8 Mac 2010

Tuan Ibrahim Buat U-Turn, Dah Tak Terima Zulkifli

Hari ini beberapa jam selepas membuat kenyataan bahawa PAS Sedia Terima Zulkifli seperti tersiar di dalam akhbar MSTAR semalam, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pusing tajam U menafikan apa yang dinyatakan semalam. Tidak pula beliau menafikan akhbar itu tersalah lapor, hanya dikatakan beliau tidak bermaksud demikian.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam telah mendapat kritikan pedas dari pelbagai pihak dan hanya disokong oleh sekumpulan kecil yang sebelum ini dikenali taksub UG (biasanya mereka akan menyatakan UG dah tak ada lagi), malah ada yang mendesk agar Tuan Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Tuan Ibrahim tersebut.

Menurut Mahfuz, keterbukaan Tuan Ibrahim mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

Menurut Mahfuz lagi, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.

GB telah membuat ulasan ini:


Ulasan GB

"Hakim" yang memutuskan menggantung keahlian Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba membuat kenyataan PAS bersedia menerima YB Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR.

Kenyataan Tuan Ibrahim mendahulu sekalian pimpinan PAS yang lain dan kenyataan itu dilihat tidak menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecat Zulkifli Noordin sebelum ini.

Zulkifli dipecat kerana membuat laporan polis terhadap MP PAS, Khalid Samad, tiba-tiba PAS pula ingin menyabut Zulkifli Noordin kedalam partinya.

Ketara sangat bebalnya PAS dan busuk hati Tuan Ibrahim ini terhadap Khalid Samad. Itu sebab mengapa Khalid dikenakan tindakan gantung keahlian sedangkan Hassan Ali hanya diberikan amaran sekalipun kesalahan Hassan Ali jauh lebih besar dari Khalid.

Jika dibuat pungutan suara di kalangan semua ahli PAS, GB amat percaya majoriti ahli PAS tidak akan dapat menerima Zulkifli.

Tuan Ibrahim perlu dikenakan tindakan!


Hari ini harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim menyatakan PAS memang mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian parti namun tidak bermaksud akan menerima Zulkifli Nordin jika beliau membuat permohonan untuk menjadi ahli.

Beliau menambah lagi, jika PAS menerima bulat-bulat bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, samalah seperti melukakan hati kedua-dua rakan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

"Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).

"Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.

"PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan akan memelihara setiakawan dan perasan rakan dalam Pakatan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai membuat pembetulan ke atas laporan portal berita Mstar online semalam yang bertajuk 'PAS sedia terima Zulkifli'.

Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata, PAS sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam parti itu dan sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk Zulkifli.

Beliau menafikan perkara itu sebaliknya menjelaskan, beliau membuat kenyataan itu dalam konteks prosedur umum parti iaitu jika sesiapa membuat permohonan untuk menjadi ahli, ianya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Dalam konteks kenyataan umum berkaitan keahlian, prosedur parti (adalah) sesiapa yang mohon (untuk) menjadi ahli kita akan bawa ke mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dinilai dan dipertimbangkan.

"Itu prinsip umum dalam parti. Bukan saya buat kenyataan PAS akan terima Zulkifli," jelasnya.

Tegas beliau juga, PAS lebih rela kehilangan satu kerusi Pakatan rakyat di parlimen daripada menerima individu yang sering menimbulkan masalah dalam Pakatan rakyat.

"Walaupun mungkin pemecatan Zulkifli ini menyebabkan kita hilang satu kerusi parlimen, tapi kita lebih rela hilang kerusi parlimen daripada merosakkan hubungan dalam Pakatan yang akan menjejaskan sokongan rakyat," tegasnya.

Beliau turut menyeru agar semua ahli Pakatan Rakyat bertanggungjawab dalam menjaga nama baik parti dan tidak menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan pandangan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Dalam Pakatan Rakyat sudah dibentuk satu jawatankuasa tatatertib yang dipengerusikan R. Sivarasa dan saya salah seorang ahli. Saya menyeru semua ahli Pakatan supaya isu-isu yang melibatkan imej dan nama baik Pakatan dan pandangan baik masyarakat terhadap kita sekarang dapat ditingkatkan supaya kita mampu membina keyakinan rakyat terhadap kita dalam pilihanraya ke 13 nanti," katanya.

Ujarnya, jika Zulkifli memohon untuk menjadi ahli PAS, parti itu harus terlebih dahulu melihat kepada latar belakang Zulkifli.

"Kalau Zulkifli hantar borang permohonan, kita akan bawa ke mesyurat tapi saya yakin pada tahap ini, PAS tidak akan menerima beliau.

"Beliau pernah memegang jawatan dalam PAS dan kemudian keluar PAS, masuk PKR. Dan sekarang buat masalah dalam PKR pula. Jadi saya fikir PAS harus melihat latar belakang beliau ini," katanya.



Ulasan GB

Ada seorang hamba Allah menamakan dirinya Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt- membuat komentar kononnya mereka yang menentang kemasukan YB Zul sebagai paranoia.


rasanya ada orang yang paranoia dgn kemungkinan YB Zul masuk PAS. Paranaoia selamanya dari dulu hampai sekarang tak berubah mampu bawa rebah.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt


Sekarang TITM pun paranoia jugak kah?

16 ulasan:

matkambing berkata...

pemimpin otak kambing!

Tanpa Nama berkata...

Silap buat statement terusssss kena maki. So orang ni boleh dikaitkan dengan UG.

Kalau nak kira TGNA banyak kali buat silap statement. Tetapi tak ada pula orang terburu-buru nak mengecam dia.

Kalau mengikut keterangan oleh HarusSanaSini pada dasarnya TGNA setuju kerjasama dengan UMNO. Tetapi dia lepaskan pada TGHH dan TGHH lepaskan pada Ust. Ahmad Awang. Siapa jantan...Budaya umno dah banyak meresap dalam PAS. Kena menyokong orang yang popular kalau tidak mahu ditenggelam zaman.

Tanpa Nama berkata...

Bukan patut kena maki jer, kena sepak terus keluar dari parti.

Mana dan bila masa TGNA buat statement silap?

Yang ada ialah media putarbelitkan statement yang TGNA keluarkan.

Yang TITM lain, dia buat statement dia sendiri buat U-Turn.

Berbeza.

Dasar puak UG tak sedar diri, masih membela kebatilan.

Poooorah de...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin PAS pahang, terengganu dan selangor memang berfikiran sempit

Tanpa Nama berkata...

singkirkan UG, barua UMNO dalam PAS

Tanpa Nama berkata...

pemilihan PAS akan datang, pemimpin2 UG PASTI tersungkur dan pengikut dan pencacainya pasti dikuburkan.

Allah tetap kana selamatkan partiNya dari pengkhianat2 ini.

Srikandi berkata...

Kita tunggu TGNA punya statement pulak. Klu dia senada dgn TITM, kita tengok puak2 ni sanggup maki ke tidak. TGNA pun dah kohor2 faham maksud TGHA.

Tanpa Nama berkata...

boleh jalanlah pemimpin2 UG.... TGNA takkan begitu.

Tanpa Nama berkata...

Terdengar bisikan katak-katak ketika memancing.

Katak tanduk: 'Kita dah dapat seekor katak merah betina. Bila yang lain nak ikut berngawan sekali dengan kita?'

Katak puru: Yang lain tak minat tapi banyak ekor anak-anak katak biru muda dah lompat dan tengah melompat-lompat ke kita'

Katak tanduk:'bila agaknya kita nak ajak sama anak katak daun?

Katak Puru: Tak payah ajak anak-anak katak daun. kita ajak dua tiga ekor bapok katak daun dah cukup, yang lain kena ikut sama.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah kecoh kecoh....GB amik statemnt TITM pun dari dalm MSTAR, dah tentu puak ni putar belitkan kenyataan...cuba tanya TITM sendiri apa yg sebenar di beritahu pd wartawan mstar tuh. barulah kita tahu citer sebenar.Dah tutup kes benda2 UG ni, tak payah la panjang-panjangkan lagi....apa yg tak pueh ati lagi?? benda dah lepas....jangan lah jadi macam puak syiah yg tak pueh ati muawiyah jd khalifah, yg sampai sekarang duk bincang lagi, pehtu kutuk, maki lagi....muawiyah tuh...sudah lar...

Unknown berkata...

Anon 8.42

Sekalipun saya mengambil statement dari MSTAR, TITM TIDAK MENAFIKAN laporan MSTAR itu, beliau sekadar menyatakan orang salahfaham terhadap laporan itu, beliau TIDAK menyatakan laporan itu salah.

Tanpa Nama berkata...

GB...apa beza "salah faham" dan "laporan itu salah" errmmm..

Unknown berkata...

Tak perlu berhujjah dengan ilmu mantiq.

Benda dah jelas diantara "salah faham" dan "laporan itu salah"

Salah faham berkait dengan persepsi. Perspektif berbeza melahirkan "faham" yang berbeza.

"Laporan salah" bererti laporan itu sememangnya tak ada kebenaran seperti "dunia itu leper".

TITM tidak menafikan kenyataan awalnya, hanya menyatakan orang salah faham. Bereri beliau tidak menafikan bahawa beliau ada membuat kenyaatn "PAS Sedia Terima Zulkifli", tetapi menyatakan orang salah faham terhadap laporan itu, hanya sebagai satu justifikasi untuk meletakkan dirinya supaya orang mempercayainya bahawa beliau seolah-olah tidak membuat kenyataan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak nampak kesalahan pada statement TITM. Yg aku nampak kemungkinan salah sangka drp team2 anti UG. Nasihat aku sebelum membuat komen pd statement TITM eloklah meminta penjelasan drp beliau terlebih dahulu. Jgn main hentam sajer..

malikstaffa berkata...

mmg patut TITM dihentam. apa plak awal2 buat kenyataan. yg atas2 lom buka mulut dia pandai2 kata "pas sedia terima zul". ingat pas bapak dia punya!

Tanpa Nama berkata...

malik..

ayat ko tak habis....
Apa salahyer PAS sedia terima Zul sekiranya dia ikhlas dgn perjuangan PAS. Itu pun kalau PAS terima Zul. TITM tak kata yg PAS sudah terima Zul. Ko jgnler berperasangka buruk sesama Islam. Lain yg dikata lain pulak yg ko terjemahkan.