2 Nov 2010

[Bergambar] Majlis Ramah Mesra TGNA & Calon Galas Bersama Masyarakat Orang Asal

Orang Asal terima Sijil Penempatan Berkelompok

LOJING, 2 Nov: Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal bertempat di Kampung Sandrop dihadiri lebih 300 orang penduduk.

Tuan Guru juga sempat menyempurnakan penyampaian Sijil Penempatan Berkelompok Tanah Pos Sandrop Mukim Uklu Nenggiri, Daerah Batam, Jajahan Kecil Lojing, kelmarin.

Seramai 75 keluarga yang telah lama menduduki kawasan tersebut melahirkan rasa gembira dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program tersebut turut dihadiri oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan Penasihat Jentera Pilihanraya Kecil PAS Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood.



















2 ulasan:

Awanama berkata...

napa tak tunjuk orang yang beribu-ribu yang datang tu...ni semuanya close shot long shot takde....

Awanama berkata...

Tahniah TGNA pemimpin mesra rakyat, bukan slogan kosong macam UMNO menindas rakyat