22 Okt 2010

Bantah Festival Busana: Mana Dia Ulamak Muda UMNO?

Festival busana: Mana dia ulama muda Umno

"Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.

Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

“Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.

"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut,” katanya.

Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai. -harakahdaily


Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) hari ini membatalkan rancangan mengadakan demontrasi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sebaliknya, ia memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Wilayah malam semalam, kata ketua penerangannya, Fadhil Osman. Sebelum ini, bantahan tersebut dirancang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik.

"Kita akan berbincang mengenai isu ini dengan Jakim. Setakat ini mereka (Jakim) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan (berhubung isu ini)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat malam tadi juga, kata Fadhil, bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

"Memorandum itu sudah siap. Kita akan menghantar surat memohon perkenan mengadap Seri Paduka untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Fadhil berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jakim dan Istana Negara petang ini.

Mengulas pendirian pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pihaknya tiada halangan asalkan isu berkenaan ditangani dengan berkesan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana mungkin mereka beranggapan masih ramai yang belum mengetahui isu tersebut.

“Nak tukar pendekatan hantar memo kepada Jakim dan Agong kerana merasakan isu ini masih ramai belum mengetahuinya dan mereka merasakan penyerahan memo itu lebih berkesan. Itu ok.

“Tidak mengapa dan saya setuju. Yang penting isu ini mesti ditangani secara berkesan,” kata Nasrudin dalam satu pesanan ringkas sms kepada Malaysiakini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat mengumumkan akan mengadakan bantahan secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam itu.

Nasrudin dilaporkan mendakwa tindakan Rosmah, selaku penganjur festival fesyen itu, sesuatu yang keterlaluan.

Di festival itu seorang model - yang tidak menutup aurat - telah memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya membatalkan perhimpunan hari ini kerana menerima tekanan, Fadhil berkata:

"Kita tidak menerima tekanan dari mana-mana pihak. Ia adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat malam tadi".

Katanya, pembatalan perhimpunan itu hanya di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja.

6 ulasan:

Awanama berkata...

Tak tau lagi? Ulamak muda tu dah tukar title jadi MUNAFIK MUDA la!!

Awanama berkata...

Kalau kita ingatkan kembali bagaimana Rosmah Mansor tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah menggunakan status 'First Lady' bagi pihak dirinya diperingkat antarabangsa walaupun status itu hanya dikhususkan pada pemasuri agong saja.

Mengapa pekara ini boleh berlaku..? Kenapa pihak protokol di JPM tidak menegur perbuatan salah ini...?

Kini sikap durjananya merebak kepada penghinaan maruah islam diperingkat antarabangsa.

Mengapa pihak JAKIM tidak bertindak menegur atau menunjukkan kepada Rosmah Mansor cara berpakaian dan berfesyen yang betul dalam islam...?

Semua pihak jadi bodoh, semua ahli UMNO Baru jadi bangang... melihat tingkah laku Rosmah Mansor tiada siapa yang berani menegur kesilapan dan kesalahannya.

Apa jua perbuatan salah yang dilakukan oleh Rosmah Mansor sama ada dalam kerajaan atau bersosial diperingkat antarabangsa adalah tanggongjawab UMNO Baru dan ahlinya.

Apabila tiada siapa yang berani berbunyi maka dengan sendirinya perangai Rosmah Mansor adalah mewakili perangai wanita UMNO, Puteri UMNO, isteri-isteri pemuda dan lelaki UMNO...

Apa guna cakap macam petir.. berdentum-dentum dalam dewan kononnya nak jaga maruah rakyat bangsa melayu tapi perbuatan salah seorang perempuan dan seorang isteri tak boleh nak kawal....?

Semua ahli UMNO Baru mesti dipersalahkan diatas kesalahan Rosmah Mansor.

Cakap tak serupa bikin.... masih nak sokong UMNO Baru ka...?

Awanama berkata...

report kat polis suruh mahkamah syariah adili kes.. atas dakwaan menghina kesucian agama islam...dgn peyebaran doktrin palsu....ketua agama DYMM Sultan tolong bertindak jika mahu rakyat terus menghormati sultan sebagai ketua agama islam dalam malaysia ni....

Non Penang berkata...

Berani sangat, nak bertindak sangat, buat la laporan kepada yang berkenaan, ni tak dok komen dalam blog je, wat mende ?

Awanama berkata...

Dakyah Yahudi sudah mula meresap di negara kita. Sekarang dah jelas salah satu protokol Yahudi dah berjaya meresap masuk ke institusi pemerintahan, iaitu melalui protokol "kebudayaan" iaitu melalui pertunjukan "fesyen" Islam. Kita harap orang Islam tidak mudah lupa mempertahankan kesucian agama kita, dek kerana mahu nama dan glamor maka kita dijadikan alat untuk menodai agama Islam. Jika kita tidak mengambil tindakan pembetulan, ianya akan menjadi ikutan generasi muda mudi sekarang. Mereka tidak tahu ianya (pertunjukan fesyen) tersebut tidak salah di sisi asas agama Islam. Kita pohon pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan membetulkan perbuatan yang merendahkan martabat Islam. Yahudi mempunyai banyak cara untuk melemahkan Islam seperti melalui ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pertubuhan sukarela/ngo, undang-undang, perjanjian dan sebagainya atas nama antarabangsa / atas nama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Ingatlah dan perhatikan protokol-protokol Yahudi tersebut yang menusuk masuk bagai jarum yang halus. Janganlah tindakan/kuat kuasa diambil berdasarkan darjat semata-mata, jangan jadi undang-undang sarang lelabah.

Cumi Manzui berkata...

MALAYSIA BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!

"MALAY"SIAL" BOLEH!