3 Nov 2010

Apakah SPR Hendak Menipu, Ubah Pengiraan Ke Pusat Penjumlahan?

PAS beri SPR amaran, kira undi Orang Asli di pusat mengundi

GUA MUSANG, 2 Nov – PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli – yang mempunyai 924 pengundi – tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Ia akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu esok iaitu sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, bantahan itu akan dibuat esok melalui peguam.

“Sekarang peguam kita sedang buat persiapan terakhir untuk buat bantahan kepada SPR.

“Bantahan ini kerana kita melarang SPR bawa pulang kertas undi dari empat kawasan Orang Asli itu.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya PAS DUN Galas di sini petang tadi.

Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.

“SPR tidak beritahu empat peti undi itu akan dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi sebelum dikira.

“Sebelum ini (2008) undi ini dikira di sana terlebih dahulu, kali ini ia berbeza di mana ia akan dikumpulkan di pusat pengumpulan (kertas undi) pula.

“Kita ambil keputusan ini kerana bimbang semasa ia dibawa dengan helikopter, apa sahaja yang boleh berlaku.

“Lagipun pemerhati kita tidak berada bersama, jadi peluang penipuan itu masih ada,”
katanya.

Tambah Abdul Fatah, sekiranya SPR menolak bantahan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

“Kita akan buktikan kesungguhan kita dalam perkara ini dan sekiranya SPR menolak kita akan membawanya ke mahkamah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya beranggapan sekiranya kertas undi itu tidak dikira di tempat mengundi, tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

“Undi-undi dari empat kawasan itu mesti dikira di pusat pengundian masing-masing,” katanya.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Saya sebagai rakyat malaysia amat berhara SPR bersikap adil dan saks ama. Jadilah satu suruhanjaya yang profesional tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Ingat hukum ALLAH. Manusia mempunyai perancangan sendiri.. tapi ALLAH mengetahui SEGALANYA. Anda akan dipersoal diakhirat kelak seandainya anda tidak menjalankan amanah yang betul. Takuti ALLAH.

Awanama berkata...

sALAM...perkara sebegini, yg sering di pergunakan oleh spr untuk menberi undi kepada bn ??? Kalau ada mengunakan heli sudah tentun inilah peluang untuk bn mendapat peluang untuk menipu ??? Sebab itu kalau di sarawak, terlalu bayak kawasan yg masih mengunkan heli ?? Bagai mana kebenangan bn ,sudah tentu majoriti yg besar ??? Pastikan tindakan yg tegas kepada SPR.

dlines berkata...

itu sebab mereka tak mahu islam di guna pakai di dalam perkhidmatan awam.....sebab kalau diguna pakai habis le..itu sebab mengapa umnongok/bn menolak hudud

Waris berkata...

Aku suka dgn slogan Tukar Tiub... "Jika pilihanraya boleh mengubah sesuatu, ianya telah lama diharamkan".

joe penang berkata...

Kan kebykn YB Pas ada handset canggih manggih. Takkan x reti nak record cara senyap-senyap?
Tidak pun guna la digital voice recorder. Lagi canggih. Lajnah it pusat bleh ajar camna nak guna.
Jangan report saja pd SPRM. Dedahkan di media masa dan ceramah.
Pengarah Strategik Pilihanraya x terfikir ni? At least bleh gak guna masa ceramah pas bubar parlimen.

Awanama berkata...

Ni Joe... hang jangan letak otak di...., awat biaq benda tu jadi dulu, baru nak komplen...fikiran kena dihadapan..

Awanama berkata...

PAS perlu perjuangkan agar SPR ni diwakili oleh semua parti bukannya parti umngoook sahaja.

PuakaWife berkata...

Kah kah kah!
Kebingungan dan ketololan SPR mesti dihentikan.
Bagaimana?
SPR adalah ejen UMNO, SPR akan bergerak sebagaimana yang diarah UMNO. Mesti diingat UMNO parti kebendaan, makhluk kebendaan takut kepada kebendaan yang lebih besar. Raja kepada segala kebendaan di muka bumi adalah Amerika.
Adukan atau cerita ketololan dan kebingungan SPR kepada Amerika. Minta Amerika arahkan makhluk kebendaan yang bernama UMNO supaya menjadikan SPR badan bebas. Tentu makhluk menuruti kehendak Raja dunia kebendaan.
Boleh ke idea ini?.
Boleh! Sekarang makhluk kebendaan UMNO telah berikrar kepada Bini Clinton bahawa mereka akan bersikap adil dalam perbicaraan liwat2 Anwar. Ikrar (bukan sahaja janji) ini telah diberikan setelah Amerika menerima aduan kezaliman makhluk UMNO daripada para peguam dan pemimpin NGO.
Baguskah ideal aku? keh keh keh.