22 Okt 2010

Apabila Speaker Berkata Bukan Bidang Kuasanya Halang Kain Rentang UMNO Di Parlimen

Speaker perlu tetapkan pendirian: PR

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak Speaker Dewan Rakyat menetapkan pendirian untuk membenarkan penggantungan sepanduk parti politik di bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membangkitkan perkara itu di dalam dewan pada Isnin lalu mempertikai tindakan menggantung sepanduk oleh UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO dan mahu semua parti diberi peluang sama.

Namun Speaker, Tan Sri Amin Mulia berkata, perkara itu tidak ada kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke Dewan Rakyat.

Menurut Speaker, perkara kain rentang itu bukan bidang kuasanya, tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, tujuan mereka mereka menggantung sepanduk Pakatan Rakyat bagi mengetahui pendirian pentadbiran Parlimen mengenai perkara itu.

“Selepas saya buat protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkara sama.

“Kita nak tahu apa pendirian Speaker atau pentadbiran Parlimen,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Tambah Teresa, tiada asas membolehkan UMNO menggantung sepanduk kerana berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan di Parlimen.

Teresa turut mempersoalkan kewajaran pemasangan sepanduk UMNO di Parlimen walaupun program berlangsung di PWTC. -SH

Ulasan GB

Sekarang ini, zaman di mana pemimpin-pemimpin UMNO BN sentiasa mengelak dengan memberikan jawapan streotaip iaitu "tidak ada kuasa" atau "di luar bidangkuasa" apabila merasa diri mereka diasak untuk mengambil tindakan yang sewajar terhadap beberapa kes salahlaku.

Pandikar Amin Mulia Speaker pada hari semalam menyatakan beliau tidak ada kuasa untuk menyekat kain rentang "Perhimpunan UMNO" digantung di bangunan Parlimen.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sendiri selaku TPM dan Menteri Pelajaran membuat dakwaan serupa dengan menyatakan menteri tak ada kuasa nak pecat pengetua rasis.

Benar, sungguh benar - pemimpin-pemimpin UMNO BN sudah mula kepupusan kuasanya. Dan selepas ini perkataan-perkataan mereka akan dijadikan hal yang benar bahawa UMNO BN sebenarnya hilang kuasanya memerintah di negara ini juga.

Sabda Rasulullah : ”Kullu kalam addu’a, setiap perkataan itu adalah merupakan do’a”

4 ulasan:

Awanama berkata...

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah cabutkan kuasa UMNO/BN dan digantikan kepada PR berkuasa dan memerintah Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri-negeri secepat mungkin atau setidaknya menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti... InsyaAllah.

Waris berkata...

Ini namanya speaker cap ayam...

Awanama berkata...

memanglah bukan bidangkuasa speaker...tapi bidangkuasa DBKL...Tak pulak DBKL saman UNMO pasang iklan banner haram...kot kot tak ada lesen pun...kalau orang lain pasang...cepat je turun / kena saman...

Awanama berkata...

Itulah denial syndrome.... tak boleh nak jawab sebab kena batang hidung.... dia nafi je la..

Bagus jugak DAP pasang bunting kat sebelahnya.... yang lain-lain pun taruk la banyak-banyak banner/bunting/bendera ...