Gagal salur peruntukan, MP heret k'jaan ke mahkamah
Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.
Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.
Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).
Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.
Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008. -mk
Ulasan GB
Tahniah Dr. Jayekumar.
GB sudah lama suarakan hal ini bahawa wakil-wakil rakyat PR perlu mengheret kerajaan BN ke muka pengadilan. Tindakan mereka menyekat peruntukan kepada YB-YB pembangkang hendaklah dicabar di mahkamah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.
Bergitu juga kerajaan-kerajaan negeri. Sepatutnya mereka telah lama membawa isu mengenai sekatan pembangunan ke mahkamah. Buktinya jelas. Ucapan Mahathir dahulu sewaktu beliau menjadi PM dan kemudian diteruskan dasarnya oleh PM-PM selepasnya menyatakan bahawa "jika bantuan dan pembangunan di salurkan kepada negeri yang dikuasai oleh pembangkang, nanti rakyat akan berkata tidak ada beza untuk memangkah BN atau pembangkang. Oleh itu mengapa sekatan dilakukan kepada Kelantan. Hal yang sama diakui oleh Mustapa Mohamed, yang pada ketika itu ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN).
Bahawa tindakan mereka bertentang dengan Perlembagaan kerana membelakangi konsep Federalisma. Tetapi ianya tidak dibawa ke mahkamah.
Ada yang menyatakan apa guna bawa ke mahkamah jika sistem kehakiman negara masih belum bebas? Itu adalah hal yang lain. Pokoknya segala hal yang tidak betul perlu dibawa ke tengah. Kemungkinan kalah di mahkamah memang ada, tetapi kita tidak boleh 100% tolak penggunaannya dan kemudian membiarkan YB-YB pembangkang dan negeri-negeri pembangkang kering kontang untuk membantu rakyat.
Nama saja wakil rakyat tetapi tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat.
Tetapi wakil-wakil rakyat PR enggan untuk bersatu, enggan untuk membuat tuntutan di mahkamah. Tidak ada ketua pembangkang yang bagus untuk menyusun Pakatan Rakyat agar dapat bertindak dengan satu suara dan satu hati di dalam perjuangan menuntut hak mereka.
Malah YB-YB PR kelihatan syok untuk diri mereka sahaja dengan elaun-elaun yang mereka terima. Rakyat punya hal, nombor dua. Yang diperjuangkan hanyalah hal-hal superficial di dewan rakyat dan DUN. Itu pun jarang sekali menang di dalam undi belah-bahagi kerana ramai juga YB PR yang ponteng. Kabinet bayangan sebelum ini yang dibentuk oleh PR pun tak berfungsi.
Itu sebab Tuhan menangguhkan PR ke Putrajaya. Banyak lagi yang kena susun dan kena perbetulkan di dalam PR. Belum ada seorang pun yang mmenampakkan ada kalibar dan wibawa seseorang yang mempunyai ciri-ciri PM dari PR yang boleh diharapkan, yang boleh menyusun dan mengetuai organisasi PR seperti sebuah kerajaan menanti.
PRU13 kita harapkan akan merubah segala-galanya. PR perlu menapis calon-calon yang bertanding supaya hanya mereka yang benar-benar layak untuk berkhidmat kepada rakyat yag dipilih.
Sekali lagi, tahniah kepada Dr. Jayekumar, dari rakyat Malaysia yang mengundi PR.

3 ulasan:
begitu juga dengan Galas dah 53 tahun BN perintah malaysia masih ketinggalan dan mundur
Syabas diucapkan kepada YB Dr.Jeyakumar,Ahli Parlimen Sg.Siput kerana mengheret kerajaan UMNO/BN kemahkamah mengenai isu peruntukan Ahli Parlimen dari parti pembangkang.Kerajaan UMNO/BN ni zalim dan buta perut serta tak faham-faham bahawa Ahli Parlimen tu adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat,tak kira dari parti mana.Oleh kerana dia wakil rakyat(yang membayar cukai)adalah wajar wakil rakyat itu diberikan peruntukan untuk kawasannya.
Diharap Dr,Jayakumar akan berjaya dalam kes ini dan diharap semua ahli parlimen dari parti pembangkang wajar sokong.
Syabash YB. Dr. J, anda telah mempamirkan kebijakan anda sebagai wakil Rakyat. Dalam hal ini Tindakan anda dilihat memang tepat dan kelihatan terdahulu daripada lain-lain wakil rakyat di Malaysia ini.
Sesuailah dengan gelaran 'Giant Killer' dengan menewaskan Presiden MIC dalam PRU yang lalu.
Sehubungan itu, diharapkan kesemua YB Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mepamirkan sokongan padu kepada usul yang dibangkitkan ini agar senario poliyik tanahair menjadi lebih menarik.
Ini kelihatan petanda yang baik dan menarik kepada rakyat mengikuti perkembangan politik yang lebih maju.
Catat Ulasan