14 Sep 2010

Kes Sosilawati: Pemimpin UMNO BN Jadi Sang Bisu

Muhyiddin Kutuk Pembunuhan Kejam Sosilawati Dan Tiga Lagi Individu

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengutuk perbuatan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya and tiga individu lain.

Terkejut dengan kes pembunuhan empat individu itu di bulan Syawal yang mulia ini, Muhyiddin dalam satu kenyataannya hari ini berkata: "Tiada insan yang berfikiran waras akan bertindak sedemikian".

Muhyiddin turut menyampaikan salam takziah kepada anggota keluarga Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, Ahmad Kamil Karim dan Noorhisham Mohammad berikutan kehilangan orang tersayang dan berharap kaum keluarga terbabit tabah menghadapi tragedi itu.

"Saya berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Amin," katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat.

Muhyiddin berkeyakinan pihak berkuasa akan memastikan pembunuh terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya meminta kerjasama semua untuk bertenang dan menghulurkan bantuan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kes tersebut kepada pihak berkuasa agar ia dapat diselesaikan dengan segera," katanya. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sudah beberapa hari berlalu, baru muncul suara TPM, Tan Sri Muhyiddin mengutuk pembunuhan kejam Sosilawati dan mengucapkan takziahnya, mungkin terlupa, mungkin terlalu kenyang makan ketupat, mungkin rasa ia tak penting dan seribu satu macam mungkin lagi.

Sementara PM sendiri, Datuk Seri Najib dan lain-lain anggota kabinet serta pemimpin UMNO BN lain kecuali Murugiah dan Mashitah, menjadi sang-sang bisu yang kehilangan kata-kata dan lansung tak peduli nasib keluarga mangsa.

Mungkin masing-masing menunggu dan melihat, khuatir untuk memberikan komen dan pendapat yang takut bersalahan dengan pemimpin atasan atau lebih-lebi menyatakan ia masih di dalam siasatan polis.

Sementara di pihak polis pula, kes pembunuhan ini saja diletupkan bertepatan hari dimana Musa Hassan bersara. Musa tahu tindakannya itu tidak disenangi oleh beberapa orang kenamaan, tetapi itu saja secebis jasa yang dapat dilakukan di hari terakhirnya setelah sekalian banyak noda dan dosa kepada rakyat dilakukan semasa menjawat jawatan KPN tersebut.

Beginilah mentaliti menteri dan pemimpin yang ada di dalam negara. Yang lansung tidak perihatin terhadap nasib rakyat.

3 ulasan:

Panglima7 berkata...

Salam Tuan .
Mohon linkkan blog hamba di dalam blog tuan. Hamba juga akan linkkan blog tuan dalam blog hamba nanti. Thanks. Sila maklumkan pada hamba jika sudah dilinkkan Terima kasih tuan.

Tanpa Nama berkata...

rakyat dah puas kutuk, pemimpin BN terlewat, jenayah berleluasa perlu ganti kerajaaan baru, kerana kesan kegagalan pemerintahan BN, begitu juga kes buang anak

Tanpa Nama berkata...

adakah hubungan baik penjenayah dengan kenamaan yang disebut dalam akhbar melibatkan pemimpin negara?