2 Nov 2010

Perarakan Satu Malaysia: Habuan RM100 Setiap Seorang

Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

Perarakan bukan lagi "budaya Barat" yang mengancam ketenteraman masyarakat, sebaliknya setiap pesertanya dibayar ganjaran "Seratus Ringgit Malaysia", seandainya mengambil bahagian dalam perarakan Satu Malaysia dalam PRK Galas, semalam.

Namun demikian, ganjaran ini diberi secara senyap-senyap, tanpa mahu didedahkan kepada media. Wartawan MerdekaReview menerima khabar pada jam 9.50 pagi ini, bahawa peserta perarakan Satu Malaysia yang dianjurkan semalam boleh menuntut ganjaran RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, penduduk tempatan yang menerima wang enggan berterus-terang kepada wartawan. Ada yang mendakwa "ada pemeriksaan darah percuma" di tingkat atas, ada pula yang berkata "ada tiket jamuan malam". Makcik-makcik yang turun dari tingkat atas melipat sampul surat putih dan memasukkannya ke dalam kocek, meninggalkan situ secara tergesa-gesa.

Ketika wartawan MerdekaReview sampai ke tingkat atas, kononnya tempat di mana wang diberikan, seorang wanita yang berpakaian "Satu Malaysia" dengan kolar merah kelihatan berada di situ. Terdapat juga beberapa helai senarai nama dalam bahasa Malaysia, dan nombor kad pengenalan yang disalin menggunakan tangan. Penduduk yang mengelilinginya meletakkan kad pengenalan di atas meja, menunggu untuk dikenalpasti.

Wartawan MerdekaReview cuba bertanya, sama ada itu aktiviti "pemeriksaan darah percuma", dibalas wanita tersebut dengan, "Ya, tapi dulu". Apabila wartawan menyusul dengan soalan lain, wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka sekadar mendaftarkan peserta jamuan malam. Ini kerana pertubuhan yang menyebarkan konsep "Satu Malaysia" telah tiba di Gua Musang untuk menjamu penduduk tempatan.

Isyarat tangan: RM100 diberi

Kemudian, wartawan pula bertanya penduduk yang berada di tingkat bawah. Mereka dengan tegas menafikan bahawa mereka mengambil wang, malah seorang lelaki berpakaian T-shirt merah menekankan bahawa penduduk sekadar datang untuk mengambil tiket jamuan, dan tiada wang diberikan. Wartawan mendesak dengan pertanyaan berapa orang dalam senarai namanya, ataupun berapa orang yang mendaftarkan diri, namun soalan-soalan ini enggan dijawabnya.

Wartawan mendapati makcik-makcik yang turun ke tingkat bawah mempunyai sampul surat putih dalam koceknya. Mereka menerima isyarat daripada penganjur, yang disyaki didalangi MCA, enggan ditemuramah wartawan, dan meninggalkan tempat kejadian dengan terburu-buru.

Tetapi, seorang makcik yang turun dari tangga memberi isyarat kepada wartawan bahawa wang diberikan di tingkat atas. Wartawan MerdekaReview menunggu di kawasan berdekatan untuk hampir sejam, dan menanya seorang lelaki yang turun dari tingkat atas.

Beliau mengangguk secara senyap, ketika ditanya sama ada wang diberikan di tingkat atas. Wartawan menyusul dengan pertanyaan sama ada "RM500 diberikan", beliau menafikan sambil ketawa, dan memberi isyarat tangan bahawa RM100 diberikan.

Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi. Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya. Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

Taukeh kedai yang berdekatan bertanya wartawan, "Kamu ada menyertai perarakan Satu Malaysia semalam? Naik tangga, bagi dia tengok kad pengenalan, kemudian kamu akan dapat RM100."

Selepas itu, beberapa orang penduduk menyerahkan sampul surat berwarna putih itu kepada wartawan, yang ditulis nombor siri dengan pen merah, juga tertera perkataan "Food and Lodging". Dua helai RM50 didapati di dalam sampul.

Seorang penduduk tua memberitahu MerdekaReview, mereka dibasahi hujan ketika menyertai perarakan Satu Malaysia semalam, maka ia dianggap sebagai "elaun" kepada apa yang tertimpa ke atasnya (dibasahi hujan).

Apa yang menarik, walaupun pertubuhan "1Malaysia" ini mendakwa diri mereka badan bukan kerajaan yang bebas, tetapi lelaki dari tangga atas yang memberi penjelasan kepada wartawan tadi turut mengedarkan risalah untuk aktiviti "berdialog" dengan Menteri dan Timbalan Menteri dari MCA, iaitu Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. Risalah ini tertera nama cawangan MCA Kota Gua Musang. -MR

Ulasan GB

Bila PAS nak beri wang pengangkutan RM250 untuk rakyat Galas balik mengundi laju jer SPR beri amaran menyatakan ia adalah wang sogokan disambut pula oleh golongan UMNO yang resah gelisah dengan tindakan PAS itu.

Sekarang depan mata UMNO tabur wang sogokan malam tadi, kenapa SPR senyap membisu?

Rakyat dapat saksikan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah Timbalan Pengerusi yang paling membodek UMNO yang SPR ada selama ini.



3 ulasan:

apek tua berkata...

apa mau jadi sama itu umngok haa???.....satu latuih kira jadi ka????........mana ata cukup........wa mau lebih maa....kolang-kolang 5 libu maa.....baru boleh wa punya tangan kasi main...........

tapi kalu dia kasi belapa pun......lu olang angkat laa...tapi itu tangan mau cuci dulu......tengok bulan sama.....sana tak dak lampu maa,,,,,,nanti lu olang eksilen.....manyak susah mau antar spital........

kah kah kah,,,,

Awanama berkata...

agaknya 100 tu mcm 1 juta ... boleh guna sampai akhir hayat... mcm manalah nak jawab di dalam kubor nanti.. ya... susah betullah orang melayu ni... memang pantang nampak duit.. apa lagi kalau tak payah nak berpenat lelah walaupun nilainya tu.. untuk makan seminggupun tak cukup... hai ... melayu... melayu... kau perjuangkan ajelah untuk kemelayuan kalian... sbb nanti akan layulah kalian semua... ha... ha... haa.. melayu bodoh.... aku pun melayu juga... tapi atas nama islam.... ALLAHU AKBAR....

Awanama berkata...

KO ORANG YANG NGOK. PI LAH MENYAMAR MASUK. ORANG UMNGOK SELALU MENYAMAR 'ORANG PAKATAN', KAMU BILA LAGI. BETULKAN NIAT DAN BETULKAN HASILNYA.