22 Okt 2010

MCA, MIC & PPP Bakal Terpinggir Bila UMNO Desak Serahkan Kerusi Yang Kalah

PRU-13: Komponen BN digesa serah kerusi kalah kepada Umno tanding

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Umno Negeri Sembilan membawa idea tegas hari ini dengan meminta Barisan Nasional (BN) mengkaji semula sistem kuota peruntukan kerusi — menggesa supaya parti-parti komponen perikatan menyerahkan kawasan-kawasan yang mereka kalah kepada Umno untuk wakili pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata, sebagai ganti komponen BN terbabit boleh dilantik sebagai senator dan diberikan kedudukan dalam Kabinet pusat ataupun negeri.

Beliau berkata BN tidak memperlihatkan prestasi baik disebabkan kekalahan teruk dialami oleh parti-parti komponen pada 8 Mac 2008.

“Sistem kuota (pembahagian kerusi) perlu ditukar, beri kepada Umno, kerana kita kalah besar ketika pilihan raya adalah kerana parti komponen yang kalah.

“Keputusan pilihan raya umum ke-12 (adalah) kerana ketidakkemampuan parti komponen lain.

“Calon komponen parti MCA (menang) tidak sampai 40 peratus, MCA juga begitu, begitu juga calon PPP.

“Saya mewakili Umno Negeri Sembilan mencadangkan agar kuota ini ditukar, beri peluang kepada MIC yang tidak bertanding, kita beri jawatan senator... begitu juga MCA dan PPP, beri mereka jawatan dalam Kabinet,” kata beliau pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010 di sini hari ini.

Pada 8 Mac 2008, BN dinafikan penguasaan kerusi majoriti di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Berbanding 198 kerusi Parlimen dikuasai pada 2004, BN hanya mempertahankan 140 kerusi dua tahun lalu. Bakinya dimenangi oleh pembangkang.

MCA, MIC, Gerakan dan PPP menyaksikan kekalahan teruk. Selain itu, lima negeri pula dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Di kalangan komponen BN di Semenanjung, Umno hanya memperoleh 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (dua) manakala PPP kalah di satu kerusi yang ditandinginya.

Jalaluddin menambah, Umno juga perlu memberi mandat kepada golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Umno perlu terus bertahan dan kita perlu pastikan bahawa parti ini terus kekal.

“Kita sudah tidak ada pilihan lain, perubahan perlu dilakukan segera. Ini penting untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat kepada kita,” kata beliau.

Jalaluddin juga mahu perang psikologi antara parti komponen ditamatkan serta-merta demi perpaduan kaum.

“Saya cadangkan perang psikologi antara parti komponen ditamatkan supaya perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan.

“Kalau tidak mahu dengar, mereka nak juga sama rata, depan belakang sama sahaja, kita letak garis panduan kepada mereka.

“Selama ini kita tidak pernah cakap pasal hak kaum lain tapi mereka cakap macam-macam tentang kita. Mereka jadikan perhimpunan mereka sebagai medan untuk bantai orang Melayu,” katanya.

Beliau juga mahu pemimpin parti komponen BN supaya tidak lagi mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

“Saya minta kepada pemimpin parti komponen supaya tidak lagi mempersoalkan hak orang Melayu kerana selama ini kita tidak pernah mempersoalkan hak mereka, katanya. -TMI

Ulasan GB

Egonya UMNO. Macamlah UMNO tak der yang kalah. Silap gaya MCA & MIC boleh balas balik ucapan perwakilan UMNO itu, serahkan kerusi yang UMNO kalah kepada MCA & MIC.

Sebenarnya pokok utama ialah seluruh BN itu telah ditolak oleh rakyat, tak kira apa parti pun bertanding. Tsnami akan terlaku untuk membersihkan negara dari pemerintah yang korup dan rasuah. Dan hampir hampir tsunami kedua ini lebih besar daripada yang berlaku sebelumnya.

Jika Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 mampu meruntuhkan kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor, tsunami yang akan datang ini bakal melipuuti seluruh negara sehingga Putrajaya pun akan bertukar-tangan. Najib menghidunya lantaran itu terpaksa bertempik menyatakan... 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa...'

Kali ini, penjajahan UMNO di atas buminya sendiri, ke atas rakyatnya sendiri bakal ditamatkan oleh rakyat yang berpakat menegakkan kebenaran dan keadilan sejagat.

6 ulasan:

Awanama berkata...

bukan setakat kerusi kalah, serah semua kepada UMNO lagi baik...senang pakatan nak perintah

Awanama berkata...

UMNO rasa boleh menng semua kerusi tanpa parti komponen?

Waris berkata...

Berita baik ni

John labu berkata...

kalau ya macam tuuu ...sah PRU 13 ni Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia....

Awanama berkata...

UMNO masih berangan-angan dan masih tidak mahu mengaku akan kesilapan diri. Analisa politiknya masih mahu menyembunyikan kebenaran. Itu boleh dijadikan kekuatan kita untuk terus mengalahkan mereka. Kekalahan BN itu adalah disebabkan oleh keangkuhan, kerakusan, kebejatan dan kebodohan hampir semua pemimpin mereka. Jangan mahu kau mengikutinya. Di PRU-12 raykat memilih parti apa sahaja asalkan pembangkang kerana kebencian mereka kepada pemimpin BN, bukan semata-mata atas kekuatan kamu PR. Kamu lemah ketika itu.

Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini di bawah PR yang terbukti dengan kepimpinan yang telus dan bermaruah. Jika dulunya rakyat hanya mahu mencuba kini telah jatuh cinta dan akan tetap menyokong lagi. Ayuh Johor, ayuh rakyat Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Sarawak dan Perak. Di PRU~13 nanti dekatilah kami. Nanti akan kamu rasai manisnya.

Wahai pemimpin PR inilah masanya untuk memperkuatkan persepakatan dalam parti dan dalam ikatan. Renungilah kemenangan kamu dan pelajarilah kekalahan BN di PRU-12 dahulu sebagai petunjuk. Jangan biarkan rakyat jelek dengan caramu. Jika berlaku tidak mudah untuk dipujuk lagi,apa yang dilaungkan itulah rakyat harapkan. Buang sahaja pemimoin yang tiada pendirian, nyahkan mereka sebelum sempat meloncat.

Mari kita pelajari kejayaan Singapura ?. Walaupun kecil, mereka penuh ketegasan dan beramanah. Negaranya, pemimpinnya, dasarnya, cara-kerjanya dan rakyatnya.
Mereka benar-benar berjaya. Namanya harum serata dunia, bukan kerana bangunannya setinggi langit, tapi dasarnya mahu dijadikan ikutan.

Awanama berkata...

rakyat singapura juga boleh dicontohi kerana kerajinan mereke dalam bekerja... bukan mcm rakyat umno bee end yang mahu mendapatkan duit dengan mudah.. tak payah kerja susah payah.. cuma jadi pencacai umno dapatlah duit ribu2, tapi itu untuk yang suka jadi pencacai... tapi yang hanya dapat 5 tahun sekalipun rm50.00 tu dah rasa banyak sangat. INI LAH PELUANG PAKATAN RAKYAT ... TURUN PADANG DAN BERMULALAH DARI SEKARANG.. JGN JADI MCM UMNO BEE END MASA NAK PILIHANRAYA AJE NAMPAK MUKA...