8 Nov 2010

Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?

Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang akan pedulikan nasibnya selepas ini?

Mungkin hanya keluarga dan kroninya.

Sebilangan besar rakyat sudah benar-benar menyampah dengan kelaku buruk politik beliau yang ternyata bersifat diktator di dalam PKR.

Ini dikesani apabila beliau merupakan dalang utama yang mengaturkan orang-orang yang bertanding di dalam Pemilihan PKR untuk jawatan-jawatan utama parti.

Beliau yang sepatutnya bertindak berkecuali dan tidak berpihak gagal untuk melakukannya apabila telah beberapa kali menyerang secara terbuka bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding menentang orang kesyangannya iaitu Azmin Ali.

Seandainya sebelum daripada ini ramai yang bersimpati dengan nasib Anwar kerana tidak diberikan keadilan di dalam mahkamah lewat kes liwatnya bersama Saiful, namun "ketidak-adilan" Anwar sendiri di dalam Pemilihan yang sedang berlansung sehinggakan menyebabkan Datuk Zaid menarik diri dan meletak semua jawatan dalam parti memusnahkan simpati rakyat terhadap beliau.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih terus menghentam Datuk Zaid dengan tuduhannya menyatakan Zaid buat keputusan kerana telah tewas di Sabah. Menjelaskan kepada kita memang hati dan niat Anwar terlalu busuk terhadap Zaid.

"Apabila kita sendiri tidak adil, bagaimana mengharapkan keadilan tertegak di luar daripada lingkungan kita?" tanya seorang pengulas politik yang enggan mendedahkan identitinya.

Seorang pengunjung blog Kelab GB ini menulis di ruangan komennya di SINI. Petikan:


Anwar lupa diri dan lupa siapa yg mengerakkan reformasi. Anwar hanya memandang imej dan penampilan diri untuk jalan seiring dengannya. Maaf tapi ini hakikat. Anwar masih di ulit mimpi kerana terlalu di sanjung dan di beri terlalu banyak kuasa veto. Berapa ramai reformis yg terpinggir selepas Anwar keluar dari penjara walaupun reformis tidak pernah mengharapkan balasan namun jauh di hati mereka tuhan saja yg tahu. Tapi jiwa mereka kental, tetap bergerak demi keadilan untuk rakyat marhaen. Tidak dan tidak, perjuangan sekarang bukan kerana Anwar Ibrahim lagi setidak-tidaknya bukan keutamaan. Siapa Rahimi siapa Saiful siapa Rafizi? Mereka bukan reformis. Tiada siapa yg kenal mereka tapi mereka inilah berada di samping Anwar setelah di bebaskan. Anwar boleh bersangka baik tapi ada batasannya. Dan Anwar yg memasang jerat untuk dirinya sendiri. Rasanya memang perlu Anwar di hantar kembali ke penjara untuk dia menilai sendiri erti kesetian, persahabatan dan perjuangan. Siapa sahabat siapa musuh dalam selimut. Lupakan mimpi untuk jadi PM, bukan rezeki anda dan mungkin rezeki Nurul Izzah.


Kini Anwar sendiri yang memilih untuk mengenepikan orang-orang yang menyokongnya sebelum ini. Anwar sendiri yang memilih untuk bersikap tidak adil di dalam pemilihan. Anwar sendiri yang memilih untuk ke penjara semula. Anwar sendiri yang memilih jalannya ke neraka!

GB pernah menulis sebelum ini di SINI:

Dengan izin Allah,beberapa blogger yang tegak berdiri dengan kebenaran dan keadilan, akan "pancung" mereka yang menyebabkan kegagalan PR selepas ini tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.

Jadi selepas ini Anwar bolehlah minta pertolongan dengan Azmin, Saifuddin, pengikut taksubnya dan beberapa kerat blogger yang menjilatnya selama ini.

GB telah banyak kali mengingat Anwar, tetapi beliau begitu, begitu juga. Tiada mahu lansung untuk berubah. Oleh itu jangan dikesal, jika selepas ini bebannya menjalar.

GB tak pernah menggunakan kaedah-kaedah keji seperti yang dilkukan para blogawan UMNO tetapi cukup dengan dalil-dalil aqli dan naqli.

GB dan blogger-blogger pejuang kebenaran dan keadilan akan tetap terus menggalas amanah bersama-sama mereka yang mahukan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini. Kami yakin tanpa Anwar pun kami boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang lagi.

Tidak ada salah perjuangan PKR, yang bersalah ialah pimpinannya yang diketuai oleh ketua de faktonya bersama-sama apek-apek lempangnya.

GB pernah menulis komen GB di SINI yan menyebabkan ramai tersentak. Tulis GB:


nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan

Dan kita ingin bacakan lagi ayat-ayat ini berulangkali kepadanya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Dan marilah kita berdoa beramai-ramai supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dengan doa yang diajarkan oleh Nabi kita:

"Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah
wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah"


Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya".

41 ulasan:

zack berkata...

bagi sy baik gb tak payah lagi cerita bab politik pkr lagi , cerita ini dah memualkan

Unknown berkata...

GB akan terus menulis sekalipun golongan taksub Anwar tidak menyukainya.

Kebenaran - sesiapakah yang mampu menahannya apabila Allah menyerlahkannya?

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Mana dalil kamu zack untuk memberhentikan GB menulis mengenai PKR?

Tanpa Nama berkata...

hentaman hebat dari gb kali ini. saya sokong 100%

malaysian berkata...

Kenapa GB tak masuk umno??? bukankah platform tu lebih efektif utk hentam anwar?

Unknown berkata...

ada betul juga apa yg dikatakan Dr Asri

Tanpa Nama berkata...

masih belum terlambat untuk u-turn.
walaupun sudah terlepas u-turn sebelum ni, dihadapan masih byk u-turn.

Tapi jgn sampai hujung jalan mati, terus jatuh gaung.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

zack berkata...

maksud saya gb ialah pedulikan pkr yg tak mahu mendengar nasihat dan menghentikan cerita pkr sebagai langkah protes

steamboat berkata...

TGNA akan sentiasa membela Anwar

Unknown berkata...

ok zack. Noted.

5sal berkata...

Salam! Anwar ni bukan apa salah pemimpin PR gak terlalu sanjung sangat Anwar ni hinggakan kalau PR p Putrajaya nanti Anwar yang akan dilantik jadi PM.tu pasai dia lupa diri.Aku tegok PAS dan DAP tak terlalu sangat pun tapi PKR terlalu beria2.Aku takut PKR akan jadi Parti TONG TAIK ja.Jangan mimpi la nak Putrajaya.Wsalam!

Tanpa Nama berkata...

Ya tak ya, Anwar sepatutnya minta tolong pada Azmin dan Saifuddin selepas ni. Dua-dua penyokong bawa rebah.... hehehe

Tanpa Nama berkata...

steamboat said...
TGNA akan sentiasa membela Anwar

TGNA bela Anwar? Apa jadi akhirnya, PAS kalah di Galas!

assalam berkata...

"Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah
wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah"

Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya".

Amin

Mat Ju berkata...

terdapat ura2 bahawa PKR akan menuntut untuk bertanding di Putrajaya.. sebab kononnya sesuailah Parlimen Putrajaya diwakili PKR kalau Anwar jadi PM nanti.. AGM pon buat kat bdr sri permaisuri..

Tanpa Nama berkata...

Tuan Blog...
Melayu ada Pas dan Umno sahaja. Tanpa PKR, UMNO akan menang 2/3 PRU13. Ahli parti berbeza dengan penyokong. Ahli parti pangkah parti. Penyokong ikut sentimen. Setakat harap ahli tak ada peluang PAS menang besar.
Anwar adalah GAM untuk Pas dan DAP. Ibarat satu bantal mimpi lain-lain.
Kerana itu BN bermatian membunuh politik anwar. Kalau faktor anwar sekadar cap ayam sahaja, BN tidak akan begitu dan BN akan suka pemimpin yg melemahkan PKR. Siapa yang BN suka...Zaid, Azmin, Nasarudin, Tok Guru dan siapa....

Rumusan...serulah dan serulah blogger membenci Anwar....hadiah besar menanti 2/3 untuk BN di parlimen pada PRU akan datang...

Kenali hati Melayu
Karbin.

Unknown berkata...

Anon 2.49 menulis

Anwar adalah GAM untuk Pas dan DAP. Ibarat satu bantal mimpi lain-lain.
Kerana itu BN bermatian membunuh politik anwar. Kalau faktor anwar sekadar cap ayam sahaja, BN tidak akan begitu dan BN akan suka pemimpin yg melemahkan PKR.


Sepatutnya Anwar menyedari dan menjaga kedudukan pentingnya, tetapi apa yang beliau lakukan?

Beliau sendiri sebenarnya yang mencari penyakit untuk dirinya.

Kita hanya menyampaikan agar beliau sedar. Tapi belum sedar-sedar lagi.

So whose fault?

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan GB..

Kali ni saya akan jawab apa yang Tuan coretkan..

"Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?"

Jawapannya ialah warden-warden penjara Sungai Buloh!!!

Anwar tetap akan kepenjara kerana Najib ykin kini tiada yang akan bangkit bila Anwar dipenjarakan..

Wassalam...

Tanpa Nama berkata...

PAS kalah di Galas kerana UMNO dan SPR tipu daftar pengundi, bawa orang luar mengundi....

Tanpa Nama berkata...

Anwar sebenarnya nampak kelemahan zaid yang boleh dimonopoli oleh UMNO seperti masa pilihanraya Hulu Selangor

Tanpa Nama berkata...

Anwar sebelum kes Zaid pun sebenarnya merupakan mastermind setiap pergerakan pkr. pkr sebuah parti yang tiada mesyuwarah. tiada badan induk yang mengawal kecuali itulah satu manusia bernama Anwar.

berubahlah sebelum parah.

Tanpa Nama berkata...

jom pakat kita berdoa agar Allah gantikan Anwar dengan pemimpin yang lebih baik daripadanya untuk mengetuai PR.

hussin berkata...

peristiwa bersejarah ini tercatat di dalam mahkamah semasa perbicaraan sodomi 1. anwar ketika itu berada di atas kerusi roda memakai cervical collar. oleh kerana terlalu gembira dengan keputusan hakim, anwar tidak semena2 bangun berdiri keseronokan tanpa mempeduli keadaannya yang menyebabkan beliau terpaksa berkerusi roda. ini disedari oleh azmin yang terus mendudukkan anwar kembali ke atas kerusi roda. peristiwa ini masuk tv. entah berapa ramai yang menyedarinya.

itulah anwar.

Tanpa Nama berkata...

Anwar, Azmin & Saifuddin.

Kamu bertiga memusnahkan harapan kami kerana menghancurkan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Selagi inilah caranya, selagi itulah Pakatan tidak akan dapat mengambil alih pemerintahan....

Perkara yang cukup senang dipersusahkan..... contoh terrbaik Rasulullah s.a.w. Apakah Abu bakar, umar, uthman dan Ali merebut kuasa?

nah sekarang ini, saat ini bermulanya pencetusan reformasi...siapa yang mulakan...siapa yang berani mencabar BN? itu persoalan pertama. yang perlu difikirkan....

Aapakah ada orang lain selain Anwar yang berani menetang BN secara jantan?

kalau ada ya..... keluarlah.... tunjukkan kejantanan dan kami semua akan ikut dari belakang.... nah setakat ini apa yang saya perhatikan tidak ada siapa yang berani. Lihat saja apa yang terjadi pada Anwar Ibrahim, dia telah dipermainkan, dia telah dipersalahkan, dia telah dipersundalkan, dia telah diaibkan ...... sepatutnya kita yang menyokong ketua patut berkoraban, memberikan segala pertolonhgan yang kita rasa boleh membantunya bagi memenangi kes nya dimahkamah.... barulah kita boleh berdepan degan BN secara Jantan... Ini tidak, dia yang kita anggap ketua kita cemuh, kita keji, sedangkan kita sendiri pun tuidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

SoaLAn penting: kita nak menang atau kita nak kalah... akalu nak menang jadikan seorang ketua yang boleh menangkis segala serangan BN dan kita sebagai pembangkang sepatutnya memberikan sepenuh support kepada nya barulah kita akan menang.

Untuk menggerakkan reformasi atau untuk menjatuhkan BN kita perlukan seseorang yang berwibawa, berani berdepan dengan arus, bukan hanya bercakap, melaungkan sana sini tapi akhirnya hampas....

Tengok saja hal minyak, tengok saja hal kenaikan harga, rasuah dan sebagainya siapa yang berani mencabar BN? Tisak ada seorang pun yang berani berdepan......

Untuk menjatuhkan BN kita perlukan seorang ketyua yang berwibawa, berani snggup diperlakukan apa saja...Dan yang penting tugas kita support dati belakang dan bukannya berebut kerusi.... kalau inilah caranya bagaimana kita nak menggempur BN?

Idea persepakatan antara parti 100% setuju tapi untuk menjadi ketua masing-masing berebut sedangkan kita tahu tidak ada orang yang berani mencabar BN,,,,,, Bila di bagi habuan tiba-tiba bertukar arah...

Saya tak kisah siapa pun yang nak menjadi ketua yang penting yang lain harus support dari belakang ini tidak menjatuhkan sesama sendiri, berebut pangkat, berebut kerusi, berebut jawatan. Sudah menang esok nah berebutlah.... kalau nak. ini tidak belum apa-apa sudah kelam kabut. Kalau kepala Ramai 100% saya jamin tidak akan dapat menawan Putrajaya. Bagaimana yer kalau tuhan itu rasmai? Sudah pasti lama dunia ini sudah hancur!!!

berfikirlah!!!

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya bila perjuangan sekular ... lansung takder kaitan pahala dan dosa.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya perkara yg senang cuba dipersusahkan.Untuk menentang musuh, kita memerlukan seorang ketua yang boleh mengatur segala strategi, berwibawa, berani melawan arus.. kalau semua mahu jadi ketua alamak akan hancurlah.. Bagaimana yer kalau Allah itu ramai? Cnth terbaik, Nabi s.a.w seorang Rasul terakhir dibantu oleh sahbt belia Abu bakar, umar, Uthman,Ali apakah mereka berebut kuasa?
Jadi, kalau ada yg betul2 berani melebihi Anwar Ibrahim dlm menjatuhkan BN dipersilakan & saya sendiri akan mejadi supporter pertama untuk menjatuhkan BN, Dan inilah tugas supporters sebenarnya dan bukan mencemuh, mengaibkan, menjatuhkan sesama sendiri berebut kerusi, pangkat, jawatan sehingga sanggup dibeli kerana wang. Belum pun lagi memenangi pilihan raya, masing2 telah menunjukkan sikap tamakkan kuasa. Henmtikan semua ini. tak perlu mendakan pemilihan dan sebagainya, buang masa saja yang penting siapa yang sanggup memikul biawak hidup ini??/ Kalau macam inilah tabiatnya, saya yakin segala usaha yg akan dilakukan tdk AKAN berjaya. Serahkan pada satu org untuk menguruskan & yg lain sebagai pembantu sebagi semangat dan perangsang. Ini tidak bukanya nak tlg anwar dekat mahkamah.... menang dimahkamah bermana menaglah PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Bukan mahu membela Anwar tetapi sebagai pemerhati dan selalu mengikuti perkembangan politik tanahair nampaknya insiden yang menimpa pkr semakin membara. Bukan mahu menuduh zaid tetapi kita harus renungi sejarah silam zaid mungkin GB lebih arif dalam hal ini. bermula pemilihan ketua bahagian umno Kota Bharu, zaid menggunakan kekuatan kewangannya untuk menjatuhkan Ahmad Rastom.. PRU 11 nama Zaid tidak tersenarai dalam calon parlimen Kota Bharu.. Keadaan di bangunan umno ketika itu kecoh dengan penyokong Zaid dan jenteranya memberi tempoh 2 jam
agar nama zaid dicalonkan
dan sebahagian drp pondok2 BN telah dirobohkan sebagai reaksi tindakan umno tidak mencalonkan nama zaid. Akhirnya umno terpaksa menurut kehendak zaid.. maka bermulalah kempen pilihanraya. Zaid bergerak dari rumah ke rumah dan agak terkejut apb zaid meminta pengundi mengundinya sebaliknya bagi DUN terpulanglah pada pengundi. Ikhlaskah zaid dalam umno??? dan gerak kerja zaid akhirnya berjaya menawan parlimen walaupun ketiga2 DUN parlimen dimenangi pas..maka bermulalah Dato Zaid sebagai ahli parlimen.. paling tersentuh dengan perbuatan zaid apb berjanji mahu memberikan bantuan RM 3000 bagi sebuah sekolah rendah di kota bharu utk menyiapkan sebuah surau. malangnya apa yang dijanjikan hanyalah bicara mulut dan untuk memancing undi sahaja. Jawapan yg diperolehi utk menuntut wang tersebut amat mendukacitakan. pasti tersentuh kiranya umat Islam mendengarnya... Akhirnya Zaid tidak lakukan apa2 sepanjang menjadi ahli parlimen Kota Bharu utk 1 penggal.. Akhirnya namanya digugurkan utk PRU 12.. Zaid dengan kekuatan jenterannya telah mengarahkan agar Dato Fatmi dikalahkan oleh calon pas walau dengan apa cara sekalipun walaupun zaid telah membawa hati ke Australia...Inilah sikap zaid sebenarnya mahu menjahanamkan parti apb namanya digugurkan dan apb BN kalah teruk tiba2 nama zaid diangkat menjadi Menteri Kabinet walaupun Pak Lah tidak menyukainya.. Memang pelik, orang2 umno sendiri pun terlopong.. hanya Pak Lah yg tahu utk itu. Apb sibuk ada MP yg ingin melompat, zaid pun terus masuk pkr... maka semuanya terbongkar satu persatu.. dan kini pkr makin parah maka zaid pun bakal beralih pada pas pula.. sebagai permulaannya bangunan 4.5 juta sebagai taruhannya.. harap PAS jgn sesekali menyerahkan Parlimen utk Zaid dalam pru 13 nanti... renunglah sejarah zaid dalam umno..
dan zaid pernah berkata, beliau tidak boleh melihat bulan dan warna hijau dan mengapa orang2 pas ni terlalu bodoh. walaupun itu dulu tetapi ianya lahir dari hatinya yang ikhlas.. kalau zaid ikhlas ingin membela rakyat, zaid takkan bertanding merebut jawatan Timbalan Preiden. Mengapa zaid tidak membantu rakyat semasa menjadi Menteri.. Zaid hanya selesaikan masalah hakim utk menunjukkan integritinya. Maaf... ini hanyalah pandangan dan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan zaid selepas zaid ingin menyaman hukum Tuhan... Assalamualaikum..

bunbinban berkata...

biarkan anwar dgn mimpinya. mungkin mimpi dia lebeh indah di dlm penjara. namun percayalah, gerakan rakyat menentang rejim UMNO akan berterusan sehingga rejim UMNO rebah sendiri. Kalau anwar hendak bermain rentak politik sebegini, maka tunggulah kehancuran maruah diri. Saya bukan pemuja Anwar semenjak dari dulu lagi. Simpati mungkin namun tidak sampai menjejaskan prinsip yg salah tetap salah yg benar tetap benar. Masaalahnya terlalu ramai yg memuja dan simpati terhadap Anwar sampai Anwar sendiri sentiasa berasakan dirinya benar sentiasa. Puja dan simpati yg berlebehan terhadapnya menjadikan manusia tidak berfikiran waras.

Maaf Kak Wan, saya bukan manusia yg kejam seperti kerabat UMNO tapi saya kecewa dgn Anwar kerana dia lupa diri. Kak Wan sebagai presiden parti dan di masa yg sama isteri kepada Anwar tentu lebeh terasa serba salah. Namun di mana suara kak Wan sebagai presiden?.

Tanpa Nama berkata...

apabila penyokong atas pagar dapat membuat taksiran sendiri, pemilihan pemimpin pkr akan menjadi porak peranda akhirnya.. bagai mana hendak memimpin rakyat kalau diri sendiri tidak terurus.. tipu menipu juga masih digunakan sama semacam perangai UMNOBNAPCOYAHUDI..

perlu ingat rakyat tidak sebodoh saperti yang disangka..

Tanpa Nama berkata...

Tipu menipu dalam piliharaya PKR setakat ini belum ada yg di buktikan berlaku, yg ada cuma persepsi dan cerita cerita orang yg kalah,tapi yg nyata undi satu ahli satu undi ,tu memang benda baru yg aku sokong sangat.

Tanpa Nama berkata...

Aku nasihatkan DSAI terus bersabar dengan tempelakan orang-orang yang sebenarnya cemburu atau sekadar tompang sekaki ngomel. Pedulikkan mereka. Lazimnya penontonlah yang kelihatan paling pandai bermain hingga semudahnya mencerca para pemain. Yang menghentam itu pun entah berdaftar atau tidak sebagai pemilih.

Lain situasinya apabila sampai masanya Pakatan Rakyat Allah berikan peluang mengurus negara. Para pecaci jahil dan tak tahu hujung pangkal perkara itu pun pasti mendiamkan diri sama seperti mereka mendiamkan diri akan kebobrokan pemimpin UMNO/BN itu.

Hentam DSAI dan pemimpin pembangkang lain mana ada risiko. Seratus peratus selamat. Jika ada pun yang ingin menegur pemimpin utama UMNO sekadar 'lempar batu sembunyi tangan sahaja.

Politik tanah air tidak akan menjadi setelus dan semeriah sekarang andai selepas dipecat Mahadir DSAI duduk diam sebagai orang biasa di kampongnya. Rakyat jelata yang menginginkan DSAI menerajui perunahan negara lebih ramai berbanding para pecacai yang mengambil peluang mudah mempamerkan MAZMUMAH melalui blog-blog seperti ini.

Kemenangan BN dalam PRK bukan ukuran sokongan rakyat sebab orang buta dan pekak pun tahu akan kebobrokan UMNO/BN menunggangi harta benda kerajaan untuk menang. Biarkan. Tak akan kemana PRU ke-13 itu.

Selamat meneruskan perjuanagn. Kami rakyat memerhati dan menilai.
Selamat berjuang.

Tanpa Nama berkata...

yg terbukti anwar memang tidak berkecuali di dalam pemilihan.

oleh itu teori konspirasi memang wujud, pemilihan pkr dikotori oleh tangan anwar yg sememangnya sudah lama kotor.

Tanpa Nama berkata...

kenapa BN tidak dipersalahkan... kenapa Anwar yang selalu dipersalahkan? jadi...siapa yang berhak untuk membeimbing pembangkang ke PRU 13...? Tunjukkkan kami siapa yang layak? Ingatlah reformasi bermula kerana Anwar....... Yna g lainnya bangkit setalah Anwar keluar dari penjara....

tidak ada sesiapa yang berani untuk membantah segala apa yang berlaku sekarang ini...BN/UMNO semakin menu njukkan belangnya, Harga barang semakin dinaikkan, minyak, rokok dan sebagainya.... Ujian untuk mereaspkan judi dicuba, memasukkan musik barat, concert dari luar jelas sekali, Fesyen Islam lihat lah bukti...siapa yang berani menegurnya.....Galas adalah ujian untuk menaikkan harga...kalau menang bermaksud harga tidak perlu diturunkan, kalau kalah bermaksud kenaikan minyak menjadi sebab. Yang penting sabah ditangan mereka. Kalau nak komplain pasal kenaikan tidak akan menang kerana segala keputusan akan ditentukan diparlimen dengan hanya mengangkat tangan sudah pasti majoriti UMNO/BN yang lebih, mereka sentiasa akan menang... Cemuhlah buruklah pembangkang, terutama Anwar yang mereka dengkikan, yang mereka fitnahkan, yang mereka cuba jatuhkan kerana dengan imej yang buruk rakyat akan berkata , lihatlah, benarlah Anwar begini dan begitu.... maka sokongan moral anwar akan terhakis sedikit demi sedikt. Lihat saja diMahkamah..... lihatr saja ...perhatikan secara terbuka, sevcara hati yang ikhlas apa yang dilakukan kepada ASnwar ...tidak ada ruang langsung...sedangkan yang jelas ....... segalanya tidak berpoihak kepada Anwar... Kalu merweka benar jujur.... itu bukannya cara nya..... Yang jelas BN/UmNO tahu...orang yagn ditakuti BN/UMNO hanyalah Anwar sahaja. Dengan memburukkan imej Anwar, dengan mengurangkan penyokong AnwaR maka BN/UMNO akan terus berkuasa.Mereka akan pastikan Anwar akan dimasukkan ke Penjara itu yang pasti.

Tanpa Nama berkata...

Greenboc...,

Sekali imbas membaca artikel bertajuk "Siapa mahu peduli dengan Anwar lagi selepas ini...?" dapat dirasakan bahawa GB menyimpan rasa kecewa terhadap Datuk Seri Anwar. Mungkin GB telah berjasa tapi dia tidak rasa...?

Benarkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dikesan sebagai dalang utama yang mengaturkan orang-orang yang bertanding di dalam Pemilihan PKR untuk jawatan-jawatan utama parti....?

Boleh tunjuk bukti bahawa Datuk Seri benar-benar terlibat..?

Dalam mahkamah orang mendakwa dia meliwat tapi sehingga kini kes itu tergantung dan tertangguh kerana tiada bukti jelas mengatakan dia meliwat.

Apakah saudara GB juga mahu mencipta tuduhan tanpa bukti sahih...? Apa motif saudara GB bertindak begitu terhadap Datuk Seri Anwar...?

Dari apa yang dibangkitkan oleh segelintir ahli tentang permasaalahan pengurusan kertas undi itu kita percaya ada penyelewengan berlaku.

Sebenarnya pekara itu perlu disiasat secara rapi oleh jawatankuasa khas agar kita dapat mengenal pasti dan membuktikan siapa sebenar yang melakukannya.

Kita tidak mahu terjadi seperti pepatah melayu berbunyi "lain orang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.."

Martoiriat berkata...

Salam GB..
"Siapa Mahu Peduli Dengan Anwar Lagi Selepas Ini?"
Memang yes.. Saya yakin 100% Anwar akan di hantar ke Sungai Buloh memandangkan kes liwat dalam pembicaraannya tempang dan tidak telus. Itu tandanya Anwar akan ke Penjara. Soal Peduli atau tidak kepada Anwar, terpulanglah kepada GB samada hendak peduli atau tidak. Itu adalah pendirian masing-masing. Jika Anwar di Zalimi, sebagai muslim, Anwar harus di bela sebagaimana yang dituntut.
Jika Anwar Ke penjara, siapa yang akan meneruskan perjuangan ini?
Memang ramai pemimpin dan anak muda yang berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin. Berpuloh-puloh atau berlambak-lambak anak muda yang boleh dicari sebagai pemimpin. Tapi pemimpin macamana? pemimpin yang berani dan ketua yang berwibawa, berani berdepan dengan arus perjuangan yang mencabar,sanggup berdepan dengan apa jua sekali pun bukan hanya pandai bercakap, melaungkan sana sini tapi akhirnya musnah di tengah jalan dan kepentingan juga yang dicari.. Contohnya Lokman Adam, Ezam Mat Nor dan Zul Nordin.. You Must accept the reality

Tanpa Nama berkata...

Salam Ukhwah Buat Semua Yang Menghentam Kepimpinan DSAI dalam peribadi atau umum.. .

tidak usah la GB & seberape teman2 yg meninggalkn komen menunding jari dan merase bangga bile menghentam PKR..Teman tidak setuju dengan ulasan GB berikan.. .teman anggap inie satu semangat buat teman agar lagi kuat setianye teman pada DSAI & PKR.. .jangan dlupe ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI dengan ape yang berlaku ddunianye.. .Jangan kiter berlagak pandai.. .yang membuat onak ranjau nie la yg GB & Teman harus dkritik..teman sendiri turun naik paDANG UTK memastikn PAKATAN RAKYAT bersame ke PJ.. .Tidak salah pon teman sebahagian rakyat inginkn DSAI dangkat PM utk masa akan datang.. .InsyaAllah dgn izinye.. .wassalam

Tanpa Nama berkata...

Mungkin anda semua tidak tahu bahawa "reformasi" hanyalah alasan Anwar untuk melepaskan diri dari tuduhan sodomi yang dihadapinya.

Anwar hanya menumpang di atas tiket reformasi agar beliau terselamat dan memperalatkan sokongan rakyat agar kes sodominya dapat dilupakan.

Saya rasa para reformis sejati saja yang tahu dan faham bahawa Anwar bukan pejuang reformasi yg sebenar.

Unknown berkata...

Tuan Martoiriat,

Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza. Ramai yang keliru sehingga perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiba-tiba bertukar menjadi perjuangan menegakkan Anwar dan kroninya.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi.

Namun sekalipun Yahudi itu terlepas, ini tidak bermakna Yahudi itu perlu disokong. Islam tidak menyokong Yahudi berkenaan tetapi melepaskannya kerana tiada saksi yang dpt ditampilkan oleh Saidina Ali sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali.

Perbuatan "salah tetap salah" sekalipun di dunia mungkin terlepas.

Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi.

Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali.

walahu'alam

Unknown berkata...

tambahan:

Jika kita membela "keadilan" untuk Anwar maka keadilan itulah yang tertegak.

Sebaliknya jika kita membela "Anwar" untuk keadilan, "Anwar"lah yang tertegak.

Sekali lagi GB kata, jangan keliru.

Jika perjuangan itu kerana Allah, maka yang pertama, iaitu perjuangkan keadilan untuk Anwar, itulah yang benar, bukan yang kedua.

Wallahu 'alam.

remy berkata...

tq GB. well said. thats the ultimate truth. none other.

Tanpa Nama berkata...

salam GB

saya bukan taksub denga DSAI tapi kalualah benar beliau tiada insaf atau muhasabah diri sebelum ini.

saya rasa selepas dia keluar dari penjara dia boleh blah dan tinggal keluar negara dan bersenang lenang dengan kemudahan dan rakan2 belaiau disana.

tapi oleh kerana memikirkan tentang kebobrokan parti pemerintah yang tidak mahu meningkatkan sistem keadilan ditempat yang sepatutnya maka jadilah seperti yang berlaku pada perbicaraan beliau pada kali ni. benda dokumentasi yang lazim dalam mana2 perbicaraan awam boleh diperolehi, tapi kali ini dah semacam dirancang apa yang peguam2 DSAI minta semuanya ditolak oleh hakim.

jadi apajua tindakan susulan peguambela beliau adalah untuk beliau menunjukan betapa teruknya dan rosaknya sistem kehakiman dan perbicaraan dalam mahkamah jika lebih2 lagi berlaku pada musuh politik parti pemerintah.

jadi sudah menjadi tanggunjawab saya sebagai rakyat terus memberi sokonga kepada pemimpin yang berani untuk membawa perubahan dan menentang arus ketidakadilan sistem
kehakiman dan dasar-dasar pentadbiran yang menindas rakyat.

cuma tuan2 carilah dalam pemimpin umno atau lain2 dalam komponen BN mana ada pemimpin yang pernah kena sebegitu teruk dianiaya oleh pemerintah dan sistem keadilan yang cacarmarba.

bagi saya DSAI pada diri dia mungkin dia berhak menentukan perjalanan PKR selepas PRU 12 yang mana PKR didiami oleh musuh2 dalam selimut dan mereka yang kurang jatidiri perjuangan yang telah mengkhianiti kepercayaan dan undi yang diberikan oleh rakyat.

oleh itu sekurang2nya buat seketika
PKR perlu diperbetulkan balik ke landasan yang betul kerana kini telah ramai ada pemimpin yang berkepentingan diri setelah melihat PKR berjaya memerintah beberapa negeri.

sekian terima kasih