8 Mac 2010

Jika Anwar Dipenjarakan Pakatan Rakyat Akan Menang Besar Dalam Pilihanraya Akan Datang

Ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah pada pilihanraya akan datang jika kerajaan bertindak memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sodomi.

“Jika dia dipenjarakan, motto kita ialah Bebaskan Anwar, Undi PR!” kata tokoh DAP itu di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Anwar, Ketua de-fakto PKR dan PR, yang kini sedang menghadapi tuduhan liwat kedua setelah lebih satu dekad beliau disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya menjalani hukuman penjara di atas tuduhan liwat dan korupsi.

Tempoh pilihanraya yang lepas adalah sehingga 2013 namun para penganalisa menjangkalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan memanggil pilihanraya mengejut selepas pilihanraya negeri Sarawak, yang had tempohnya sehingga Julai 2011.

MP Ipoh Timor itu berkaata kerajaan Barisan Nasional (BN) mencari penyakit dengan meneruskan pendakwaan ke atas Ketua Pembangkang tersebut, yang telah menafikan tuduhan liwat berkenaan malah menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Lim membidas kerajaan BN dengan apa yang didakwanya mencabul demokrasi dengan mengambil contoh tindakan polis menceroboh majlis makan malam DAP di Kepong malam kelmarin.

Lim mengulangi sokongan PR kepada Anwar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang.

“Beliau akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga beliau jadi Perdana Menteri.”

PKR dilanda kemelut selepas beberapa ahli parlimennya bertindak keluar parti, Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), sementara Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dipecat, mengurangkan kerusi parlimen kepada 27.

DAP kini mempunyai 28 kerusi manakala PAS mempunyai 23kerusi. Mengikut kebiasaan, Ketua Pembangkang dipilih dari parti yang mempunyai bilangan kerusi paling banyak namun kali ini PR meneruskan sokngannya kepada Anwar.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan sebelum ini Lim patut menggantikan Anwae kerana Lim adalah Ketua Parlimen DAP.

“ Terima kasihlah kepada Khairy kerana cadangannya tetapi beliau sepatutnya lebih ambil berat kenapa beliau tak dilantik sebagai timbalan menteri,” sindir Lim.

Kebiasaannya, kerajaan BN akan melantik Ketua Pemuda ke kerusi menteri tetapi Khairy tidak dilantik.

Tiada ulasan: