22 Okt 2010

UMNO Hanya Mampu Memfitnah, Geram PAS Letak Calon Wibawa,

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Ulasan GB

Kalau tak memfitnah, bukan UMNO namanya.

4 ulasan:

Awanama berkata...

sememangnya umno bee end dah kehabisan modal dan takut kalah di tangan pas... apa lagi cara.. kalau tidak dengan memfitnah... bagaimana pula dengan peribadi ketua puak2 umno yang sememangnya dah diketahui lebih teruk lagi? umno nie memang jenis yang tak tau takut dengan azab Allah....

Awanama berkata...

Calon wibawa apa kalau dah pernah kena tangkap khalwat....ini nama serambik taik.

Awanama berkata...

Assalammualaikum,

Usah Tuan Doktor gundah sangat dengar perkara ini, teruskan sahaja berkempen, berjuang untuk rakyat dan ke jalan Allah. Allah maha mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. Kalau nak ceritakan kesah mereka lagi tak sedap bunyinya. Dari atas sampailah ke bawahnya, dari kiri kekanan, yang kat depan sama aja dengan yang ada di belakang.

InsaAllah kita bersama Dr akan berjaya. Dr pun tahu kan, orang UMNO pun ramai dah tak sokong UMNO lagi. Islam UMNO dah ada 'fesensow Islamik-nya'. Oleh kerana dah terbantut otak pandainya, kalimat Muhammad pun tak kenal dan dah dibuat tutup dada dan paha. Teruk betul UMNO sekarang. masih tak faham-faham lagi!.

Wassalam.

Awanama berkata...

Bukan tak tau kot? BN memang itulah jatidirinya sejak dulu. Itu sebabnya ramai golongan muda dah tolak. Tunggulah disemadikan dalam PRU 13 nanti.