20 Okt 2010

Tahap Mentaliti Muhyiddin - Adakan Report Card Untuk Nilai Prestasi

Kad laporan nilai prestasi pemimpin diwujudkan

TAN Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan diwujudkan sistem kad laporan untuk menilai prestasi setiap lapisan kepemimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam beberapa bidang utama bagi tempoh dua tahun akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kad laporan atau kad skor itu mampu mewujudkan sistem lebih tersusun yang dapat dinilai impak sebenar prestasi pergerakan itu.

Beliau berkata, antara bidang utama itu ialah ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, kesukanan, khidmat sosial, pembangunan keluarga, pemeliharaan alam sekitar dan hubungan kaum.

Katanya, ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berjumlah lebih dua juta perlu meningkatkan pembabitan sebagai pemimpin akar umbi dalam bidang berkenaan selaras peningkatan harapan rakyat terhadap parti.

“Dengan adanya kad skor, setiap pemimpin dapat dinilai prestasi untuk tempoh dua tahun akan datang. Mereka yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan sewajarnya.

“Laporan prestasi itu juga mungkin digunakan untuk memilih siapa yang layak menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, inisiatif itu adalah usaha ikhlas meningkatkan imej parti dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadapnya.
Muhyiddin berkata, jika sistem berkenaan dilaksanakan sepenuhnya, parti akan menyaksikan satu lonjakan baru dalam tahap keaktifan dan keberkesanan gerak kerja ahli ketiga-tiga sayap UMNO itu.

Katanya, ahli sayap parti itu perlu lebih aktif mendokong perjuangan UMNO kerana fungsi mereka menjadi lebih penting khususnya dalam suasana politik yang semakin mencabar kini.

Pada masa sama, Muhyiddin mahu ahli ketiga-tiga sayap parti itu menangkis tanggapan negatif terhadap UMNO selaras kedudukan mereka di barisan pertahanan dan hadapan parti.

Ulasan GB

Itu tahap mentaliti TPM sekarang. Mentaliti seorang Gurubesar sekolah rendah, malah mungkin tadika. Nak buat "report card" untuk pemimpin-pemimpin Pemuda, Wanita dan Puteri. Kesemuanya bagi Muhyiddin tak ubah budak-budak sekolah yang beliau jadi gurubesarnya.

Itu sebab dia hanya memilih untuk menjadi menteri pelajaran. Mindanya hanya di dalam lingkungan itu. Dan beliau yang dikenali sebagai seorang pemimpin "rasis" akhirnya berjaya melahirkan pengetua-pengetua rasis jugak.



5 ulasan:

Awanama berkata...

prestasi untuk bantu rakyat tiada, hanya ada prestasi menindas rakyat

Awanama berkata...

UMNO nak cari pemimpin yang ada kebolehan menipu dan menekan rakyat macam saman ekor

Awanama berkata...

prestasi ape bendanyer...kad ke/bapa kad ke??atau manila kad sekadar atas kertas smua ok cantik siap lukis bunga tp pelaksanaan....lu pikirlah sediri

Awanama berkata...

perbodohkan rakyat dengan prestasi bohong tapi dasar menekan rakyat hingga susah

cikguagama berkata...

hahaha..ape la si tpm ni..guru besar kat sekolah aku pun dah x pakai report card..dah sah2 semua tu x relevan utk dijadikan bahan pengukur prestasi..gelisah cikgu2 mcm aku ni dpt menteri pelajaran yg berfikiran kuno..nampak sgt dia hanya mengejar kedudukan..