8 Mac 2010

Di Kulim Ada Kepala Babi Hutan

Sekumpulan lelaki dari Kampung Tok Rasul yang menjala ikan di Sungai Kulim terkejut apabila menjumpai lebih enam kepala babi hutan terapung dalam sungai itu. Ada antara kepala babi ditemui reput dan berulat.

Mohd Fitrie Mohd Saad berkata, dia dan rakan sering menjala di sungai Kulim sebelum menjumpai beberapa kepala babi hutan yang hanyut di sungai itu. Sebelum ini penduduk kampung ada menjumpai bangkai babi tetapi kejadian hari ini amat mengejutkan kerana terlalu banyak bangkai kepala babi ditemui.

“Saya dan beberapa orang rakan pergi menjala di Sungai Kulim sekitar jam satu tengah hari sebelum ternampak bangkai kepala babi hutan. Kami kemudiannya menemui beberapa kepala lagi yang tersangkut di sekitar tebing dan dahan pokok yang tumbang. Saya anggarkan lebih enam kepala babi dijumpai hari ini.

Perkara berkenaan merupakan kejadian pertama setelah lebih 20 tahun saya tinggal di kampung ini. Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dapat mengambil tindakan segera dengan menyiasat bangkai kepala babi ini,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tinggal di Kampung Tok Rasul sering mandi di sungai itu dan kegiatan ini harus diberhentikan untuk memastikan sungai tidak tercemar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Padang Serai, Halim Hassan yang berada di tempat kejadian berkata, JPS dan MPKK perlu mengambil tindakan dan siasatan terperinci terhadap permasalahan itu.

“Saya meminta kerjasama JPS dan MPKK menjalankan siasatan terperinci terhadap permasalahan yang berlaku kerana penemuan lebih enam kepala babi hutan di sungai ini tidak disenangi penduduk kampung.

Sekiranya sungai ini dicemari, hasrat JPS untuk memastikan semua sungai berada dalam keadaan bersih tidak akan tercapai. Saya dimaklumkan terdapat sekumpulan pendatang asing menetap di atas sungai berkenaan. Saya meminta kerja sama mana-mana jabatan terlibat untuk menjalankan siasatan kerana saya khuatir penyembelihan babi hutan secara haram ini berpunca dari perbuatan mereka,” katanya.

Ulasan GB

Demikianlah petunjuk Allah. Jika dulu di Selangor ada IKAN KEPALA BUAYA, di Kulim ada kepala babi hutan. Itu adalah ayat manzurah.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Cerita ni macam perli YB kulim je...

kembara putih berkata...

Ingatkan berita mengenai YB Kepala Batu.