yang melibatkan tekanan pusat ke atas wakil-wakil rakyat PAS?

Apakah tidak ada lansung koordinasi diantara YB-YB PAS ini sehingga masing-masing bertindak seperti anau dalam belukar, melepas pucuk masing-masing?

Setiap kali kita menganjurkan supaya diadukan kepada Polis dan SPRM, ada suara menyatakan, ah polis dan SPRM pun tidak akan ambil tindakan. Memang benar, tetapi ia perlu dilakukan untuk perhatian rakyat dan untuk dijadikan asas mengheret kerajaan ke mahkamah secara kolektif.

Inilah yang saya rasa PAS perlu lebih pro-aktif di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bukan sekadar melawat kawasan tetapi menaburkan benih kosong kerana tiada peruntukan.

Organisasi PAS perlu disusun semula. Kita tidak boleh mengharap dah memerintah kerajaan pusat baru kata berkemampuan nak menolong rakyat. Habis sekarang rakyat dah beri kita peluang sebagai YB, apa-apa sekatan yang menyebabkan terhalangnya kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat perlu ditentang dan dihpuskan. Jika tidak mampu bersendirian, lakukan secara kolektif. Kita kan ada Lajnah Undang-undang. Takkan Lajnah Undang-undang hanya untuk membela YB-YB yang ditahan berdemonstrasi sahaja untuk dapat kemenangan dan habuan peribadi.

Kita khuatir nanti rakyat akan menolak kita di dalam pilihanraya akan datang. Why bother to vote for PAS, they dont have the allocation, they can't help us even a penny, tempelak mereka nanti.

Kita telah pun diserang dengan pelbagai cara oleh Kerajaan Pusat, sekarang juga sepatutnya kita mengambil tindakan pantas mendakwa mereka di mahkamah di atas segala perbuatan salahlaku yang membelakangkan semangat Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Sekadar menjeritkannya di dalam ceramah atau mengadu kepada harakahdaily tidak dapat menolong.

Tindakan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jayekumar sebelum ini yang mengheret Kerajaan ke mahkamah adalah betul. Baca sini.

6 ulasan:

matmauaction berkata...

Sokong kuat syor GB.Semua wakil rakyat PAS(Parlimen atau DUN) wajar buat laporan polis kemudian seret kerajaan UMNO/BN kemahkamah.Ini wajar dibuat sebelum PRU ke13.Tak perlu tunggu nasihat dari Presiden PAS sebab dia bukan tahu apa-apa.Dia cuma boleh buat kuliah magrib aje.Kalau dia bijak takkan Trengganu boleh lepas ketangan UMNO.

Awanama berkata...

SEBUAH KENYATAAN YANG SANGAT TEPAT LAGI BETUL TERHADAP KEPIMPINAN HAJI HADI. LEMBAB, TIDUR, NGANTUK.

KATEGORI MAT NGANTOK JUGAK. HJ NIK AZIZ MACAM KESEORANGAN MENGUSAHAKAN PERUBAHAN SAMA ADA DI NEGERINYA HATTA PAS KESELURUHANNYA.

TENTU GENG-GENG KERAJAAN PERPADUAN TAJAAN DIA BERSAMA NASYA AKAN MENGAMOK SAKAN. MAF JELAH. KEJUT PAT-LIMA KALI TAK BANGUN JUGAK, MAKA UBATNYA KENA SIMBUR DENGAN AIR....

Waris berkata...

Cuba tanya ustaz lahanat yg maki TGNA yg tak suka melayu sama melayu bergaduh tu. Aku pun tak ingat siapa nama si lahanat tu. Apa komen ustaz lahanat tu ttg melayu makan peruntukan melayu mcm ni.

Awanama berkata...

btoi2.....strongly agree with GB, kalo xsaman xbawak ke mahkamah rakyat xnmpak, org kg xtau...skurng2nya kalo saman org bole tau oo selamanya ni kwsan under pakatan xdpt peruntukan....kwn2 sy rmi xtahu hal ni

Awanama berkata...

Semua YB pakatan mesti sentiasa melaksanakan xtvt untuk membela rakyat miskin tanpa mengira kaum. Kurangkan ceramah memburukkan UMNO (semua orang tau yg UMNO tu memang buruk). Banyakkan ceramah/promosi pembelaan rakyat miskin atau cara2 mereka boleh mendapatkan bantuan. Biar ramai orang tau yg YB Pakatan bekerja untuk rakyat. Hidup Pa

kembara putih berkata...

Setuju dengan GB. Jika UMNO la yang berada di pihak PR, walau RM100 pun dia buat report polis, sekurang2nya. Ini RM1.5 juta, nilai yang besar, selama ni rakyat tak tahu pun. Bila UMNO kata ahli2 Parlimen PR tak buat kerja, tak bawa perubahan, rakyat pasti setuju, padahal rakyat tak tahu perkara sebenar peruntukan tu ditelan oleh Ketua Bahagian UMNO. Silapnya bukan rakyat tetapi silap PAS sendiri.

Sudah masanya PAS buang jauh2 sikap pasif, lembab, tepu, bengap berfikir. Alaf ini kita kena tangkas dan aktif, kalau tidak, elok saja duduk di gua.