1 Mac 2012

Katadua Kepada Ir Amiruddin, Tindakan Phahrolrazi Dukacitakan Semua Pihak [updated]

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu. -SH

Ulasan GB

SEKIRANYA BERITA DI ATAS BENAR, ia adalah episod malang di dalam sejarah PAS khususnya PAS Kedah.

Setelah gagal "menghasut" exco-exco lain untuk memboikot penerimaan jawatan exco, Phahrolrazi kini menggunakan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menghalang Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan tersebut daripada menerima perlantikan exco bagi negeri Kedah.

Keputusan tersebut adalah ultra vires, kerana tiada di dalam peruntukan mana-mana fasal di dalam Perlembagaan PAS bahawa Jawatankuasa PAS Kawasan boleh bertindak menghalang seseorang dari dilantik apa-apa jawatan di dalam Kerajaan negeri. Keputusan Jawatankuasa Kawasan itu perlu dianggap null and void.

Ternyata walaupun seorang jurutera, Phahrolrazi adalah seorang yang buta undang-undang demi meneruskan agenda busuk untuk terus mengeruhkan lagi keadaan yang melanda PAS Kedah.

Sekaligus ia merupakaan penghinaan kepada missi PAS Pusat yang telah mengamanahkan Naib Presiden, Tn Hj Salehuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut perlantikan exco PAS Kedah yang kini telah pun siap dengan formula untuk dibentang kepada PAS Pusat.

Sepatutnya pihak PAS Kuala Kedah khususnya Phahrolrazi bersikap redha dan akur dengan perlantikan MB Kedah yang telah melantik Datuk Ir Amiruddin kerana ia adalah hak prerogatif seorang Menteri Besar.

Tetapi malangnya untuk meneruskan agenda pertama mereka yang tidak kesampaian, mereka beralih untuk memberikan tekanan kepada pihak lain supaya tujuan mereka "mengguling" MB Kedah yang sedia ada untuk menobatkan Phahrolrazi itu tercapai. Hanya seorang yang mengikutinya, Dr.Ismail Salleh, sementara yang lain tidak.

Tindakan Phahrolrazi dan Jawatankuasa PAS Kuala Kedah itu telah menambahkan peluru kepada pihak musuh yang terdiri dari media massa arus perdana untuk mengkucar-kacirkan PAS Kedah seperti di bawah:

MB Kedah terus tertekan

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan dalaman apabila PAS Kawasan Kuala Kedah mendesak Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Amiruddin Hamzah yang baru dilantik semula kelmarin supaya melepaskan jawatan EXCO. -petikan Berita Harian


Nampaknya apa yang GB katakan sebelum ini adalah BENAR bahawa Phahrolrazi mahu menjadi Mahu Jadi Hassan Ali Klon.

GB sudah menasihatkan sebelum ini supaya Phahrolrazi bersikap tawadhu dan merendah diri tetapi ia tidak dihiraukan.

Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak!

GB telah suarakan sebelum ini: BERTAUBATLAH! Kembali ke dalam saf dengan merendahkan diri bersama-sama dengan mereka yang merendah diri, bukan dengan "syarat" bahawa pendapat kamu mesti diterima. Itu bukan tawadhu namanya. Di depan Allah, lucutkan dahulu PhD kamu seperti Nabi Musa disuruh menanggalkan kasutnya semasa berada di lembah thuwa!


Kita perlu mengutamakan kemaslahatan parti dari individu. Namun ianya tidak difahami dan dilakukan oleh Phahrolrazi.

bak kata seorang pengkomen di dalam komentar yang diberikan di dalam satu posting yang lalu:

Anonymous said

....phahrolrazi and the gang perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan jika PAS tumbang di Kedah kerana tidak berhati-hati dan tidak bersabar.


Berdoalah kita sama-sama:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah kami yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah kami secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) kami secara keluar yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




34 ulasan:

Awanama berkata...

Aiik! takkan agenda peribadi mendului agenda jamaah?

Awanama berkata...

Nampaknya PARASIT sekor ni cuba mempengaruhi rakan2 dlm Jamaah.
Nampaknya beliau bukan berundur dgn rela hati.
Nampaknya beliau memang GILA KUASA.
Beliau menggunakan kuasa dgn MENGUGUT ahli2 yang tidak menyokong beliau.

Apakah taraf PEMIMPIN macam ni. Mahukan kuasa dan menggunakan kuasa utk kepentingan diri.

Harap PAS Pusat dapat mengambil tindakkan tegas keatas sekor lagi PARASIT yang cuba menghancurkan PAS.

Nampaknya PARASIT sekor ni dah tak sabar nak jadi KETUA sebab tu melawan ketua (MB) yang ada. Kalau beliau boleh engkar keputusan MB AZIZAN yang ada, apakah orang lain tidak boleh engkar keputusan beliau. Malah apa yang aku nampak, jika beliau dgn jawatan yang adapun sudah menggunakan kuasa UGUTAN utk orang bawahannya, maka tidak mungkin perangai yang sedemikian akan digunakan jika beliau mentadbir kemudian.

Aku sangat bangga dgn MB Azizin, masih menggunakan budi bicara yang baik dlam pentadbiran beliau terhadap ahli2 exconya. Tidak seperti si PARASIT sekor ni, MENGGUNAKAN KUASA UTK MENGUGUT SIAPA YANG TAK SKONG DIA.

Awanama berkata...

Mudah-mudahan ini merupakan takdir yang baik untuk membersihkan parti Allah dari mereka yang tidak layak bersama jemaah...ini adalah proses yang biasa berlaku apabila jemaah menerima kemenangan ( Allah akan uji kita dengan kesenangan yang bermacam)beruntunglah bagi mereka yang ikhlas dan bersabar...Kelantan pun dah lalunya...PKR pun dah laluinya...PAS Selangor pun dah laluinya...Allah

Yanaam berkata...

Sebelum ni, Pahrolrarazi kata, ia adalah masalah beliau dengan Azizan adalah masalah peribadi.

Kalau masalah peribadi, kenapa mesti babitkan Pas kawasan ? Kenapa mesti paksa semua Adun dalam kawasan untuk patuh keputusan Pas kawasan ?

Kata beliau, beliau berhak untuk tidak terus jadi exco. Jadi, kenapa orang lain tidak berhak untuk terus jadi exco ?

Kalau semua nak jadi autokratik, nak guna veto, rakyat berhak untuk fikir semula pada siapa undi nak diberi.

Hanya Allah yang berhak mewajibkan kita dengan perintahNya, bukan Pahrolrazi dan Azizan.

Awanama berkata...

Menggunakan kuasa dgn mengugut orang bawahannya supaya menyokong beliau. Ini dah kes teruk ni. Ini dah bukan demokrasi. Ini MABUK kuasa namanya.

Awanama berkata...

sekarang kita boleh tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang berkepentingan didalam perjuangan jemaah PAS. diharapkan agar pihak tertinggi PAS cepat menyelesaikan masalah di Kedah ini. kita tak mau kehilangan Kedah sedikit masa lagi.

Awanama berkata...

Ini kes KAMARUK nak kuasa la ni.
Orang tak sokong dia, terus nak UGUT.
Buang saja la pemimpin macam ni.
Buat menyemak saja.

Awanama berkata...

Memang betul la.
Pemimpin yg cuba memaksa orang sokong dia dan pemimpin yang suka guna kuasa ugutan kalau tak ikut kata dia, adalah pemimpin yg GILA KUASA.

Pemimpin yang macam ni sewajarnya di tendang keluar.

Pemimpin yang macam ni lupa bahawa MEREKA DIPILIH OLEH RAKYAT

ikan berkata...

dok agak dah mesti ada agenda lain, mujur la dia letak jawatan exco buat keputusan tanya ajk kuala kedah je, napa tak tanya ahli pas kawasan sama, jangan lah sebab dah tak mahu exco ajak orang lain sama beri satu bukti bahawa YB amiruddin gagal dalam tugas beliau sebagai exco, kalau kegagalan exco yg jaga kerjaya memang banyak, jalan nak ke sik, kulim teruk giler, tu belum lagi jalan ban len, tolong lah kalau dah tak mahu jadi ydp bagi kt orang lain.. dr kalau dah tak mahu pegang exco just diam buat macam YB Abdullah dulu gugur jadi exco ada dia merapu, baik tengok pusat dialisis tu baik2, kalau boleh caj dialisis tu kurangkanlah kenakan harga yang minima.... jangan salahkan orang lain...

Awanama berkata...

PAS kan menurut printah al Qur'an & Hadith.? Kenapa dalam hal ini macam ada banyak al Qur'an dan percanggahan dalam ajaran al Hadith?

Awanama berkata...

Kalau dah nak undur, undur ja lah. Ni sampai nak ugut2 orang lain supaya sokong dia dan bersama2 dia apa kejadahnye?

Nampak sangat tak ikhlasnya diri tu nak undur. Macam ni ka sfat pemimpin???

Awanama berkata...

kalau begini la keadaannya, orang yg tidak begitu alim macam saya ni akan turut berkata "apalah bezanya PAS dgn UMNO dari segi gila kuasa"....
Pada saya pakorazi lah yg patut dipecat bukan exco....ni dah terbalik, ...... maka benar la kata2 ulama muktabar, politik islam bukan berbentuk kepartian.....
Apa nak jadi zaman sekarang ni, ramai betul dah ustaz/ahli agama yg gila kuasa dan harta......mohon maaf ustaz-ustaz dan 'ahli-ahli agama' sebab saya sendiri pun dah beberapa kali kena penangan 'ustaz' yg gila wang ringgit ni dlm urusan jual-beli, dia jaga hak dan untung besar dia tapi hak saya dia tidak peduli...

Awanama berkata...

seburuk-buruk Ustaz Azizan seperti yang dihebahkan oleh kumpulan Phahrolrazi, rupanya perangai dan sikap Phahrolrazi sendiri jauh lebih buruk dan dasyat.

Tahniah GB kerana kebenaran yang tuan dedahkan ini.

Awanama berkata...

Apa dah jadi nl malu laaaaaa.aduhhhhh .dunia ini hanya sementara aja ( jwtn )

Awanama berkata...

pelik phahrolrazi ni, betul2 dah nak jadi "pharaoh"

anak kedah berkata...

dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih, nak tuduh Ust Azizan begitu begini, disebalikknya parolrazi yang lebih teruk dan dasyat.

Awanama berkata...

Buat Phahrilrazi,

Kalau dah nak undur tu, undur la. Buat apa nak bising2.
Buat apa nak rasuk orang lain supaya undur macam dia sama.
Buat apa nak ugut2 orang lain supaya ikut sama macam dia.

Nampak sangat perjuangan kau ni lebih mementingkan diri sendiri dpd Jamaah.

Kalau Pusat dah sokong MB Azizan jadi MB dan ketua di Kedah, hang kena ikut la. Kalau hang tak dapat ikut, hang undur la. Buat apa sibok2 nak mintak skokongan orang lain pulak. Orang lain dah di lantik jadi exco, hang nak suruh dia letak jawatan exco pasai apa?

Hang nak undur , hang tak suka, itu hang punya hal. Jangan libatkan orang lain. Jamaah setuju melantik mereka, pasai apa hang nak hancurkan jamaah yang sudah diikhtiraf sultan???

Punya la ngapla hang ni.....

Awanama berkata...

Bebal.

Mentaliti Pharolrasi dan J/K PAS Kaw Kuala Kedah nampaknya mentaliti kuno yang tak tahu undang-undang.

Cukup memalukan.

PAS Pusat perlu ambil tindakan ke atas mereka yang ternyata tidak faham Perlembagaan dan bidangkuasa PAS kawasan.

Awanama berkata...

Semalam ku tengok drama bertajuk BISIKAN DAJJAL di ASTRO 106... biasanya ku cuma tengok filem melayu tak sampai habis tapi lakonan Ahmad Tarmimi semalam sebagai Tuan Haji (ustaz palsu) adalah cukup mantap... harap kita semua, ahli keluarga kita dan kawan-kawan kita sentiasa terpelihara dari ganguan/godaan syaitan.

Awanama berkata...

Pecat sebelum parah.PAS tak rugi memecat parasit yamg nak merosakkan ummah.

Awanama berkata...

ajk pas kuala kedah semua dah jadi pak angguk dan mak angguk kepada pharolrazi. maklumlah engineer.

mana boleh arah ir amiruddin letak jawatan sesuka hati? naib presiden dipilih dalam muktamar lah. bukan lantikan.

bodoh piang ahli pas kuala kedah ni.

geramnya aku......

ir kampung berkata...

mantap ulasan gb.

Awanama berkata...

ada lagi macam hasan ali, patut disingkirkan, tak macam TGNA tak gila jawatan dan kuasa, tapi rakyat suka dia berkuasa

Awanama berkata...

ABDULAH UBAI PON BUAT MASJID

jgn terkejut ada para munafik dalam pas...

jgn risau, TUHAN dah buat dah syurga dan neraka

Panglima Comel berkata...

Dari Abu Musa Al-Asy'ari: Aku dan dua orang kaumku pergi menemui Rasululah S.A.W dan berkata salah seorang dari kami:"Angkatlah kami menjadi pemimpin," dan salah satunya mengatkan hal yang sama. Maka nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya kami tidak mengangkat pemimpin untuk jawatan ini seseorang yang memintanya, dan seorang yang menginginkannya."
Fath Al-Bari: ibn Hajar juz 27 hal 147, Sahih Muslim bi Syarh An-Nawawi juz 12 hal 206, 207.

Kuasa adalah amanah sdgkan berlumba2 utk mendpt kepercayaan adalah pengkhianatan; kerana sesungguhnya tidaklah memintanya jawatan kecuali seseorang yg tamak pdnya.

Awanama berkata...

parasit tu sudah di bayar...nanti join jer JATI

Awanama berkata...

Jika benar laporan ini....bagaimana pula PAS kawasan blh buat keputusan utk menentang keputusan ketua PAS kedah iaitu Ustaz Azizan.

Ustaz Azizan...ketua PAS Kedah. Ini macam kes Dr Hassan Ali....tiada ketaatan kpd ketua.

Inilah...tanda2 kekalahan PAS dlm PRU 13. Uhud...wajar jadi pengajaran kpd semua pejuang Islam. Gagal utk taat kpd pemimpin utama walaupun setelah hampir menang, akan menjerumuskan kpd kekalahan.

Awanama berkata...

Boleh sekapal lah dengan Hassan Ali si Pharolrazi nie. Perasit dari Kedah lah pulak selepas perasit dari Selangor.....

alfaris berkata...

Cukup sayang sekali..kita bertelagah dalam perjuanggan!!kita gagal untuk menurut perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup berkorban. Pertelingkahan sebeginilah yang menjatuhkan Andalusia! Ambil lah pengajaran dari kejatuhan ini....musuh Islam dari golongan kafir dan munafik sentiasa mengintai kita!! Allah Huakbar!!

Awanama berkata...

dia macam hasan ali, kempen ahli pas yang mudah ditipu sokong dia,

Awanama berkata...

AMIRUDIN LEBIH LAYAK GANTI AZIZAN YANG DAH UZUR JADI MB KEDAH

Awanama berkata...

Pahrolrazi,kau nih dah serupa hassan ali je perangai.Perjuangan parti adalah untuk jamaah,bukan peribadi.UNTUK PAS KEDAH,GUGURKAN MAMAT PARASIT SEKOR NIH DARI MENJADI CALON UNTUK PR13.

Awanama berkata...

kita sepatutnya bersyukur dekat2 election dorang punyer taring sumer keluar kalau lepas elections insyaallah kucar kacir kita nanti....rapatkan saf dan jemaah pas sekalian bersama2 tumbangkan barisan nasional insyaallah...allah huakbar

Awanama berkata...

pecat saja ahli yg buat taik...yg suka buat onar..yg lawan pucuk pimpinan..yg tk sehaluan dgn pucuk pimpinan negeri...kalau UMNO..dah lama kena pancung...suh dia go join ngo JATI ker...KITA ker...