22 Okt 2010

Pengakuan Dari Mulut Rozaliya Sendiri Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Dia banyak berubah'

KEMAMAN: Rozaliya Mat Lazim, 20, bakal pengantin yang mencetuskan kontroversi hingga mendapat liputan meluas media mengaku tindakannya melarikan diri ke Kuala Lumpur turut berpunca tindakan keluarganya yang enggan memenuhi permintaannya supaya memutuskan pertunangannya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan itu selepas hubungan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, sentiasa menghadapi masalah menyebabkannya hilang kepercayaan kepada lelaki berkenaan.

“Saya sudah tawar hati kerana sikapnya sudah banyak berubah dan tidak tahu menghargai diri saya, malah banyak tindakannya melukakan hati dan perasaan saya.

“Tindakan saya melarikan diri daripadanya kerana sudah tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan itu selepas permintaan saya untuk memutuskan pertunangan tidak dilayan keluarga sebelum ini.

“Saya rasa lebih baik saya berseorangan ketika ini daripada menanggung hati yang sentiasa terluka akibat sering berselisih faham dengan Helmi, malah hati saya sudah tertutup untuknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Cheneh Baru, di sini, semalam.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan sudah berbincang semula dengan keluarga dan mereka menerima keputusannya untuk memutuskan pertunangan.

“Keluarga saya meminta keluarga pihak lelaki datang ke rumah untuk memutuskan pertunangan ini dalam masa terdekat,” katanya.

Rozaliya mencetuskan kontroversi apabila didapati hilang selepas ditinggalkan tunangnya seketika selepas mereka membeli barang keperluan perkahwinan mereka di Kuantan, 13 Oktober lalu.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dikejutkan dengan SMS dihantar Rozaliya mengatakan dia diekori dua lelaki dan meminta tunangnya itu segera menjemputnya.

Mengulas kejadian itu, Rozaliya berkata, pada hari kejadian, Mohd Helmi menjemputnya ke Kuantan bagi membeli barangan keperluan perkahwinan mereka yang dijadualkan 12 November depan dan sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa berselisih faham dan bergaduh.

“Selepas membeli sebahagian keperluan, Helmi meninggalkan saya di depan sebuah pasar raya kerana dia mahu kembali ke pejabatnya kerana urusan kerja dan meminta saya menunggunya di situ. “Selepas itu, saya pergi ke sebuah bank berdekatan mengeluarkan wang bagi membuat bayaran tempahan set pelamin sebelum menyedari diekori dua lelaki.

“Selepas mengeluarkan RM1,500, saya melalui jalan belakang untuk menunggu Helmi di depan pasaraya berkenaan dan ketika nak memasukkan wang ke dalam beg tangan, tiba-tiba saya diragut dua lelaki berkenaan.

“Saya tergamam dan terkejut dengan kehilangan wang itu dan ketika itu terus mengambil jalan singkat meneruskan perjalanan ke terminal bas berhampiran.

“Ketika itu fikiran saya berkecamuk, buntu dan mengikut saja langkah kaki sebelum membeli tiket bas ke Kuala Lumpur dan turun di kawasan Bukit Bintang,” katanya.

Rozaliya berkata, sepanjang kehilangannya, dia sempat bekerja dua hari di sebuah kedai butik pakaian sekitar Bukit Bintang, tetapi kemudian berhenti kerja kerana bimbangkan keselamatannya yang pulang lewat malam.

“Selepas itu, saya bekerja pula di kedai serbaneka 24 jam di kawasan itu juga selama dua hari sebelum pengurus kedai memaklumkan kepada polis yang saya bekerja di situ,” katanya. Katanya, dia bersyukur kerana selamat pulang ke pangkuan keluarga dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

9 ulasan:

Awanama berkata...

mcm x lojik je cerita bdk ni....ada lg yg x abih cerita ni..mana dia tido semasa kt KL tu...dia blk mn? sbm ni x da plak cerita kena ragut?..ish...aa cerita lain di sebalik cerita ni.....Helmy...lps kan aje...org dh x nak..ramailg yg > baik...ada hikmah lah tu buat gadis ni dan jg Helmy...

Awanama berkata...

Mana ada bas express masuk KL lalu ikut bukit bintang...

Awanama berkata...

kawin n saya la...

Lim Penang berkata...

Anon 1104 lu mau kawin sama dia ka ? Haiyaa lu lkena langkah kepala wa dulu maa...Halim Penang

sb dehlawi berkata...

Memaang tak logik. lepas kena ragut terus pegi beli tiket bas. kenapa tak buat lopran polis? .helmy tak payah sedih apa2 ko ada kerja pegawai pulak tu. banyak lagi perempuan yg betul2 muslim ko boleh dapat.

zuraimi berkata...

aku rasa minah ni kena bayar ngan umngok supaya divert cerita perhimpunan agong umngok lah....

wakakakakak....

tapi pengajaran disebalik cerita ni...

kepada yg menganggur...oit banyak keja tu kat kl....apa lagi...

Awanama berkata...

zuraimi:

kalau setakat komen bodoh ko gi sembang kat kedai kopi je la... ko yg ngok nampaknye... terima kasih...

Awanama berkata...

cerita bodoh...
tipu satu malaysia..

Awanama berkata...

zuraimi...
apa kena mengena dgn umno... tk ada kena mengena dgn sesipapun...
wanita tu sendiri yg ngok...
menyusahkan rakyat malaysia