22 Okt 2010

Himpun Di Masjid Hari Ini Bantah Tindakan Rosmah Hina Syariat Islam

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, hari ini.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.


MEMO TAUBAT BUAT ROSMAH


1. Astaghfirullah.... satu tindakan yang cukup memalukan. jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam. lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian.

4. Jika bukan niat menghina Islam. tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu. sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya. sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman. supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya. bapanya. bapa suaminya. anaknya. anak suaminya. saudaranya. anak saudaranya yang lelaki. anak saudaranya yang perempuan. perempuan muslimah. hamba sahayanya. orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan. atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan. ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini. Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt. apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri. Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami. iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini.

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur.

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki. tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas.

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin. Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini. kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru. bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya. Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri.

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini. Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu. sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung.

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat. muda. kaya dan berharta. namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua. Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua.

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah. Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama. janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran Islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah.

Kedua. melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri. setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ]. mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain. Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama. negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan.

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu. Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan. Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat. bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap.

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini. saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya. Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt.

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji. Percayalah. kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi.

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku.

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


9 ulasan:

Modern Talking berkata...

Mufti perak? Mais? Ketua Agama ISlam tak bersuara ke.. tak kan tgk je.. UMNO Pulau Penang YG ISlamic konon tuduh duit bantuan dari sumber judi?

Tanpa Nama berkata...

buat rosmah
kita doakan yang terbaik untuk dia
buat najib
macam mana jadi ketua negara...ni
ketua rumahtanga pun tak terjaga

sebagai ketua rumahtangga
jawab di sana nanti....

anon berkata...

Woii,mana pegi yb zul?....

makmum terlena berkata...

Mesjid-mesjid seluruh Wilayah Persekutuan,lagi teruk.Khutbah Jumaat hari ni menyokong Belanjawan Najib.Teks khutbah disediakan oleh JAWI dan munkin atas arahan Najib sebab ramai rakyat tak menyokong Belanjawan yang diumumkan.Adakah ini caranya UMNO melarang mesjid digunakan untuk tujuan politik? Maaf,terlupa, UMNO boleh tapi orang lain tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN kini telah dikuasai oleh golongan munafik termasuk para katak, ulamak, sebilangan mufti, ulamak dan para cendikiawan yang sering menyalahkan puak-puak pembangkang saja!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja di dada di bahagian celah itu pun ada satu, memang laknatullah mereka ini. Bodoh sangat ke roosthmah ni dalam ilmu Islam, aurat perempuan pun dia tak tahu ?.

Tanpa Nama berkata...

kalau tk ada sesiapa yg berani nk menegur tingkahlaku rosmah tu...
PRU 13 jgn menangis tk berlagu wahai najib...
segala komen perlu diambil kira kalau nk memerintah malaysia lg lama...

tegur rosmah kena pecat... siapa berani nk kena pecat...

Tanpa Nama berkata...

Mana Harus tak Sani ( Mufti bisu ), Mana Jamil Khir ( Mahu jawatan ), kesian emak engkau mengandungkan ! Mana anti judi Penang ? Itulah manusia akhir zaman, bercakap berapi-api bila menguntungjan diri sundiri. Saya sokong ketiga-tiga tokoh tongong ni... jawatan beb !

ayus je berkata...

Nak bagitau kat ustaz Umno. Apa punya BODOH penaung tu sampai tak amik tau langsung program yang bakal dinaunginya. Kau tu isteri PM, isteri sebuah negara ISLAM, kenalah PEKA sikit, bukan PEKAK. Tak kan senang-senang je nak kata, aku PENAUNG je, tanyalah PENGANJUR, AKU tak tau apa-apa. MESEJ BUAT USTAZ UMNO - KAMI BUKAN RAKYAT YANG BODOH MACAM KORANG.