30 Nov 2009

UMNO Mengganas di Sidang DUN Pulau Pinang

Kurang dari 100 orang menyertai tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Tunjuk perasaan ini terdiri dari gerombolan Pemuda Umno, Gerakan, MCA dan MIC menggesa Guan menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

Perhimpunan ini ternyata mencemarkan sidang dewan sempena 50 tahun Jubli Emas Dewan Dun Pulau Pinang. Ketika kekecohan berlaku, Guan Eng sedang merasmikan Pameran Maklumat Sivil 2009 DUN-Menghubungkan NGO dan Penggubal Dasar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di perkarangan dewan.

Guan Eng dalam satu sidang akhbar selepas itu mengkritik perbuatan demonstrasi tersebut yang dianggap mencemarkan imej Pulau Pinang, dan hanya memburukkan imej parti itu sendiri dengan kekasaran dan kelakuan yang tak ubah seperti sebuah parti samseng.




2 ulasan:

Awanama berkata...

sepatutnya MCA dan MIC tak perlulah mengikut telunjuk UMNO. mereka (mca & mic) hanya diperalatkan oleh umno. entah berapa rm yg dibayar oleh umno bn kepada kaki2 samsing tu utk tunjuk perasaan. SAYA TAK PERCAYA IANYA DILAKUKAN SECARA SUKARELA. Biasalah.... puak2 ni kalau tak ada fulus... takkan nak buat kerja bodoh tu.....

pemerhati berkata...

Tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari itu menunjukkan bahawa kontraktor dari UMNO tidak dapat "projek" kerana Lim mengamalkan tender terbuka.

Alahai UMNO ku sayang......