14 Sep 2010

Gambar Terkini Suspek Pembunuh Sosilawati. Pakar Forensik Didatang Khas Ke Lokasi.

Pakar forensik didatang khas ke lokasi pembunuhan Sosilawati

Gambar: Wajah terkini suspek utama itu(Pathmanaban) diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke pejabat beliau di Jalan Kemboja bagi membantu siasatan di sini, hari ini. -foto BERNAMA

Sepasukan anggota unit forensik yang terdiri daripada pelbagai pakar telah didatangkan khas ke Ladang Gadong, dekat sini, bagi mengumpul bukti pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain.

Seramai 32 orang anggota terbabit telah memasuki kawasan ladang berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak terbabit termasuk polis.

Difahamkan beberapa penemuan terbaru di lokasi berkenaan, tetapi tidak diketahui sama ada ia mempunyai kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmetik itu, atau membabitkan kes lain.

Sementara itu, suspek utama kes berkenaaan dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan kira-kira jam 2.15 petang.

Ia dipercayai bagi membantu siasatan di ladang yang menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat mangsa.

Suspek yang dikawal ketat dilihat keluar dari kawasan ladang dengan menaiki kereta Proton Waja warna kelabu kira-kira jam 2.55 petang.

Wakil media juga telah dimaklumkan dua lagi suspek telah dibawa ke Sungai Kanchong Laut, lokasi yang dipercayai menjadi tempat bahan bukti dan milik mangsa dibuang.

Unit Marin dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di sungai itu sejak 12 tengah hari untuk menyelam bagi mengesan barang berkenaan.

Jalan utama iaitu Jalan Tanjong Sepat berhampiran sungai itu ibarat pesta selain media, orang ramai turut berada di kawasan itu bagi mengetahui perkembang terkini.





2 ulasan:

adf55650 berkata...

Munkinkah Pakar Forensik Dr. Phornthip akan dipanggil?

Awanama berkata...

nape muka adiknya takk masuk paper? nak gak kenal. mana tau kot nanti adiknya bebas boleh lah jugak berjaga2,..harap tak ada kambing hitam dalam kes ini...