14 Sep 2010

MB Selangor Kunjungi Keluarga Sosilawati

Presiden KEADILAN, MB Selangor Ziarah Keluarga Sosilawati

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid menganggap Sosilawati seorang usahawan wanita yang gigih dan berjaya dan kehilangan beliau amat dirasai terutamanya oleh ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki yang hilang sejak 30 Ogos dibunuh sebelum mayat mereka dibakar disebuah ladang ternakan di Telok Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib pada tengah malam Sabtu lalu.

Jutawan kosmetik yang merupakan pengasas Nouvelle Visages hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual tanah. -SK


MB Selangor: Sosilawati Usahawan Berjaya, Disegani

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu lain, merupakan usahawan berjaya dan disegani, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Sosilawati, yang juga ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor, mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam bidang perniagaan.

Abdul Khalid berharap agar penyiasatan terhadap kes itu dapat dilakukan segera untuk mententeramkan kembali keadaan.

“Saya yakin pihak polis telah menjalankan kerja dengan sebaiknya dan setakat ini pun mereka telah menunjukkan kecekapan dalam mencari maklumat berikutan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat ahli keluarga Sosilawati di Gombak dekat sini hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau sempat menemui mangsa semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dua hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat. – Bernama





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana pemimpin PAS?
Tidur lagi?
Baguslah camtu.

Tanpa Nama berkata...

kan mrk awal2 dh ucap takziah....cuma aku nk tanya...nape hanya sossilawati je jd perhatian..3 lg yg mati...yg tu kena g jumpa warisnya..mrkgol sederhana..perlukan bantuan...pusat zakat selangor...sila jumpa waris....
apa pun..biar polis siasat dulu..kita tunggu dan lihat samada kes ni akan d spt altantuya ataupun tidak...setakat ni PM x kata apa2 lg pasal kes ni...

Tanpa Nama berkata...

Kalau pemimpin PAS lain saya x tahulah. Tapi jika Hadi Awang dan Nasharuddin, jika tak diberitahu suruh datang mereka x datang.

Kedua-dua tu lansung tak der hati perut. Lansung x layak jadi pemimpin.

Tak tahulah admin nak siarkan atau tidak komen saya ni.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Anon 9:11,

Bertenang Tuan. Ini bulan Syawal, Aidilfitri. Bulan kita sesama Islam bermaaf-maafan. Kita tidak boleh expect semua orang akan react ikut kemahuan kita. Tetapi jangan la sampai dikatakan dua pemimpin tertinggi parti itu takde hati perut. Bertenang. Ingat pada Allah.

Saya sangat bersetuju dengan Tuan Anon 12:53, kalau boleh GB tolong mulakan kutipan derma untuk keluarga tiga lagi mangsa. Mereka orang biasa mcm kita dan ketua untuk keluarga masing-masing. Bila mereka telah tiada, keluarga hilang tempat bergantung. Inilah yang perlu kita bantu sebagai saudara sesama Islam.

Hentikan spekulasi. Walau macam mana hebat pun kita membuat spekulasi, akan ada kebenaran yang diselindungkan. Daripada membuat pelbagai spekulasi dan luahan rasa tak puas hati, eloklah kita mendoakan semoga roh keempat-empat mangsa pembunuhan ini dirahmati oleh Allah.

Kenapa sekarang kita berusaha menjatuhkan parti kita sendiri? Adakah ini cara yang baik untuk menyedarkan pemimpin? Adakah orang luar akan memberikan sokongan kepada PAS jika kita terang-terangan menunjukkan pertelingkahan dalam parti? Kita perlu rasional.

wak_jempol berkata...

Aku pon sependapat dengan anon 9:11

Masalahnya kini pemimpin PAS dah byk lupa daratan. Dulu sebelum jadi YB, masing-masing paling cepat bertindak di dalam isu rakyat, tetapi bila menang masing-masing dah macam kaduk naik junjung. Sombong dan tak mahu lagi bersama rakyat.

Diburukkan pula dengan adanya penyokong dan pengampu luar batasan sampai nak tegur pemimpin pon dah tak boleh. Kena guna saluran, kata mereka. Tapi kalau tegur BN kita boleh pula tegur lantang secara terbuka.

Zaman Umar r.a., org boleh tegur pakai pedang kat leher Umar. Umar orait jer.

PAS akan tumbang sebab pengampu yang tak berilmu dan tak berakal.

PAS akan tumbang selagi pemimpin tak sedar lagi.

PAS akan tumbang jika pandangan dan teguran ikhlas dan jujur ahli-ahli tidak dipedulikan.

Tanpa Nama berkata...

salam alaik dan salam idulfitri
kita hendaklah buang perasaan buruk sangka dan amalkan perasaan baik sangka. mana kita tahu ada setengah2 pemimpin PAS yang telah perfi zizrah tapi tidak mahu hebohkan.....ataupun mereka lebih mendoakan arwah-arwah tersebut selepas solat mereka...mana kita tahu!!!!!

Tanpa Nama berkata...

anon 12:18

bersangka baik tu biarler berpada-pada.

anda gunakan ayat : mana kita tahu

kan ke bangang namanya tu.

kalau begitu baik disebut
sosilawati tak dibunuh, cuma tergelincir kat sungai.. mana kita tahu..