20 Okt 2010

Shafie Apdal Kena Bedal

Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi Umno negeri ‘diimport’

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.

“Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.

“Tolong kaji balik pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan negeri-negeri pembangkang lain,” kata beliau ketika menyertai perbahasan pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno hari ini.

Bassori berkata mereka yang memegang jawatan pengerusi perhubungan negeri juga harus mempunyai hubungan yang kukuh dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan istana untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Shafie dilantik sebagai pengerusi Kedah bersama dengan dua naib presiden lain iaitu Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masing-masing menerajui kepimpinan Umno Terengganu dan Pulau Pinang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula merupakan pengerusi Umno Selangor manakala timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Umno Wilayah Persekutuan. -TMI

Ulasan GB

Pakatan Rakyat tak der ambil pot pun siapa Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Itu kamu punya pasal.

Tapi ia dijadikan alasan oleh pemuda Kedah untuk membedal Shafie Apdal. Sebenar ada hal lain yang tak kena dengan kepimpinan Shafie. Tak tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.


3 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO dah ketandusan pemimpin, pemimpin yang berkebolehan dah masuk PKR

Awanama berkata...

pemimpin yang tak berkebolehan dalam PKR sedang menyertai UMNO, UMNO makin lemah

Awanama berkata...

Mana ada tokoh berwibawa dan berpelajaran dalam UMNO di Kedah? Ada sorang mamat tu berangan nak jadi MB tapi hanya ada SRP. Ambil SPM 3 kali semunya kandas. Setakat ini mengikut sejarah, cuma seorang saja dari UMNO yang berpendidikan tinggi; degree universiti luar negeri. Itupun tak sampai satu penggal duduk di kerusi MB. Sekarang bila kerajaan Kedah jatuh ke tangan PR barulah ada MB yang berkelulusan tinggi. Kediaman rasmi dia pula jadi kunjungan umum setiap minggu kerana ada ceramah Islam oleh tokoh-tokoh terkemuka. Anehnya Mamat yang jadi pengerusi UMNO Kedah yang tidak disukai itu pernah label PAS sebagai parti ajaran sesat. Pembalasan Allah kerana keceluparan mulut dia sedang berlangsung bila orang-orang Kedah sendiri minta supaya dia balik perbetulkan UMNO di tempat dia di Sabah apa lagi bila PRK Batu Sapi makin hampir sekarang!! Tunggu apa lagi belahlah!!! Orang dah tak suka tu!!!