8 Mac 2010

Rakyat Tak Terperanjat Mahkamah Persekutuan Putuskan Pemecatan Anwar Sah

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September, 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Presidennya Alauddin Mohd Sheriff berkata mahkamah langsung tidak mempunyai kesangsian bahawa perdana menteri pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, telah menasihati Yang Dipertuan Agong untuk melucutkan pelantikan Anwar dari kedua-dua jawatan tersebut.

"Seri Paduka selaku raja berperlembagaan tidak akan berkata sebaliknya," kata Alauddin, lapor Malaysiakini.

Beliau menjelaskan, tambahan pula terdapat afidavit daripada pegawai Seri Paduka yang tidak dipertikaikan mengenai persetujuan Seri Paduka terhadap keputusan itu. Tidak mempertikaikannya boleh membawa maksud persetujuan.

Alauddin menerangkan bahawa Seri Paduka, sebagai raja berperlembagaan, harus bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet untuk menarik balik sebarang pelantikan.

Menurut beliau, pemecatan itu adalah sah di sisi undang-undang dan saman Anwar "tidak boleh dipertahankan dan ditolak dengan kos".

Keputusan ini dibuat setelah 12 tahun permohonan difailkan oleh Anwar pada 1998. Permohonan ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi tanpa melalui perbicaraan penuh.
Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Anwar dan memutuskan permohonan beliau ditolak sebagai sah.

Ulasan GB



Terperanjatkah anda?

Tentunya TIDAK.

Bila masa Mahkamah Persekutuan pernah membuat keputusan yang berpihak kepada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat?

3 ulasan:

Awanama berkata...

mahkamah najib bukan mahkamah allah taala, mana boleh harap

Awanama berkata...

selagi UMNO perintah, selagi itulah kehakiman tak bebas dan adil

Awanama berkata...

jika nak keadilan dan ketelusan, UMNO harus ditumbangkan