20 Okt 2010

Azmin Berkempen Sebijik Macam UMNO

Dalam merebut jawatan di dalam PKR, calon Timbalan Presiden, Sdr Azmin Ali beriya-iya sangat sekrang ini berkempen.

Masa mula-mula pencalonan dah ketara sangat bahawa budaya kempen yang dilakukan saling tak tumpah dengan budaya kempen yang dilakukan oleh UMNO.

Peringkat awal lagi dia dah menyerang lawannya habis-habisan.

Kita tak sebut lagi pasal berapa perbelanjaan yang sudah digunakan di dalam kempen pemilihan PKR ini. Calon Timbalan Presiden, Mutaffa Kamil Ayub pernah meminta supaya JPP mengarah calon-calon bertanding isytihar harta dan perbelanjaan kempen. Tetapi JPP dan pimpinan pusat tak nak layan permintaan Mustaffa kerana jika demikian calon favorit mereka, Azmin pasti terkangkang.

Biarlah gambar-gambar berikut nanti jadi pengajaran agar jangan tiru gaya berkempen seperti ini kerana jika menang pun menang tak bermaruah:












# Ini bukan serangan peribadi, tapi teguran yang benar. Terpulang kepada penilaian masing-masing. Di dalam Islam, calon sebegini sudah ditolak awal-awal.

Kisah bagaimana Khalifah Abu Bakar menyerahkan jawatan kepada Umar, kemudian Umar menolaknya menyerahkannya semula kepada Abu Bakar untuk diisytihar Khalifah Islam yang pertama sepatutnya dijadikan model untuk memilih pemimpin.

Abu Bakar tak menyusun ahli-ahli parlimen atau ADUN-ADUN dari kalangan Quraisy yang menyatakan sokongan terhadapnya. Umar pun takda buat kain rentang besar-besar sokonglah Umar jadi Khalifah. Tak juga buat satu majlis khas untuk melancarkan manifesto.

Bila saya tinjau-tinjau ucapan Azmin, rupanya dia tahu satu jer perkataan Arab dan itu digunakan sehabis-habisnya.... "istiqamah" dengan reformasi... tersenyum simpul orang jemaah mendengarnya... Nak buek camano.. sampai takat tu jer dia faham ertinya istiqamah.


21 ulasan:

Awanama berkata...

dasyat betul...
siapa ajar jadi gitu...
seingat saya DSAI dulu berkempen Timbalan Presiden UMNO pun mcmtu...

al-Buduwi berkata...

Jika mahu PKR gagah, buanglah tabiat umno. Rakyat benci umno kerana tabiat mereka. Nanti rakyat benci pula PKR. Tapi tak heran kerana org PKR spesis umno, bukan begitu?

Awanama berkata...

YB-YB yang buat pengumuman konon berdiri di belakang Azmin pon sama x der akal dan x der maruah. Tak layak lansung jadi YB. PRU akan datang jgn harap ler menang!

mo berkata...

Salam,,, AZmin dari awal lagi telah menjadi hero, yg tergamak melakukan serang peribadi dgn lawan,,, kini selama panjang kempen azmin mungkin ahli pkr, sudah kenal siapa azmin sebenar, yg kita hairan bagai mana sebagai org yg dekat anwar dan lama dgn pkr, masih belum yakin diri ?? Kempen pun bagai org tak konfident je,, Bagai kita nak undi dan di harap org macam ni<,,Azmin bukan lah pemimpin yg kita boleh harap untuk mempipin pkr, dgn sikap yg agak sombong dan tidak masra ahli, sedangkan sebagai ketua harus ada sifat yg mulia dan lembut, bukan mengeluarkan cacian kepad pihak yg lain, sedangkan calon lainpun sama dari pkr... Sebagi ahli yg bijak dan pintar, undilah calon yg mempuyai agenda yg jelas untuk ahli , pkr, dan negara, eloklah kita membaut penilaian yg terliti jangan kita tersalah pilih, jangan sampai ahli pkr, membuat pilihan yg salah, ,, pemimipin yg kiata nak pilih harus mampu membawa perubahan yg di janjikan, bukan hanya berpidato dg hebat, tapi kesan tidak sepadan,, pilih dgn setelah mengambil kira soal pokok ini. Selamat mengundi, kemenagan calon adalah kemenaga semua ahli. tq

kembara putih berkata...

Orang yang berkempen cara ni sememangnya tidak yakin untuk menang disebabkan kurang kelayakan dan keterampilan. Cuma ada kuasa dan hubungan rapat dengan Anwar, maka digunakan sepenuhnya sehinggakan boleh menyusun secara berbaris pemimpin2 tidak bermaruah yang menyatakan taat setia kepadanya. Sepatutnya semua pemimpin yang berbaris itu dibuang, sikap penakut dan pengampu tahap longkang ini tidak sesuai wujud dalam PR.

kembara hitam berkata...

Nak memimpin mesti ada fulus sebab semua perlu fulus. Kalau kredibiliri, kewibawaan, itu dan ini semua calon ada tetapi siapa yang lebih fulus ?

Awanama berkata...

sebab fuluslah majoriti pemimpin pkr sama perangai dgn umno.

kalau mereka ni ke putrajaya, mereka mungkin lbh pelahap lagi drp umno.

Awanama berkata...

Tuan2
PKR akan lebih kuat dgn kepimpinan azmin, siapa zaid, siapa mustapha kamil ayub jika menyusuri penubuhan PKR lebih sedekad lalu. Fikir sendiri apakag PKR akan lebih stabil/kuat jika azmin keluar atau PKR akan lebih stabil jika zaid keluar, A atau B. Siapa calon yg disenangi oleh Utusan Malaysia (azmin atau zaid) adalah calon yg lemah unt PKR. Percayalah. Nasib PKR akan sama Semangat 46 tanpa Anwar. Itu yg kita mahu kan....tepuk dada tanya akal.

utuh hirang

Awanama berkata...

PKR lebih kuat tanpa Azmin, percayalah!

Azmin adalah saki-baki ketuanan Melayu UMNO yang ada dalam PKR.

Tentang Anwar tuh, pimpinan bagus, pidato ada kelas cuma tak tahu jaga peribadi. Cukup hanyir.

Awanama berkata...

tuduh zaid sebagai agen umno, rupanya azmin lagi teruk perangainya.

gambar di atas memang bukti azmin bawa sikap umno - dulu, kini dan selamanya.

gi mampos umno...

Awanama berkata...

pkr memang sama mcm umno ja..... selagi tak buang fahaman umno tu pkr tak ke mana laa.....fahaman assobiyah

akulajuki berkata...

Semangat 46 dahulu ditubuhkan dan kemudiannya melungkup kerana perjuangannya hanya tertumpu di sekitar Ku Li. Apabila momentum Ku Li tu dah semakin berkurang ditambah pula dengan ketidak mampuan pemimpin serta ahli-ahlinya membuang sifat dan tabiat yang mereka bawa dari UMNO maka mahu tidak mahu terpaksalah parti tersebut dikuburkan.

PKR hari inipun ada sifat dan tabiat seperti itu. Sifat dan tabiat yang mereka warisi daripada UMNO, walaupun PKR lebih bersifat majmuk tetapi sifat tersebut tidak lebih daripada kulitnya sahaja. Perjuangan PKR hanya berlegar di sekitar Anwar Ibrahim dan tidak lebih daripada itu. Fikrah kebanyakan pemimpin Melayu PKR saling tak tumpah macam UMNO walaupun ada segelintir yang telah berjaya mengikis sifat UMNO.

Oleh itu kepada ahli2 PKR yang benar-benar inginkan perubahan, marilah ramai-ramai pakat jatuhkan pemimpin yang masih berjiwa UMNO ini. Pilihlah pemimpin yang benar2 ikhlas berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.

Awanama berkata...

Azmin berkempen sebijik macam UMNO...?

Cuba GB terangkan secara jelas berkempen yang macam mana membolehkan Azmin berkempen dua bijik tidak macam UMNO...?

Tidak kah GB sedar bahawa PKR adalah serpehan dari pada UMNO dan sebahagian besar ahli yang menganggotai PKR adalah bekas ahli UMNO lebih-lebih lagi Anuar Ibrahim dan Wan Azizah...?

Kalau dulu Melayu sebelum beragama islam adalah beragama Hindu. Setelah mereka menerima islam sebagai agama barunya tapi budaya hindu tetap mereka gunapakai sehingga hari ini.

Apakah semua pekara dalam UMNO itu buruk, busuk, hina...?

Berkempen adalah untuk mempengaruhi pemikiran orang lain agar memberi sokongan kepada orang yang ditonjolkan.

Sesiapa pun boleh lakukan ... bukan hanya pada Azmin tapi pada Zahid dan juga Mustafa sekiranya ada kemampuan.

Berkempen ala UMNO bukan menjadi kesalahan kerana budaya berkempen dalam UMNO yang menjadikan parti itu berkuasa sehingga 53 tahun.

Tapi apa yang dilarang ialah berperangai seperti pemimpin UMNO menggunakan rasuah untuk menang. Perbuatan itu menjadi satu kesalahan dalam PKR.

Azmin, Zahid dan Mustafa mempunyai strategi mereka tersendiri dalam mempengaruhi ahli agar memberi undi kemenangan pada mereka.

Untuk pengetahuan GB....
Hebohnya penyokong yang berpihak pada seseoran calon bukan menggambar bahawa calon itu sudah menguasai semua kertas undi dalam peti.

Awanama berkata...

Sdra di atas menulis

Berkempen ala UMNO bukan menjadi kesalahan kerana budaya berkempen dalam UMNO yang menjadikan parti itu berkuasa sehingga 53 tahun.

Dan berkempen cara UMNO itulah yg kini sedang membawa UMNO rebah ke bumi dan terhambat keluar dari Putrajaya nanti...

Awanama berkata...

Jangan rujuk hanya satu sumber,untuk komen yg agak seimbang, anda juga boleh layari www.wfauzdin.blogspot.com

Awanama berkata...

Aku ahli PKR yang berdaftar. Memang aku doakan Azmin ni kalah nanti dalam Pemilihan jawatan Timbalan Presiden. Kalau tak kalah, biar kalah masa pilihanraya.

Waris berkata...

Kembara hitam, kalau fulus yg kau harapkan maka dgn segala hormatnya dipersilakan GO TO HELL!!!

Serupa umno juga...

Awanama berkata...

Bagi saya UMNO dan PKR takde bezanya. betul tak!...

Waris berkata...

Kalau nak banyak fulus jadilah ahli perniagaan atau korporat mcm Zaid dan Khalid Ibrahim dulu. Dah kaya baru masuk politik. Kalau setakat jadi setiausaha sulit lepas tu kaya bukan ke dtg dari duit haram tu? SU politik ada ke gaji mencecah 50 ribu sebulan yg boleh beli saham sampai berjuta2? Serupa feel mcm khir toyo. Gaji tak seberapa tapi rumah juta2. Ingat rakyat bodoh ke?

Cekik berkata...

Sapa-sapa pun yang menang nanti sama saja. kalau Azmin menang kumpulan Zaid akan berpaling tadah, kalau Zaid menang kumpulan Azmin akan sabotaj Zaid hingga kecundang.

Tidak lama lagi, beberapa MP dan Adun yang kalah dalam pemilihan atau berasa teranaiya akan bertindak keluar parti, sebahagian besarnya masuk DAP atau menjadi bebas. Desas desus ini semakin kuat kerana tikam menikam dalam PKR semakin parah.

Apabila DS Anwar dihukum masuk penjara nanti, akan bermulalah bibit2 perpecahan PKR.

Pandangan ini saya perolehi dari seorang ahli politik Pas. saya sendiri sudah berputus asa dengan PKR yang indah kabar dari rupa.

Bekas PKR berkata...

kembara putih said...

Orang yang berkempen cara ni....boleh menyusun secara berbaris pemimpin2 tidak bermaruah....semua pemimpin yang berbaris itu dibuang, sikap penakut dan pengampu tahap longkang ini tidak sesuai wujud dalam PR.


Saya setuju sangat, berbaris2 pemimpin2 PKR adalah tahap longkang! Bukan setakat buang mereka semua, kambus timbus terus parti PKR ini sebab dah jadi macam longkang!