20 Okt 2010

Retorik Cerberus Khairy

Pemuda: Hambat 'raksasa Cerberus 3 kepala'

Perhimpunan agung mana-mana parti politik, termasuk Umno tidak sempurna tanpa dijadikan sebagai medan menghentam lawan politiknya.

Kali ini, Pakatan Rakyat - gabungan PKR, PAS dan DAP- digelar sebagai raksasa hodoh berkepala tiga bernama Cerberus (watak dalam hikayat klasik Rom) oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Bayangkan betapa susah dan menyesalnya menjadi badan kepada raksasa ni - satu kepala nak makan, satu kepala nak tidur, satu lagi nak jalan, pasti huru-hara jadinya.

"Itu belum lagi kalau ketiga-tiga kepala itu bergaduh, saling menggigit hingga boleh terjelepok jatuh di tengah jalan," kata Khairy yang juga anggota parlimen Rembau.

Menyampaikan ucapan dasarnya hari ini, Khairy berkata "politik raksasa" itu semakin nyata dalam isu negara Islam antara PAS dan DAP.

"Sungguhpun ada segelintir pemimpin PAS yang berkata penubuhan negara Islam bukan keutamaan demi menjaga hati DAP, tetapi jika ditanya Dewan Pemuda PAS, mereka masih tegar dengan perjuangan ini," katanya.

Sambil menyindir perjalanan pemilihan cabang PKR, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa berkecamuk dengan krisis dalaman akibat politik ghanimah (harta rampasan perang) gilakan kuasa "sehingga kerusi boleh terbang, pengundi hantu boleh wujud dalam senarai pemilih".

'Pengiktirafan khas' buat Guan Eng

Menurut Khairy lagi, dalam PKR, demokrasi "dibunuh" kerana jawatan tertinggi parti itu "dianugerahkan kepada satu keluarga tanpa bertanding".

Beliau bagaimanapun mengingatkan, Umno tidak boleh hanya bersandar dengan kelemahan pihak lawan.

"Walau badai datang melanda, walau bercerai jasad dan nyawa, pahlawan Pemuda akan terus mengejar Cerberus sehingga ke hujung dunia bagi menghapuskan si biang keladi penjahanam rakyat dan pemusnah negara ini," katanya.

Di samping kritikan terhadap Pakatan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi tokoh tunggal pembangkang yang dinobatkan 'pengiktirafan khas' sebagai "Khalifah Pakatan Al-Lim".

Setiauasaha agung DAP itu dikritik kerana didakwa gagal menunaikan janji dalam manifesto bagi memastikan bekalan air yang selamat, murah dan mencukupi di negeri yang diperintahnya.

"Ternyata jauh panggang dari api. Realitinya, dalam kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, 'Khalifah Pakatan Al-Lim membawa 'hadiah raya' yang istimewa dengan menaikkan harga air. Hadiah raya yang sama turut diterima oleh rakyat Negeri Kedah," katanya.

Ulasan GB

Pada kempen pilihanraya 2008 yang lalu Khairy tampil di Kelantan dengan kempennya "Tak Nak 18" ertinya dah 18 tahun PAS memerintah Kelantan, jadi kononnya Pemuda nak tamatkan usia pemerintahan PAS pada PRU tersebut.

Hasilnya? Rakyat Kelantan tolak seruan Khairy. Malah orang yang diwarwar oleh UMNO BN jadi MB, Awang Adek tergolek di Bachok.

Sekarang sekali lagi budak sekolah yang akan dipantau prestasinya untuk dimasukkan ke dalam kad laporan Muhyiddin, mengeluarkan retorik baru - Cerberus 3 Kepala - yang hasrat mereka berlainan di antara satu sama lain.

Sedangkan Cerberus yang ada di dalam UMNO dia tak berani nak dedahkan. Yang berjuang ikut Perkasa, yang berjuang 1Malaysia, yang berjuang tak kira apa asalkan masyuk... atau yang ikut kategori: "geng najib", "geng pak lah" & "geng mahathir"...



3 ulasan:

Awanama berkata...

Menurut Khairy lagi, dalam PKR, demokrasi "dibunuh" kerana jawatan tertinggi parti itu "dianugerahkan kepada satu keluarga tanpa bertanding

ok juga
dari demokrasi dalam umno di "sula" kerana jawatan tertingi parti di anugerahkan pada menantu dengan RASUAH.

Awanama berkata...

Raksasa satu kepala ni melaung dengan kuat tapi belum berada di barisan Menteri Kabinet hingga kini. Pergh... geli hati.

Awanama berkata...

UMNO satu kepala kerana bersama rasuah dan menindas rakyat?